VirtualFriends ~ Where People Meet

Wednesday, March 3, 2010

Kesan Positif Dari Marathon


Dari mula berlatih hingga ke hari pertandingan aku dapat kesan banyak perkara-perkara positif yang berlaku dalam diri aku. Antaranya:-

1. Tubuh badan rasa lebih sehat, selesa dan tahan lasak dari keadaan sebelum ni.
2. Melalui latihan larian, aku dapat belajar macam mana nak mengawal pernafasan dan mengekalkan larian mengikut jarak.
3. Tubuh badan dari pinggang ke kaki lebih kuat dan tegap berbanding keadaan sebelum ini.
4. Dari latihan ni, aku dapat berlari dan bertahan sejauh 3 km tanpa henti. Akan dipertingkatkan selepas ini.
5. Kelajuan larian meningkat sedikit demi sedikit. Bermula dengan perlahan, memecut sedikit dipertengahan, kemudian perlahankan larian untuk mengumpul tenaga semula dan bila sampai garisan penamat, buat lebih pecutan kembali.
6. Dan yang paling menarik lagi ialah berat badan turun 800 gram hingga 1 kg.

Ini serba sedikit kesan positif dalam diri aku dan aku percaya orang lain mempunyai kesan-kesan positif yang berlainan sebab masing-masing mempunyai cara berlatih dan pengalaman yang berlainan.

No comments: