VirtualFriends ~ Where People Meet

Friday, May 30, 2008

Uji Minda..

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan
kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..
dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri



Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15
saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!







OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..







Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian
memiliki
otak PEREMPUAN

tp kalau LELAKI pun kira 6 F's..

alamak! aku x tau lah nk kate ape..kakakkakka!!

Thursday, May 29, 2008

2-3 mggu nie

31 may-1 jun = xtvt family day ofis kat genting highland (wajib join), ada sorg mmber VF kawen (terpaksa tolak ats sebab xtvt family day).

2 may = lapor diri kat department baru..best nye! (x tau lah ape kenangan pahit manis tempt baru ni..hehhe)

7 jun-8 jun = sepupu kawen (wajib join), candat sotong ngan boling VF (terpaksa dibatalkan sbb nk tumpu pada majlis kawen sepupu)

hmmm...cmni lah kehidupan sebenarnya...kdg2 ape yg dirancang berubah last2 minit, mcm2 cerita ada..bila dpt pengalaman mcm nie, just fikir positif mybe rezki pd hari yg lain.

Insya-Allah...umur pjg, blh jumpe lain kali..btul x? sbb bukan kita yg menentukan setiap perjalanan hidup kita...kita hanya mampu merancang jer.

pengalaman yg pahit dan manis perlu ditempuhi dgn jayanya..ala rileks lah kan...mesti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian yg terjadi pada kita.

jom dgr lagu OST Sindarela ni..klik n download jer

link lirik
Bau - Warkah



hati-hati bila dapat duit rm50

pic ni aku dpt dari email...sebab malas nk 4wd kat email, so aku letak lah kt blog utk korg tgok n nilai sindri pic ni. hati2 lah bila dpt rm50 pasni...ada byk pic sebenarnye dlm email aku tu psl rm50 palsu ni tp aku upload mana yg senang nk detect kepalsuan duit 50 ni..
bg aku la kan, kiter kdg2 dh dpt wet yg nilai besar2 ni mmg rambang mate..belasah je wat belanja ape2 yg patut..bukan perasan pn wet tu palsu...tp kalu ade yg tajam mata, mmg dpt detect duit tu palsu..mesti korg perasan kn, bila nk byr, cashier dok tenung2 wet tu, tgok2 byg2 kat lampu lah..kan kan..



wat canggih mcm mana pn tetap ade org yg palsukan duit nie..mcm mykad gak lh kn, dulu masa mula2 dikenalkan KP baru, katanya x leh dipalsukan..nah! sekarang tgok..indon ngn mat bangla pn ada mykad sindri...camne leh jadi camni ye? hmmm..senang jer jwpnnye, bak kate nabil, "Lu pikirlah sindri!!!"

Tuesday, May 27, 2008

antoofighter - amukan drakulat!

4 hari aku senyap x update blog nie..my boo je yg tau aku kemana...alah setakat aku nk balik kg merindui mak aku xkan nk heboh satu malaya kot..Oops! tercakap pulak..ek eleh, gedik lah!

mula dh aku nk merapu..ok aceli..pas tgok ulangan AF6 yg si stacy, "alamak! terlebih sudah" menang tu..aku lepak CC kat area pekan Sg. Besar. Lepak punya lepak jumpe website ni, rasanya aku pernah terbaca kat paper BH pasal movie ni..mybe dlm thn nie gak akan ditayangkan kat semua pawagam.


http://www.antoofighter.com/

movie ni bukan citer kartun seperti logo yg digambarkan, logo nie aku amik dari wallpaper kt dlm website antoofighter.

kalu korg tgok trailer movie ni mesti korg setuju ngan ckp aku. Bagi aku, movie ni ala-ala Cicakman, ade lawak2 skit, ada cuak2 skit tp grafik nye lebih mengancam, lebih smooth sbb citer nie dibuat pakai teknologi CGI. gabungan animasi dgn pelakon sebenar. movie nie wat masa skrg, masih lagi dlm proses pembikinan sebelum di tayang kan pada org ramai.

antara pelakon-pelakon yg terlibat mcm awie, radhi OAG, bront palare dan ramai lagi lah...tgok awie jadi drakula (olang jahat maa..) dlm movie nie.

