VirtualFriends ~ Where People Meet

Monday, March 16, 2009

muat turun kembali

dah lama aku x letak pautan muat turun dlm blog aku ni..kali ni sbb aku teringat zaman berhingus dulu, akak aku sgt suka dgr lagu anita sarawak..jd aku pn selongkar dlm yahoo.com...uihhhh mcm2 ada..hampir sumer lagu anita sarawak ada dlm internet, aku letak pautan yg mengimbau kenangan zaman aku masa kecik2 dulu...nk lagu lain korang cari la sendiri ye..pautan tu korg klik je, gunakan jari pn boleh..hehheh..

Koleksi Pautan Anita Sarawak MP3 :
Dengar Ini Cerita
Joget Gila Bayang
Bawalah Daku Pergi
Joget Sayang Di Sayang
Ayam Den Lapeh
Lodeh Mak Lodeh

gadis simpanan ku BiBah

baru2 ni aku gi kemaman dgn bibah..dh lama bibah aku ni simpan kt parking, cian pulak aku tgok sbb berpanas berhujan dpn umah..slalu jln takat pegi balik kedai, pastu sebulan skali bwk balik kg jmpe mak aku je..mesti bosan giler si bibah tu tp kali ni aku bwk jauh skit.

balik pd citer trip ke kemaman td, sebenarnya aku ngn dak2 ofis gi mkn nasik minyak kt umah kwn punyer kwn kt ofis aku punyer majlis kawen (kalu x phm cara aku wat ayat tu..korg bc lah beberapa kali smpai fhm..kakkaka)..kami konvoi beramai2, ada lah dlm 4 buah kete...dlm perjalanan tu dok menung2, tingat ade 2 org kwn2 aku kt Virtualfriends.net(VF) dekat2 ngn area kemaman...dgn pntas aku kontek la dorg...lama wooo aku dok sembang2 dlm VF je...kiranya masa gi kemaman ni lah aku amik peluang jmpe dorg skjp.

Alhamdulillah...lepas selesai gi mencekik kt majlis kenduri kawen, mmg aku sempat jumpe kwn2 Virtualfriends.net(VF) kt kg geliga, alahh...tempat sata ngn otak2 terkenal tuu. tp sayangnya dlm 2 org tu, aku sempat jmpe sorng je yg mmg btul2 menetap kt kawasan kemaman, ID VF - Fasury...lg sorg lg yg x sempat jumpe menetap kt kawasan Ajil, ID VF - Ieyla...menurut kata2 cik Fasury, kalau Ieyla nk dtg kemaman mmg amik masa lama...hampir 3 jam lorrr...mmg la x sempat jmpe maa. dpt jmpe sorg pn jadilah.

sebelum jmpe ngn kwn2 VF tu aku ngn kengkawan sempat melantak (mencekik lagi!) sata ngn otak2 (kt ganu panggil otok2) kt kedai Cik Wan. sata kt negeri lain mmg agak susah la nk cari (setakat yg aku tau) kecuali kalu gi terengganu mmg byk la. kalau otak2 kt mana2 pn ada tp ape yg aku nk bgtau, otak2 yg aku mkn kt kemaman ni amat berbeza rasa ngn isinya..
kalu tempat lain ramuannya tepung digaul, isi ikan ngn pewarna oren/merah tp otak2 kt kedai cik wan (sambil2 tu jeling gmbr otak2 kemaman tu ye) ramuannya potongan isi ikan sebesar ibu jari, disalut dgn kelapa ngn pewarna oren/merah...rasanyaa mmg mantopppp!! nmpk x potongan isi ikan dlm gmbr tu...tu yg buat lg sedap sbb rs ikan tu mmg terasa kt lidah. x sempat pulak aku tye ikan jenis ape kah yg digunakan utk wat otak2 ni.

