VirtualFriends ~ Where People Meet

Tuesday, December 30, 2008

Album Kompilasi Band Tempatan...Layannn

band2 tempatan kt negara kita Malaysia ni byk sebenarnya...kalu korg ade yg ikut susur galur band2 ni msti tahu sejarah silam dorg ni...dulu band2 ni x panggil band indie tp lebih dikenali sebagai band underground...dorg x tunjuk muka mcm artis2 tempatan kita yg lain (penuh kt media2 asik muka artis tuu jerr..hehhe), dorg ni lebih suka low profile tp semenjak band2 indon mula menguasai minda rakyat malaysia, dorg mula berani tunjuk diri masing2 termasuk tunjuk belang2 dorg gak (agak kontroversi nk cerita..kene tutup lak blog aku ni nnti kalu citer lebih2..hehheh). sejak dr tu berlambak2 lah band2 ni menguasai dan mewarnai aliran muzik tempatan kita.

ape2 hal pn jom dengar lagu2 variasi dr band tempatan kita ni melalui pautan kt bwh ni..nk taip satu2 nama band yg ada mmg x leh nk tolong la. jadi korg kene tolong diri sendiri utk klik pautan yg aku sediakan ni..terima kasih pd lanzmp3.blogspot..assalamualaikum!!

KLIK SINI -> Kompilasi Band Tempatan

Sunday, December 14, 2008

catatan akhir bg thn 2008

agak byk perkara2 dan kejadian2 yg berlaku pd thn 2008...mmg mcm2 la kalau di igt2 dan renung2 kembali..yg sedih..yg gembira..yg nanges..yg ketawa...campur gaul semua mmg cukup segala bahan perisa nya.

apa yg kita dh buat selama setahun ini...ada peningkatan atau tidak? terjunam atau menjunam? bertambah atau berkurang?

semuanya itu bergantung pd diri sendiri (x kan bergantung pd aku atau org lain) sbb kalau bkn diri sendiri yg merancang, diri sendiri juga yg kene berusaha nk menjayakan rancangan sendiri.

rasanya kita dh plan awl thn dulu, nak buat itu ini begitu begini mengikut masa yg dh muktamad ditetapkn tp bila sampai masa plan tu nk jalankn, kita sendiri yg melewat2kn dan melambat2kn plan kita sendiri.

ada juga yg sinis kate 'aku punye plan, aku punye pasal la nk wat cmne pn'. mmg benar itu plan utk diri sendiri dan kita berhak sepenuhnya nak buat ape pun tp kalau cara nk laksanakan plan tu x betul, ada serong sana, serong sini, pusing sana, pusing sini..mesti la ada yg menegur beb. kalu dok ikut perasaan syok sendiri (ada setengah dr kita ckp yoyo or atau poyo..hehhehhe) dan x mau mendengar idea atau pendapat org lain mmg parahh namanya.

bab mendengar idea atau pendapat org lain pn ada batasnya..pandai2 lah bezakn yg mana idea buruk dan idea yg baik (kadang2 diri sendiri pn leka dlm bab ni..huhuu). bila dikaitkn ngn plan tahunan kita td, bila kita salah dgr, salah asuh..plan tu akan tergendala atau menyimpang dr niat asal kita...dan lagi parah jika plan tu dr 2-3 thn lepas lagi blum setel2..aduyaiii! apa nk jadi ni.

tu baru 1 bab..blum lagi cerita bab2 psl perkara2 yg boleh menghalang plan kita tu...byk dugaan dan cooobaan nya. kalau dpt dugaan yg kecil, ok lagi lah...blh diatasi lg. kalau dpt dugaan yg besar2 tu..aku nasihatkan bwk bersabar byk2 sbb kita hanya berusaha dan merancang saje.

