Monday, February 8, 2010

Putrajaya Night Marathon

Sabtu lepas, 6 Jan 2010, bertempat di hadapan istana kehakiman, jam 8.30 malam, aku dan kawan-kawan se-ofis lebih kurang 10 orang menjadi peserta marathon malam di putrajaya (Putrajaya Night Marathon).
Ini adalah penyertaan yang pertama kali dan boleh dikatakan penyertaan sulong secara peribadi untuk diri aku dan pengalaman pertama kali juga bagi kawan-kawan aku.
Memang kami semua agak sangat-sangat bersemangat sebab kami mula berlatih sejauh 5-8km hampir 3 minggu untuk merebut medal marathon tersebut yang disediakan untuk 400 peserta pertama untuk kategori 7.7km lelaki dan perempuan.
Ini juga adalah pertandingan larian marathon pertama kali di Malaysia dibuat pada waktu malam. Seramai 8000 peserta telah mendaftar (info dari surat khabar) dan kami tak menyangka penyertaan telah ditutup 2 minggu sebelum tarikh tutup (dapat tau info ni dari kawan-kawan yg mendaftar disaat-saat akhir). Semoga yang tak berjaya tu, jgn risau sebab tahun depan ada lagi marathon ni. Tahun depan bukan lama pun, sekejap jer.
Ok, berbalik pada cerita kami di hadapan mahkamah tadi. Aku dan beberapa kawan aku dapat tempat paling hadapan sekali (kawan-kawan yang lain ntah kemana sebab kami dah berpecah masa ni), jantung memang berdetap detup dan berdegap degup menanti tembakan nak mula berlari. Sambil menanti jam tepat 9 malam, tiba-tiba seorang cameraman menyapa kami,
“bro, saya nak ambil gambar, boleh?”,
“Ooraits bro, boleh jerr”, jawab kami beramai-ramai.
Masa ni memang kami agak gila kamera, asal ada orang tangkap gambar jer, mesti kami menyelit ramai-ramai, macam-macam aksi yang kami buat..ahahha. Memang tak sangka tempat kami tu jadi tumpuan orang ambil gambar. Memang mencari publisiti murahan betul.
Sambil menanti orang kenamaan, sempat lagi aku dan kawan aku si nazri bertegur sapa dengan peserta lain. Kami dah boring menunggu, jadi kami gunakan masa yang terluang tu dengan aktiviti sendiri lah.
Ha..tu pun orang kenamaan dah datang, tak sabar nak mula berlari ni..DJ dah mula mengira bermula dari saat 10 hingga 1.
DAM! Sedas tembakan telah kedengaran yang bermakna kami dah boleh mula berlari, Alhamdulillah..aku berlari dengan tenang dan rileks sekali tanpa ada yang tolak menolak dari belakang. Ada juga yang bermula dengan pantas..memecut bukan main laju lagi..alamak! ni bukan pertandingan larian 100 meter macam Usain Bolt tu.
Bermula dihadapan istana kehakiman, aku dapat berlari dan bertahan sehingga di jambatan arah ke PICC..tiba-tiba aku dapat rasa disebelah kanan perut seperti ada duri menyucuk-nyucuk hulu hati dan buah pinggang…Aarggh! Tension betul aku..kenapa waktu marathon jadi camni? Masa berlatih berlari tak jadi camni pula.
Aku terpaksa memerlahankan larian sedikit demi sedikit dan akhirnya sampai betul-betul di jambatan, aku mula berjalan sambil menekan-nekan perut. Peluang nak dapat medal terbantut juga akhirnya..alahaiii, dapat sijil penyertaan pun jadilah..huhhuu.
Setelah berjalan hampir 500 meter dan perut dah kembali normal, aku pun mula berlari perlahan-lahan dan sekali sekala berhenti seketika sehingga ke garisan penamat dan berjaya habiskan 7.7 km dalam masa 60 minit (masa berlatih dapat 65-70 minit..ok la tuu).
Selepas tamat pertandingan, kami berkumpul semula di hadapan mahkamah, sambil menunggu kawan-kawan yang belum habis larian, aku pusing keliling singgah menyinggah kat gerai-gerai penaja..macam-macam gerai ada, antaranya yang aku ingat 100 Plus, Milo, PowerBar dan Nescafe.
Bila dah puas kutip produk-produk percuma dari penaja tu, aku lepak ngan kawan-kawan balik…amboii, dorang tengah snap sana sini..selit la kejap, tumpang kamera dorang..hehhe..tengah lepak-lepak snap sana sini, aku terpandang 2 orang gadis ni..eh, macam kenal..dalam masa 3 saat aku teringat sesuatu, itu lah E-jie dan Ida.. dorang lah antara peserta yang aku dan nazri tegur tadi, Yaa..itu lah mereka, memang aku tak silap..dua beradik yang sanggup datang dari shah alam ke putrajaya untuk menyertai marathon malam kali pertama ni, memang aku tabik spring tilam Slumberland lah kat dorang, dah la datang dari jauh, dapat medal lagi..Tahniah! tahun depan jumpe lagi ye..aku sempat juga berkenalan dengan mereka berdua yang comel-comel tu..serius beb, dorang memang comel!...Ops! terlebih sudah.. maafkan aku kawan-kawan..hehhe. Setelah bersembang panjang dengan dua beradik tu dan ambil gambar kenang-kenangan, kami pun berpecah pulang ke rumah masing-masing
Dari pengalaman ni, walaupun tak berjaya mendapatkan medal, aku rasa nak sertai lagi pertandingan marathon ni tahun depan..insya-Allah jika tiada aral melintang. Tak berjaya bukan bermakna gagal. Usaha untuk berjaya tetap diteruskan.

No comments: