VirtualFriends ~ Where People Meet

Thursday, August 28, 2008

Drum pula..

Sungguh tidak disangka, rupa2 nya main drum ni senang! betul..kalau main gitar perlu ingat chords gitar, jari mana yg nk letak, fret kt mana nk kena tekan, tali mana yg nk kene petik tapi kalau main drum, cuma ketuk jer.

senang kan...bit utk drum pn mudah, kalau korng dgr lagu lama, hampir semua bit nya sama. org yg baru nk berjinak-jinak main drum mcm aku ni kene belajar bit senang2 mcm lagu lama.

bila dh mula minat main drum, mesti nk kena kenal apa nama alat2 drum ni. kiranya aku nk berkongsi ngan korg ape yg aku nk belajar ni, sekurang-kurang nya ambil tahu walau pun x minat.

kat sini ada gambar yg menunjukkan kedudukan drum serta nama setiap alat dalam set drum, bila dh hafal baru leh mula mengetuk. Kalau ketuk sembarangan mmg boleh bernanah telinga yg mendengar..hehheh.

dalam gambar ni aku rasa set drum yg lengkap kot, tgok gmbar drum set sebelah kanan ye sbb gambar sebelah kiri atas tu cuma hiasan jer..hehhhe. ok, set drum yg aku belajar xde lah sebanyak ni tp aku cuma belajar mengetuk cuma 3 alat je..bass drum, snare drum, high-hat cymbals, yg lain tu blum tahu lagi mcm mana nk ketuk.

mudah jer cara nk main drum ni, kaki kanan kawal bass drum, tgn kanan ketuk high-hat cymbals dan tgn kiri ketuk snare drum. bila gitar bass dipetik, ikut rentaknya dgn ketukan bass drum, snare dan juga cymbals.

kadang2 kalau aku tengah tensen, drum lah jadi tempat lepas geram (geram yg x terlampau). sama lah mcm kita main boling, bila campak bola dpt strike mmg puas hati gila2 punya tp sbb main drum ni free, jd x payah susah2 keluar duit mcm main boling..hehhehe save budget aku.

pepehal pn terima kasih yg amat banyak pd big bos ofis aku sbb sediakan kemudahan beriadah seperti Studio Mini ini utk staff.

kalau big bos prihatin dan mesra. kami yg kt bwh ni pn sama2 mesra dan sama2 merasa kebaikannya. harap berkekalan silaturahim ini selama2 nya.

Sunday, August 24, 2008

aimini.net? lets downloads this song!

Good Charlotte - The Beginning

Javier - Crazy

Yael Naim - New Soul

Don Irvano n Friends - I Thought She Knew

New Found Glory - king of wishful thinking

Nicholas Gunn - Seeking Serenity

Aktiviti Di Giant Kinrara, Puchong Sempena Perasmian Mini Karnival Pemakanan Sihat Kebangsaan dan Pelancaran Bistro MyNutri Biz

Salam..

wajah para urusetia program yg ala2 ayu

Program ini bertujuan mendidik pengguna berkenaan perlunya makanan yg kita ambil mesti mempunyai segala khasiat yg diperlukan disamping mengurangkan makanan yg mempunyai banyak garam, gula serta lemak dan juga bahan pengawet dalam makanan seharian.

Sebagai contoh, Kafeteria Bistro MyNutri Biz telah mengambil langkah bijak dengan mewujudkan sebuah kafeteria untuk pelanggan yg memilih makanan sihat yg dimasak dengan penggunaan garam, gula dan lemak yg minima tetapi masih mengekalkan kelazatan dan keenakkan tekstur asal masakan itu.

Seperti yang dijanjikan..biarlah gambar ni yg ceritakan semua yg berlaku semasa aku terlibat dalam aktiviti di Giant Kinrara, Puchong sempena Perasmian Mini Karnival Pemakanan Sihat Kebangsaan dan Pelancaran Bistro MyNutri Biz. Antara aktiviti yg ada seperti demonstrasi masakan, sesi bergambar bersama maskot sawi dan terung, karaoke, pertandingan mewarna, main puzzle piramid makanan, main dam pemakanan sihat, Explore Food Race, senamrobik, pocho2, pertandingan makan buah dan sebagainya.

Untuk pengetahuan korang, semua menu di Bistro MyNutri Biz mmg sedap2 belaka, aku sempat rasa hampir kesemua masakan kat Bistro ni, 4 hari aktiviti di situ, aku gunakan peluang tu sebaik-baik nya..hehheh...kalau nak tahu sedap atau tak, korang cubalah sendiri.


Kelihatan Y.B. Dato' Liow Tiong Lai sedang ditemuramah wartawan di Bistro MyNutri Biz setelah melancarkan Mini Karnival Pemakanan Sihat Kebangsaan dan merasmikan Bistro MyNutri Biz.

Suasana diluar Bistro MyNutri Biz selepas majlis perasmian

Demonstrasi masakan oleh chef tempatan. Mereka telah menunjukkan bagaimana memasak rendang tanpa menggunakan santan tetapi menggunakan susu rendah lemak!


Maskot Sawi dan Terung yang menceriakan suasana semasa karnival berlangsung..ramai peminat dorang ni rupenye.


pertandingan menyusun puzzle piramid makanan..nampak je senang tp haru biru gak susun puzzle ni.

Senamrobik plus pocho2..mmg kuar peluh beb! hehhhe

pertandingan mewarna kategori kanak2


dam ni bukan saje besar...susah lak tu nak menang..byk sgt kotak dendanya!


bro2 audio..korang mmg best! mintak lagu ape pn sumer ada..