yg citer lagi mmg pjg beb psl mende ni..sib baik ni bkn website forum..kalu lg pjg membebel..tepuk dada, tya lah selera nk mkn apa...hehhe

pepehal pn kwn2 ku yg sempat baca catatan blog terkini aku ni, kalau ada yg terluka, terduka, terasa, terkutuk, tersepak, tersuka, teruja dan mcm2 'ter..' lagi lah..aku mintak maaf byk2 dr hujung rambut sampai hujung kaki (kalu kuku aku lebih dr ibu jari pn kira hujung gak kn..hehheh..gurau2 je)dan halalkn sumer mkn minum dan hutang2 piutang jika ada sbb aku nk ingtkn kwn2 dan diri aku sendiri setiap tahun mmg tetap berubah, jadi tahun baru dan fresh tp kita ni blum tentu lg blh masuk tahun2 yg seterusnya, kalau umur x pjg, x tercapai lah jasad kiter ke thn baru.

jgn lupe taw kwn2..maafkn semua org sebelum korg tdo setiap hari sbb byk faedahnya(doa seblm tdo jgn lupe baca lak!)...salam tahun baru 2009 dan salam maal hijrah 1430!

Wednesday, December 10, 2008

Los Dan Faun



agak2 kalu korg ada yg masih blum FAUN lg brg yg korg carik tu...aku rasa korg kene usha 2 mamat dlm filem ni dulu sebelum brg korg LOS ntah ke mana. yelah..tgok synopsis kn psl cari brg2 berharga yg LOS sebelum FAUN.

ape? x best? ish..korg kene tgok dulu br leh komen. kalu korg blum tgok lg mknanya korg mmg dh LOS la. sebelum korg terus LOS kt mana2 pulau dlm malaysia ni, baik korg tgok dulu filem terbaru afdlin shauki ni...mmg korg akan FAUN sesuatu kt situ.

sbb ape aku menyeru korg suruh tgok filem? sbb ape aku beriya2 ajak korg tgok filem ni? sbb apa....sbb filem ni behhhhhh lepas tgok 'the making'...hehhehe br tgok 'the making' je aku dh teruja..blum tgok filem kt wayang lagi!

akhir kata..sokong lah filem2 tempatan...

maklumat lanjut tentang filem ini

* afdlinshauki blog

* los dan faun website

Tuesday, December 9, 2008

PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN

servis percuma ni geng...dtg la ramai2...nk jaga bdn cara sehat, mkn ikut jln yg btul dan benar...xde pakai mkanan tambahan dan semuanya semulajadi (natural)..nak tau sumer tu, dtg la kaunter nie..korg x rugi apa2.

PUSAT MAKLUMAT PEMAKANAN

Saringan Indeks Jisim Tubuh (IJT) dan Kaunseling Pemakanan

Hari : Rabu (setiap mggu)

Masa : 10 pagi hingga 4 ptg

Tempat : Pusat Maklumat Pemakanan, Aras 2, Blok E10, Kompleks E,Jabatan Kesihatan Awam, Kem. Kesihatan Malaysia

Salam Aidiladha 1429H : Kekasih Baru

Episod 1: Aidiladha kt kg aku disambut sederhana tetapi semangat gotong royong dikalangan anak2 muda dan warga tua cukup meriah walaupun hujan rahmat melanda sepanjang hari. aku lak sebelum raya dilanda demam selsema yg sederhana teruknya. alah..sakit sikit je tu. mkn ubat hilang la.

berbalik pd gotong royong td, 3 ekor lembu tumbang, tu pn ade yg kene tendang ngn lembu..ha! padan muka. ceritanya mcm ni (aku dpt tau dr adik ipar aku yg dtg awal..aku dtg lewat skit), lembu tu br je di sembelih, jd sementara tggu lembu tu btul2 x bernyawa. kene la uruskn lembu yg lain pulak. tp ade sorg mamat ni x sabar2 (nk cepat, ujan katenye..), masa ni lah dia dtg nk lapah lembu tu, blum sempat pisau sentuh badan, satu penyepak dh singgah kt dada. sekarang bukan lembu je menggelupur, mamat tu pn ikut menggelupur sama sambil mengurut dada. padah x bersabar masa mengerjakan ibadah korban.

