VirtualFriends ~ Where People Meet

Wednesday, December 23, 2009

DUIT & WANG


aku suka jadikan duit & wang itu satu alat dan bukan jadikan duit & wang itu satu keperluan..kenapa? sbb jika aku jadikan duit & wang itu satu keperluan, lama kelamaan nnti aku jadi hamba kepada duit & wang..kan parah bila aku jadi hamba pada duit dan akan jadi masalah jangka panjang nanti..

bagaimana aku boleh buat duit & wang itu menjadi satu alat? plan nya sangat senang mudah nak ingat, mudah dibuat dan memerlukan tahap disiplin yg sederhana..

antaranya yang aku buat sekarang:-
1. jadikan duit & wang itu sebagai alat untuk melabur. (simpanan tiap bulan, ASB, ASN)
2. kurangkan berhutang, jika sudah berhutang, jangan tambah hutang sedia ada selagi hutang yang sedia ada itu belum habis dibayar.
3. berbelanja ikut mana yang termampu, elakkan berbelanja melebihi kemampuan (boros).

itu hanya plan asas untuk jadikan duit & wang itu sebagai alat..plan yang lain perlu difikirkan sendiri sebab duit & wang yang dijadikan alat ini bergantung pada kemampuan kita untuk mengawal keluar masuk dan kemana duit & wang itu pergi..jika tanya aku, mestilah aku gunakan plan aku sendiri. maksudnya disini kita bebas merangka plan peribadi kita sendiri..3 plan yang aku buat itu adalah plan yang umum..plan yang khusus (details) adalah dibawah kawal selia korang sendiri.

kesimpulannya, jgn jadikan duit & wang itu beban pada hidup dan beban pada org lain..teringat pula lagu hattan bertajuk duit.

Monday, December 21, 2009

kemaskini blog sendiri

sedikit perubahan telah dilakukan dlm blog aku ni...sikit jer sbb templates blogger.com ni bkn byk sgt pun..nk buat customize templates tak larat nk edit kongfigurasi html yg pjg2 lebar tu..ringkas2 dh la...yg penting isinya kn. lepas ni aku x taip pjg2 kecuali kalau jari jemari ni rajin menaip (aik..jari pn blh rajin ke?)...ah, apa2 je lah..hehe..penutup utk post kali ni aku doa kn korg pjg umur & murah rezeki sempena thn baru maal hijrah 1431.