VirtualFriends ~ Where People Meet

Thursday, August 27, 2009

pengalaman dari seorang kenalan..

cerita dr pengalaman menarik dr salah seorang kenalan aku...korang just baca je..mmg menarik~!

Dah puasa, tak lama lagi nak raya pulak kan.. So kat sini saja aku nak share cerita ragam tetamu kecil yang datang bertandang kat umah time raya tahun lepas... Ragam2 yg seronok dan tak seronok kita lihat...

Waktu kejadian: Raya tahun lepas, 2008 (1st & 2nd raya)
Tempat kejadian: Rumah baruku di kawasan kejiranan melayu
Yg terlibat: Aku & famili serta 'tetamu kecil'

Percaya tak kalau aku cakap hampir 900 orang 'tetamu kecil' yg berkunjung ke umah aku masa raya 1st tu... Macam nak patah pinggang aku, tapi tetap seronok melayan kerenah & keletah diorang...

Cerita-ceriti 'tetamu kecil' ku

Al-kisah tersebutlah cerita...

Yg tak seronok kita lihat...
1. baru balik semayang raya, tak sempat lagi nak salam sesama ahli keluarga & makan sama2, dah ada yg beri salam kt luar.. "cik, nak beraya cik... " ish, bdk2 ni takyah raya kt umah sendiri dulu ke??

2. masuk sampai depan pintu utama umah, then ckp camni.. "cik, ktorang nak raya, tapi taknak masuk boleh tak?? dah kenyang la.. nak duit raya je.." lor, mcm ni pun ade ke

3. 4 sekawan umur sekitar 15-17 tahun dtg beraya.. siap mintak duit raya.. bukan taknak bagi, cuma terkejut sbb waktu umur camtu aku dulu dah tak g beraya umah org yg aku x kenal (selain faktor segan, mak abah pun mmg tak bagi).. huhu

4. dlm byk2 yg aku interview (rajin aku temuramah sorg2), ada satu group ni nun jauh datangnye.. bukan dr kawasan kejiranan aku, tapi dari kawasan kejiranan yg terletak kira2 15km dr tempat aku.. dtg naik cab ramai2 nk collect duit raya.. err, boleh plak ek diorang g beraya jauh2 mcm tu skali

5. sekeluarga (3 org ibu & anak-anak kecil), rasanya org susah kot dtg beraya.. aku xtau la org susah ke hape kan mula-mula tu.. layankan je la.. time balik, bg duit raya kt anak2 die.. tbe2 mak-mak nya tanya "takkan anak je dapat, maknya tak dapat ke duit raya??" err, tak terkata aku..

6. azan maghrib, aku pun dah tutup pagar umah sebab kebetulan saudara mara pun dah sampai, & kitorang sme nak solat (lagipun dah penat sgt layan 'tetamu kecil' non-stop dr pagi sampai ke ptg.. baru nak masuk umah, nampak ada 1 keta ni turunkan bdk2 depan umah aku.. bdk2 ni tekan2 bell, cakap nak raya.. aku tny sape yg hantar diorang tu.. parents yg hantar, pastu buat muka selambe je, bukan nk turun tegur kita tuan umah ni.. ade ke patut hantar anak2 g beraya time maghrib kt umah org.. tensi je aku ... ape punye parents la..

7. raya ke-2, langsung aku tak larat nak bangun dr katil.. bdk2 picit doorbell mcm hape.. interkom berpuluh kali.. sampai aku kuar menyamar jd bibik ckp tuan rumah dah kuar g beraya (mmg kitorang dh nk siap2 balik kg pun..) btw, bukan ke dlm islam dah kata, 3 kali salam, kalau tuan umah tak jawab (sebab tak dengar / memang tanak terima tetamu), haram kita terjerit-jerit lagi kat luar mintak nak masuk

Walau bagaimanapun, masih banyak yang besnye melayan kerenah 'tetamu2 kecil' nih...

Yg seronok kita lihat...
1. depan umah aku ade pool kecik.. mana2 yg bwk anak kecik / adik kecik, kesian diorang.. bdk2 kecik ni dah la takmo masuk umah, siap dok tepi pool bukak baju segala, tinggal pampers je konon nak masuk mandi dalam pool tu.. haha

2. 'tetamu kecil' yg pompuan siap bawak 'handbag' turh.. penuh ngan duit raya tau.. naik kembong beg tu.. siap dgn lipstick merah mak ngah nyer & kasut tumit tinggi.. kelassss gitu

3. abg & kakak kecil yg bertanggungjawab bawak adik2 kecik beraya sekali.. cara diorang layan adik2 diorang, sweet sgt2..

4. ni plg best.. tgh ramai2 org kt umah, tbe2 ada sorg dr 'tetamu kecil' ni tny aku.."acik beli sofa ni kt kl kan?".. la, cane plak bdk ni tau kan.. aku dah terheran dah masa tu.. "umah kte pun pakai sofa cam ni la acik.. hr tu mama & baba beli kt kl"... ler... hehe

5. mcm tadika dah umah aku skali kene serbu ramai2 ngan 'tetamu kecil' ni.. yg tumpahkan air lain, yg cuba nak perbaiki keadaan, tapi makin comot lain, yg nak puu puu & shi shi, tp tak reti sorang2 dlm toilet lain.. dah macam cikgu tadika aku uruskan diorang...

Ini cerita-ceriti aku.. Cerita korang cane plak? Feel free to share your stories with me k..

btw, kepada parents, terapkan & ajar adab2 berziarah pada anak2 sedari diorang kecil k.. tekankan juga yg hari raya bukan untuk kumpul duit raya, sebaliknya untuk 'kumpul kemaafan' & duit raya sebagai bonus dr mereka yg ikhlas memberi.. jgn biasakan anak2 meminta-minta duit raya & hanya bersalam dgn org yg bg duit raya.. tak manis dipandang.. perangai anak-anak, cerminan didikan anda pada mereka

Sunday, August 23, 2009

Trigger Finger

Trigger Finger sering terjadi di kalangan wanita yang berumur di antara 40 hingga 60 tahun.

* Trigger Finger adalah keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok.

* Ia akan mengeluarkan bunyi 'snap' semasa diluruskan.

* Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dlm keadaan bengkok.

* Risiko untuk mengalami trigger finger adalah lebih kepada pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.


kredit to :-
Pn. Norainun bt. Ismail,
Pegawai Pendidikan Kesihatan,
Bhg. Pembangunan Kesihatan Keluarga,
Kem. Kesihatan Malaysia,
info = http://fh.moh.gov.my/

Monday, August 10, 2009

Doa

Doa2 pilihan yg insya-Allah mustajab semasa berlaku wabak penyakit. sila klik pd gmbar utk membaca dengan mudah. aku dh susun doa ni utk memudahkan bacaan secara tersusun. utk menyimpan doa ini dlm pc korg, cuma klik kanan pd gmbr dan pilih "save picture as", simpan dlm desktop atau mana2 folder yg korg suka.








Tuesday, August 4, 2009