Episod 2: ehem..ehem..nk tau hal kekasih baru aku? meh aku citer skit apa kaitan ngn aidiladha thn ni. aku bwk kekasih baru aku balik kg, tunjuk kt mak aku lg..kekkekkekke...kalu x bwk berjalan mmg x sah, keliling kg, keliling pekan, sumer aku redah...tgh baru, mestila kene bwk jalan2. tinggal cmtu kt umah sewa pun risau gak..bdak2 nakal, dok ngusik2 je kekasih aku ni. geram btul.

mmg beh menunggang..selesa, minyak pn jimat, isi rm5 je..pinggang x sakit sbb posisi menunggang x mcm moto cub. cuma hidung aku je x tahan ngn hujan..sepanjang perjalanan balik kg, dekat 5 kali aku kene ujan. dh musim ujan..nk wat camne..redah je la. orang yg mcm (dan seperti) aku ni lebih suka menunggang drpd memandu. selain menjimatkan, aku rasa lebih bebas..nk bwk laju pn xde yg tembak ngn perangkap had laju. kalau jem, rileks je redah celah2 kete perlahan2. masuk tol xde org nk tahan...org bg pakai jln highway free, xde bayaran. duit tol tu boleh isi minyak. memang menjimatkn...janji lesen ngn cukai jalan xde masalah dan menunggang dgn berhati2.

kalu memandu balik kg, korg pn tahu mcm2 kene pikir..mmg la untung x berhujan, x berpanas. lebih selamat tp kalu x berhati2 x guna juga. kg aku bkn amik masa sampai 4-5 jam pn. lagi pun aku solo je balik kg..kalu dh kawen tu lain lah. kan lebih baik menunggang. wat masa skrg, ni lah langkah2 yg aku rasa paling terbaik bg aku.

Episod 3: suka lah aku nk ingtkn kwn2, kalu nk sambut thn baru, jgn syok thn 2009 jer..jgn lupa, kita ada tahun baru yg kene sambut jugak..iaitu awal muharram pada hari selasa, 29/12 bersamaan 1 muharram 1430 hijrah. pada hari berkenaan bermula lah tahun baru islam. byk perkara2 baik yg boleh kita buat pd hari tersebut. jgn leka menyambut thn baru 2009 saje taw.

Wednesday, December 3, 2008

Gred Minyak Hitam

Korang tau ke pasal minyak hitam yg korg pakai kt kenderaan sendiri? atau mmg x amik tau sbb cukup beberapa ribu kilometer korg gi bengkel, pastu serah tugas kt mekanik utk tukar minyak hitam kenderaan korg..kalu mekanik kata "minyak ni paling bagus..sumer kete yg masuk bengkel sy pkai minyak ni" tapi bila dh tukar minyak taklah sebagus seperti yg mekanik tu ckp..hampehh jugakk..kejadian2 mcm ni mmg x blh elak dan korg mesti lah kene bijak jugak, takkan nk kene tipu sepanjang masa.

kali ni aku nk citer pasal gred2 minyak hitam, murah atau mahal terpulang pd kehendak korg, tepuk dada tanya selera nk mkn apa..setahu aku bila cerita bab harga, itu sudah tertakluk pd jenama minyak itu sendiri sbb gred minyak sama saje. harap korg tahu hal minyak hitam kenderaan korg sendiri..ini ilmu senang je, bkn susah nk ingt..kalu ingt jugak tu maknanya dh ada tanda2 penuaan atau pn hilang ingatan sblm usia tua.

selamat membaca dan salam aidiladha...


*Pengenalan Minyak Pelincir

Enjin adalah nadi untuk sesebuah kenderaan. Komponen-komponen enjin pula majoritinya menggunakan bahan-bahan keluli yang melakukan pergerakan tertentu setiap kali enjin beroperasi. Pergerakan komponen-komponen ini akan menghasilkan tekanan dan haba yang akan mengakibatkan kehausan pada komponen-komponen yang bergeser. Jadi, untuk meminimumkan masalah ini, minyak pelincir digunakan.

Secara asasnya, minyak pelincir akan berfungsi menyerap tekanan dan geseran yang boleh menyebabkan kehausan komponen-komponen enjin. Selain daripada cecair penyejuk dan pengaliran udara, minyak pelincir juga turut memainkan peranan utama dalam fungsi pengawalan dan penyerapan haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Enjin-enjin yang berkapasiti lebih kecil (seperti motosikal 4 lejang) akan bergantung semaksimum mungkin kepada minyak pelincir dalam mengawal suhu enjin, selain daripada aliran udara.