Kalu nk tgok KLCC terbakar ngn menara KL runtuh pn ade..sumer tu dlm trailer kat website ni. x sabar pulak aku nk tgok movie ni..bila lah nk kuar..asik coming soon jer, boring gak kan.

untuk tidak mengecewakan pengunjung website ni...dorg letak link ke blog movie ni.. http://www.antoofighter.blogspot.com/ utk pengunjung sentiasa up to date pasal perjalanan movie nie, karekter kartun movie ni pun bg aku mmg comey lh. nmpak x mambang kuning tu, cute kan! mcm yg aku kata td nk tgok awie jd drakula pn blh dlm blog nie..muke awie yg ganas tu diganaskan lagi ngan CGI.

wahhh..pjg criter mcm nk promo abis..hehhe...ape2 hal..korg tgok sindiri ye..chow!!

Wednesday, May 21, 2008

Petua Untuk Tahan Lama...

Dah lama x dengar petua best2 kan...kat sini aku nk post petua khas utk korang...gerenti korg rase beeesttt jer tau...dpat dr mana? ish..xkan tu pun nk tye..biasa lah kan...source dari email aku ler tp aku ada edit skit2 kasi lagi menarik, tertarik, ko memang tembam!...ok, x nk amik masa sgt utk aku merapu, korg baca je lah...


Petua2 Untuk 'Tahan Lama' (SEMUA SEGI)

KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2007. Dan sebelah lagi pada 1 Januari 2008. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan? Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...

NASI / LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke..

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau untuk Lebih 'tahan lama'... bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau tak,tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!

PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach...Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan bawa mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan. Jangan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju sendiri simpan elok-elok k.

KERETA (mmg benar sbb aku dh buat..hehhe)
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk.Pagi-pagi panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai abis loan... gerenti kereta tahan lama...

KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir makan... doa dan ucap alhamdullillah.. Jangan jadi macam setan...pas makan, makan lagi dan lagi dan makan lagi...

UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?... Jangan Hisap!...

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang... sendiri mau ingat aaaa...

TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.

HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan / hubungan... Jujur dan ikhlas.

KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir amalan setan.

PUASA
Gerenti lapar kan, so... kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat" jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke... kueh raya ke... atau pun mengumpat....tolak tambah korg punye dosa pahala, dh x tau dpt ape ngan pose tu..tap yg pasti dpt lapar lah!

FIKIRAN
Kalu nk bagi fikiran kita tahan lama..lebih tajam fikiran..ingat semua perkara...x nak jadi pelupa...elok ikut ckp Nabil " Lu Pikir lah Sendiri!! "

KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email aje macam korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak pasal-pasal kena tendang!

Friday, May 16, 2008

mentega dan marjerin..ape bezanya?

hmmm...ni ada fakta menarik tentang mentega dan marjerin, aku dpt dari email rakan2 yg rajin 4wd email...cuba korang baca...sekurang2 nya korang x mkn mende yg boleh merosak kan tubuh badan korang...ingat tau, badan kita nk pakai lama weh! ok..selamat membaca..


Mentega dan Marjerin..ape bezanya?

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka. Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega? Bacalah sehingga ke akhirnya. Anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru. Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain.


Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun. Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan...
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang.

Thursday, May 8, 2008

Cara Terbaik Jimatkan Petrol

Pengguna kenderaan bermotor akan berusaha mengurangkan kadar penggunaan bahan bakar ke tahap paling rendah. Keadaan ini perlu kerana penggunaan bahan api paling minimum dapat menjimatkan perbelanjaan petrol. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya yang tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan. Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak terdapat di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah.

Cara terbaik menjimatkan petrol dan mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin. Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta.Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus. Teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus.Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin terdapat banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin. Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan. Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus.Harus diingatkan, jangan sekali-kali memasang karier sekiranya anda tidak bercadang membawa barang berlebihan atas bumbung kereta. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi. Jangan mengambil jalan singkat ke sesuatu destinasi jika jalan lebih jauh satu atau dua kilometer dipastikan lebih elok. Ini kerana anda perlu kerap menukar gear jika menggunakan jalan kurang elok.