gambar yg seterusnya ni namanya sata, sama mcm aku citer td...setahu aku, luar dr terengganu x penah lg aku jmpe. teksturnya cukup lembut..ramuannya tepung, cili, bwg, garam, gula dan semestinya isi ikan...rasanya mmg cukup sedappp! dan pastinya mantopp mcm otak2 gak. mmg laris sata ngn otak2 kedai cik wan hr itu sbb kwn2 aku borong abis..bygkn sorg pgg 3-4 plastik penuh ngn sata ngn otak2...tu baru tgn sblh kiri..tgn sebelah kanan blum kira lg...hehhehe. xper lah...hari lain blum tentu dpt dtg kemaman lagi kn. dlm perjalanan balik, bibah aku berbau sata ngn otak2. tahan gak perfume baru utk bibah aku dlm 2 hari. perfume haruman sata ngn otak2 kedai cik wan...hehhehe

satu lg yg menariknya, bibah aku x kuat mkn minyak...isi minyak sekali je penuh2 kt KL..patah balik KL ada lagi belen 1 bar...cukup menjimatkan dan melegakan poket aku..pasni blh la jln jauh2 lagi...tgh berangan2 nk gi penang, kedah, perlis, johor, melaka, kelantan...bla..bla..bla...Zzzzz

Sunday, March 15, 2009

khas untuk pemilik motosikal/kereta

info ni aku ambil dr laman web Polis DiRaja Malaysia..kalu dh baca dan dah ingat, aku ingatkn lagi..kn elok kita saling ingat mengingati..

TIPS MENGELAKKAN KERETA DAN MOTOSIKAL ANDA DARIPADA DICURI
Mungkin ramai di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan. Jadi, disini adalah beberapa tips-tips penting yang boleh diamalkan untuk menggelakkan kecurian kenderaan anda.

TEMPAT-TEMPAT KECURIAN KENDERAAN SERING BERLAKU
1. Tempat letak kereta di hotel-hotel;
2. Tempat letak kereta awam;
3. Di hadapan rumah, tepi jalan raya; dan
4. Kompleks membeli belah.

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU KECURIAN KENDERAAN
1. Kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri;
2. Meletakkan kenderaan di tempat terpecil atau gelap di waktu malam;
3. Meninggalkan kunci di dalam kenderaan;
4. Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan; dan
5. Tiada kunci tambahan

TIPS MENCEGAH KECURIAN KERETA
Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.

Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.

Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.

Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta sekiranya anda berasa was-was.
Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda(sandblasting).

Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri(terlindung dari pandangan orang).

Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya ditempat-tempat pemasangan yang bertauliah.

Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa diservis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa diservis.

TIPS MENCEGAH KECURIAN MOTOSIKAL
Letak motosikal ditempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.

Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.

Sumber: Laman web Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

Friday, March 6, 2009

gelak lagi!



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.

Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia! pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.

Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.


* cerita merepek dan paling sengal wat masakini ini adalah dr kwn2 yg rajin bg email (from forwarded email).

Monday, March 2, 2009

kerja

pagi2 lg jari jemari ni gatal nk menaip, mcm ada mulut kt hujung kuku. hmm camne tu ye?...mulut kt hujung kuku? biar btol..haa korg fikir la sendiri ye.

aku nk cerita hal kwn2 aku yg masih tercari2 kerja skrg ni, bkn sikit kwn2 mntak tlg aku cari kan kerja ni,ada yg msg atau telefon. bila jumpe pn ade gak yg tanya2 aku ada x keje keje kosong kt kem. kesihatan. tu pn blum termasuk sedara mara lagi taw, mmg ramai la yg mintak tlg..kdg2 aku dh tlg dorang tp dorang kata kerja tu x sesuai dgn jiwa lah, x sesuai dgn kelulusan lah, itu lah, ini lah...padahal dorang wat kerja baru dua tiga bulan tp komplen bukan main lagi, dh x fikir ingt senang ke nk cr kerja skrg ni..mcm org dh x tahu erti sabar dan bersyukur...ada pulak yg wat hal kt tempat keje...kwn yg camni, sekali je aku tlg...wat malu aku je.

ni ada lg 1 hal yg dh lama sebati dlm pemikiran dikalangan kwn2 kita bila dh ada kelulusan tinggi sampai langgar awan suka mohon kerja gunakan kelulusan yg tinggi2..bukan aku x bgi kwn2 berjaya ke menara gading tp ada perkara2 berkaitan yg dorg x ambik tahu atau dh tahu tp x diendahkn. mmg ramai yg baru keluar dr IPT (biasanya yg freshie, masih baru dlm bidang pekerjaan) terus mohon kerja menggunakan kelulusan dorg tu dgn harapan utk dpt kerja yg bagus2 tp dorg x sedar semakin tinggi kelulusan yg dorg ada, semakin rendah peluang utk dorg dpt jwtn tggi tu. ada ke jawatan pegawai lebih ramai dr jwatan kerani atau pembantu am rendah? tentu lah xde..jadi nape nk mohon guna kelulusan tinggi? mula kerja dr bwh dulu, cr pengalaman byk2 , kemudian baru mohon gunakan kelulusan tggi sbb nk jadi pegawai, biasanya org yg berpengalaman adalah kriteria utama dan sesuai utk jwtn pegawai.