*Mengenali API dan SAE

'API' adalah singkatan kepada 'American Petroleum Institute' (Institut Petroleum Amerika). Ia adalah sebuah badan yang mewakili industri petroleum dalam penggalian, pengeluaran, penghantaran, penapisan dan pemasaran. Ia juga bertanggungjawab dalam bidang kaji selidik dan pengkelasan produk petroleum. Pengeluar-pengeluar minyak pelincir akan merujuk kepada piawaian 'API' untuk menentukan kelas dan gred minyak pelincir keluaran mereka.

Sementara 'SAE' pula adalah singkatan kepada 'Society of Automotive Engineers' (Persatuan Jurutera Automotif). Ia adalah sebuah badan yang terlibat secara langsung dalam kaji selidik berkenaan sesuatu produk yang berkaitan dengan industri automotif termasuklah minyak pelincir.

Nota: Untuk keterangan lebih lanjut mengenai pertubuhan-pertubuhan ini, sila lawat laman web http://www.api.org/ dan http://www.sae.org/ . Laman-laman web ini berguna untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah pengentahuan berkenaan perkembangan teknologi semasa industri automotif sedunia.

*Gred Minyak Pelincir

Minyak pelincir untuk sesebuah enjin kenderaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu 'monograde' (gred tunggal) dan multigrade (pelbagai gred). Minyak pelincir 'monograde' adalah minyak pelincir yang hanya mempunyai satu kelikatan tunggal (samada semasa sejuk atau panas). Harga minyak pelincir jenis ini adalah lebih murah berbanding minyak pelincir 'multigrade' dan biasanya digunakan untuk kenderaan/jentera berat dan lasak atau untuk enjin kenderaan ringan yang telah berusia. Kadar kelikatan SAE 40 adalah sangat popular yang terdapat dipasaran hari ini.

Sementara minyak pelincir jenis 'multigrade' pula bermaksud, sesuatu minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada lebih cair semasa suhu sejuk kepada lebih pekat apabila kepanasan suhu meningkat. Kos pengeluaran minyak pelincir jenis 'multigrade' ini lebih tinggi berbanding minyak pelincir jenis 'monograde' tadi. Selalunya, minyak pelincir 'multigrade' dapat dikenal pasti daripada label yang tertera pada botol / bekas minyak pelincir tersebut.

Minyak pelincir 'multigrade' adalah dirujuk dengan 2 kadar kelikatan. Contohnya; SAE 10W/30, SAE 15W/50, SAE 20W/50 dan sebagainya. Konsonan W adalah bermaksud Winter @ Wet iaitu kadar kelikatan sewaktu suhu enjin sejuk. Di negara-negara bermusim sejuk / salji, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas tanda palang adalah bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Walaupun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelincir 'multigrade' ini juga turut memainkan peranan dan ia juga telah menjadi satu standard yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan Pemilik yang biasanya dibekalkan oleh setiap pengeluar kenderaan. Untuk kegunaan di Malaysia, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang lebih tinggi semasa enjin panas adalah lebih digalakkan. Ini kerana majoriti pemandu-pemandu di bandar-bandar besar di negara ini biasanya menghadapi masalah kesesakan lalu-lintas. Apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang efisien. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

*Gred SAE

gred yg menunjukan kelikatan sesuatu EO
SAE 0W
SAE 5W
SAE 10W
SAE 15W
SAE 20W
SAE 25W
SAE 20
SAE 30
SAE 40
SAE 50
SAE 60

*Pengkelasan API

Kelas yg menujukan identiti EO
SA
SB
SC
SD
SE
SF
SG
SH
SJ
SL


*JASO MA

jaso adalah 1 bdn orgnisasi automotif drp jepun..dan gred ni dimula pakai pada sekitar thun 1998..gred ni plak adalah standard utuk 4 stroke engine yg mempunyai klac basah mcm LC kite..hehe... EO yg dpt gred ni adalah EO yg dipilih atas sbb mmpunyai kualiti API yg tinggi, mmpunyai sulfur yg rendah, tidak mudah berwap, thap buih yg rendah, kelikatan yg stabil pda suhu tinggi, melngkapkan gseran pda prestasi klac..dan utk pengtahuan korang jgk jaso dicipta khas utuk moto suzuki, yamaha, honda, dan Kawasaki.