Tips:

-Apabila di tempat meletak kenderaan terdapat bekas titisan minyak atau tercium bau petrol sebaiknya anda perlu memeriksa sama ada terdapat kebocoran pada tangki atau tidak. Jika kebocoran pada tangki, bawa kereta ke bengkel untuk diperbaiki atau jika berlaku kebocoran pada sambungan paip petrol, anda perlu mengetatkan sambungan menggunakan spana.

-Apabila penapis udara tersumbat, ia menyebabkan kemasukan udara ke silinder berkurangan sedangkan penggunaan akan melebihi daripada biasa. Oleh itu anda perlu memeriksa elemen penapis udara dan jika ia kotor, anda perlu membersihkannya.

-Apabila enjin berada dalam keadaan tidak baik atau apabila ekzosnya tersumbat maka penggunaan petrol akan menjadi berlebihan. Oleh itu kenderaan anda perlu dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan. Penggunaan petrol akan berlebihan apabila kenderaan anda sering dimati dan dihidupkan.


>> artikel ini diambil dr website vivac (produa viva club)

Monday, May 5, 2008

berita baik utk aku

tghari td aku dpt 1 surat...surat rasmi ni beb! saspen btol nk bukak ni!

aku bukak elok2..aku baca satu persatu..memula muka aku ni mmg saspen giler2 lah...pas baca 1 rangkap ke satu rangkap, air muke dh berubah dr seram2 gajah jd seram2 kucing (ape2 ntah)...

rupa-rupanya surat tu bgtau aku punyer permohonan pertukaran department dh berjaya!! hepi giler beb!...bukan senang nk dpt tukar ni...mmg x lepas peluang lh..besok 6/5 dh kene lapor diri...teruja x abih2 lgi nie...

pasni blh la rileks skit, keje yg aku wat skrg nie dok kelam kibut lagi org x tau, stress memanjang wehhh!! aku jer yg mmg pandai cover line keje nie ngn cemerlang...mmg x sia-sia aku dpt anugerah cemerlang thn lepas! kakakkkakak!! gurau jer beb...

harap2 tmpt baru nie blh wat aku lebih tenang nk wat keje, senang nk wat xtvt lain, nk bersosial ngn kengkawan pn byk masa...

dan yg paling penting skali..aku dpt luangkan byk masa utk mak aku kt kg...rindu sioot!! tata...

Saturday, May 3, 2008

candat sotong

mybe aku akan ke terengganu utk misi mencandat sotong bln 6 nie...aku n da geng tgh dok survey, dok bincang, dok plan ape2 yg patut pasal misi yg penting ni...3hari 2 mlm di K. Terengganu...bagi aku yg 1st timer (bkn oldtimer ye) pasal mencandat nie memang teruja giler2 lah!

dah lama x kelaut beb...last gi laut pn thn 2005, xpdc ke pulau redang...naik bot terhoyong hayang gak la..nk muntah tp x sampai hati lak nk muntah sbb nk jaga reputasi la konon nyer....mabuk laut gak la masa tu tapi memang best xpdc tu..
berbalik pada misi aku n da geng nk candat sotong, yg join lebih kurg dlm 10 org, pompuan 2 org lelaki 8 org..kami di fhm kn..musim sotong berkeliaran bermula bln 4-8 tiap tahun...masa ni lah kalu ada yg suka mancing tu, mmg x lepas peluang ler...asik mancing ikan jer, mesti boring kan...try la spesis lain lak..hhehhe

harap2 xde ape2 yg menghalang misi aku n da geng nk candat sotong...

Friday, May 2, 2008

waaaaaaaahhh...akhirnye 1st blog!!

helo org-org kat luar tu...

hmmm...1st impression, x tau nk kata apa ni..x tau nk tulis ape nie..1st post...kepala buntu...ala-ala blur..

baru lah gelabah nk tulis ayat ape...barulah gelabah nk cari idea...barulah gelabah nk blaja itu ini pasal blog...

ape itu blog?aku pn x tau...baru nk berjinak-jinak, baru nk merangkak-rangkak...kepala sikit pening, sikit pusing...kalu org-org tanye, "ape tema blog ko?", gerenti aku tergagap-gagap, terketap-ketap bibir nk jawab...

lantak lah org nk kate ape...yg penting aku ada usaha nk blajar wat blog! buken marah tp ada rase teruja skit.. :P

wat permulaan ni..tulis skit2 dah ler...besok2 sambung lagi.. tata