pengalaman aku sendiri dlm hal ni, aku ada diploma tp skrg aku kerja sebagai kerani je. 6 thn lepas sblm aku tamat belajar aku terfikir peluang kerja utk diploma masa tu sikit sgt. masa tu pelajar yg dpt cemerlang SPM semakin ramai, kalau x silap aku berpuluh ribu bilangn pelajar yg cemerlang dan dlm ms yg sama IPT waktu tu mmg x cukup nk menampung semua pelajar2 tu.

jadi kolej2 dn institut baru yg mcm2 nama berkembang biak dgn byknya kt negara kita ni. ni menyebabkn graduan yg tamat nnti akan keluar mencari kerja menggunakan kelulusan dorg tu dan saingn mencari kerja bertmbh sengit. jadi aku wat keputusan utk mohon kerja sebelum aku habis blajar, masa tu aku dlm latihan industri lg, aku guna SPM je sbb aku belum tamat belajar sepenuhnya. mana ada diploma lagi.

lama jugak aku tggu panggilan temuduga, ada la dlm 3-4 bln. sblm aku dpt panggilan temuduga aku jadi kerani sambilan dlm sektor swasta selepas aku tamat belajar. sebelum aku dpt kerja sambilan tu aku wat mcm2 kerja. aku pernah kerja kt kedai runcit, kedai brg2 sukan, kerja kt sawah bendang, kebun kelapa, kebun koko dan mcm2 lah sbb aku x memilih kerja lgsung waktu tu, kalau dpt peluang kerja kontrak binaan pn aku sanggup. berbalik pada cerita temuduga td, bila tiba temuduga, pengalaman kerja sambilan tu aku jadikan tiket utk dptkan peluang kerja tetap dlm sektor kerajaan.

alhamdulillah selang 2 bln aku di minta lapor diri di Kem. Kesihatan dan terus bekerja kt situ smpai skrg. skrg ni aku terus berusaha nk maju setapak lagi dgn menggunakan diploma aku tu utk peluang naik pgkat..insya-Allah. sbb bila dh kerja dlm sektor kerajaan, kita ada byk peluang nk dpt pgkt tggi, peluang nk smbg belajar pn ada tp kene ikut prosedur lah. ada peperiksaan khas yg perlu lulus dgn cemerlang dan lain2 syarat yg perlu dipenuhi.

aku selesa dgn cara dan tindakan aku ni. kwn2 aku yg sama2 belajar dulu x setuju ngn cara aku ni tp skrg dorg dah mula menerima tindakan aku ni..aku mmg suka mula dr bawah (pgkat rendah) drpada terus naik atas (pgkt tggi)..itu lebih baik sbb aku akan sentiasa beringt utk diri sendiri yg aku pernah duduk sama rendah dan penah dduk sama tggi tp bukn dduk sama tggi tp yg rendah tidak diendahkn dn dibiarkn.

semua ini cuma sekadar pendapat aku je sbb apa yg kita buat bergantung pd usaha dan keberkatan usaha kita. yang penting terus berusaha dan jgn berputus asa lagi2 waktu ekonomi negara kita yg agak kurg memberangsangkn kebelakangan ni.

jari jemari aku ni masih gatal nk menaip tp aku terpaksa hentikan sekejap utk catatan yg akn dtg. semoga tips, cadangan, pendapat dan pengalaman aku masa cari kerja tu blh mmbantu korg ms mencari kerja nnti...assalamualaikum.


* aku teringat cerita warga asing di negara kita bangga sbb bangunan2 di Malaysia adalah hasil tgn mereka dan bkn hasil tgn ank jati warga malaysia...hmmm fikir2 kn lah ye kwn2...fikir pjg skit kalau bc kenyataan ni ye..Oooraitss!!