VirtualFriends ~ Where People Meet

Monday, March 29, 2010

Bos, bos, bos

3-4 minggu ni susah betul nak tengok aku online Facebook (add aku mms_ridam@yahoo.com )..biasalah kalau dh guna line internet ofis, ade jer yg memerhati..bila dah diperhati, tentulah ditegur-tegur..nasib baik lah teguran tu teguran yang elok-elok jer..aku terima dengan hati yang terbuka. kalau bos yang tegur kita elok-elok..i followw jerr.

bila sembang pasal bos ni..bg pendapat aku la, ada 2 golongan:-

1. bos freshie, tiada pengalaman (baru graduat, mohon kerja jawatan tggi ikut kelulusan).
2. bos yg dah lama kerja, byk pengalaman & pernah bekerja dr peringkat bawahan.

- bos yg berpengalaman (dh lama keje & pernah kerja dari peringkat bawahan) pulak dibahagikan pada 2 golongan:-

1. jenis rendah diri, disukai ramai, mudah bekerja bwh dia, arahannya mudah difahami oleh anak buah sbb dia ada byk pengalaman kerja masa sblm dia naik pgkt, menjadi idola pd anak2 buah, menjaga hal-hal kebajikan anak buah, banyak mempertahankan anak buah sendiri jika terdapat kecuaian kecil, anak buah hormat kt dia sbb dia lebih senior & wat keje stail profesional walaupn dpt pgkat tggi.

2. jenis tggi diri (ego, bangga diri dpt pgkt tggi), sukar nk kerja bwh dia, kurg disukai ramai, anak buah hormat dia depan dia jer, blkg kutuk dia balik walaupun dia lebih senior, buat keje seperti org tiada pengalaman & x setaraf dgn pengalaman keje dia yg dh lama kerja, perlu byk belajar cara yg berkomunikasi yang baik dengan anak buah.

aku byk belajar nk jd bos dr mereka-mereka yg sebelum ini pernah jd bos aku sbb ada kemungkinan satu hari nnti aku juga akan jd bos juga. selama aku bekerja setakat ini, dh hampir 20 org bos yg aku kenal. mereka ni semua tergolong dlm golongan yg aku sebut td. mana yg ok, mmg ok & yg x ok tu, aku x boleh jadikan contoh.

akhir sekali & penamat utk kemaskini blog aku ni, aku ade soalan utk korang..bos korang pulak cmne? ade x tergolong dlm golongan kt atas tu?

Wednesday, March 3, 2010

Kesan Positif Dari Marathon


Dari mula berlatih hingga ke hari pertandingan aku dapat kesan banyak perkara-perkara positif yang berlaku dalam diri aku. Antaranya:-

1. Tubuh badan rasa lebih sehat, selesa dan tahan lasak dari keadaan sebelum ni.
2. Melalui latihan larian, aku dapat belajar macam mana nak mengawal pernafasan dan mengekalkan larian mengikut jarak.
3. Tubuh badan dari pinggang ke kaki lebih kuat dan tegap berbanding keadaan sebelum ini.
4. Dari latihan ni, aku dapat berlari dan bertahan sejauh 3 km tanpa henti. Akan dipertingkatkan selepas ini.
5. Kelajuan larian meningkat sedikit demi sedikit. Bermula dengan perlahan, memecut sedikit dipertengahan, kemudian perlahankan larian untuk mengumpul tenaga semula dan bila sampai garisan penamat, buat lebih pecutan kembali.
6. Dan yang paling menarik lagi ialah berat badan turun 800 gram hingga 1 kg.

Ini serba sedikit kesan positif dalam diri aku dan aku percaya orang lain mempunyai kesan-kesan positif yang berlainan sebab masing-masing mempunyai cara berlatih dan pengalaman yang berlainan.