Bro Azrul Oorraaitss! pun ada juga






bergurau senda tandanya mesra..kakkaka :P



banyak dh tu cerita rasanya nie..penat mengedit penat menaip. lagi pun dh tghr, perut pn kenyang..lelap jap best gak..mintak diri dulu ye..tata

Thursday, August 21, 2008

lets download this song buddy



AKU dan diri MU - Ari lasso & Bunga Citra Lestari


Tiba saatnya kita, saling bicara,
tentang perasaan yang, kian menyiksa,
tentang rindu yang menggebu,
tentang cinta yang tak terungkap.

Sudah terlalu lama, kita berdiam,
tenggelam dalam gelisah, yang tak teredam,
meme-nuhi, mimpi-mimpi, malam kita.

Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah,
perasaan mu, rindu mu, s’luruh cinta mu,
dan kini hanya, ada aku, dan diri mu,
sesaat, di keabadian.

Jika sang waktu bisa, kita hentikan,
oh, dan s’gala mimpi-mimpi jadi kenyataan,
meleburkan semua batas,
antara kau dan aku,
kita…

Duhai cinta ku, sayang ku, lepaskanlah,
perasaan mu, rindu mu, s’luruh cinta mu

download this file

Monday, August 18, 2008

Komunis Letup Tugu Negara

lamanya x kemaskini blog 'yg x mcm blog ni'..huhu..lepas habis program di Giant, puchong tempohari, aku amik cuti 1 hari utk rehat dirumah sepuas2nye, kebetulan pula aku dpt selsema yg teruk, cuti yg diberi digunakan sebaik2nya dan semaksimun yg blh. segala aktiviti semasa program tersebut akan aku kemaskini dlm 2-3 hr lg sbb byk yg perlu di sediakan...al maklum lh, gmbar2 semasa program tu dpt lambat..nk kene edit, nk setel keje yg tertangguh..kedebak kedebuk 2-3 har gak la...hehhe

seterusnya sempena bulan kemerdekaan ni..aku bawakan satu rencana yg aku ambil drpd bharian.com.my khas utk kwn2 sumer. rencana yg ditulis oleh Mohd Azis Ngah mmg menarik utk dibaca dan perlu dijadikan satu iktibar yg negara kita pernah didatangi oleh pengganas atau lebih dikenali tali barut negara kita satu masa dahulu.

selamat hari kemerdekaan yg ke-51 Malaysia..!!

Komunis Letup Tugu Negara

SEPANJANG tahun terutama ketika musim cuti sekolah, ribuan rakyat dan pelancong asing menziarahi Tugu Peringatan Negara atau Tugu Negara yang menjadi lambang kedaulatan, kemegahan serta mercu tanda pejuang yang mempertahankan tanah air, Malaysia.

Tugu yang dibina dengan kos RM1.5 juta itu dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 8 Februari 1966 dan setiap tahun, pasti diadakan pelbagai program sempena memperingati Hari Pahlawan bertujuan mengenang jasa pejuang negara.

Bagaimanapun, langkah kerajaan mengagungkan pejuang bangsa itu jelas merobek perasaan pengganas komunis yang kononnya mendakwa mereka juga pejuang negara.

Yang pasti komunis berasa begitu terhina dengan patung pengganas yang rebah menyembah bumi manakala patung askar berdiri teguh memegang senjata dan bendera negara manakala satu patung lagi memangku rakan yang cedera.

Oleh kerana bencikan kerajaan, ingin melumpuhkan agenda mewujudkan keamanan dan cintakan negara di kalangan rakyat, komunis bertindak dengan mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi yang memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh daripada kedudukan asal. Pihak berkuasa percaya letupan itu dilakukan Barisan Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLF).

Berdasarkan siasatan awal, polis percaya komunis merancang untuk meletupkan Tugu Negara pada jam 6 pagi iaitu ketika sesi tiupan biugel yang diadakan di situ. Mereka mensasarkan untuk membunuh semua peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan, tetapi malangnya cubaan mereka gagal.

Mengikut perancangan awal, mereka merancang untuk meletupkan tiga bom yang diletakkan di situ, tetapi malangnya satu daripada tiga bom itu meletup lebih awal yang meruntuhkan satu patung besar yang beratnya dianggarkan satu tan.

Lantai marmar di keliling kawasan tugu retak sepanjang 2 kaki disebabkan patung besar jatuh ke lantai. Letupan kuat itu menggegarkan kawasan perumahan di sekitar Taman Bunga dan sebahagian daripada tingkap rumah mereka pecah akibat gegaran letupan.

Antara penduduk yang mendengar letupan kuat itu ialah Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman yang tinggal berhampiran Tugu Negara. Beliau terdengar letupan kira-kira jam 5 pagi ketika bangun untuk solat menunaikan Subuh.

Unit Pemusnah Bom Polis menemui dua butir bom yang belum meletup di tempat kejadian serta kesan darah dipercayai milik pengganas yang cedera, tetapi masih sempat melarikan diri. Polis percaya empat pengganas terbabit dalam serangan itu termasuk seorang wanita.

Sebaik saja letupan berlaku, polis terserempak dengan dua orang dipercayai komunis menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan di simpang Jalan Travers dan Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.

Mereka melepaskan tembakan ke arah polis yang cuba menahan mereka sebelum menghilang di sebalik kegelapan kabus pagi yang tebal.

Di tempat letupan, polis menemui dua topi keledar dan dua helai bendera komunis yang ditinggalkan di situ. Berdasarkan penemuan kesan darah di tempat kejadian, polis percaya kemungkinan seorang penyerang Tugu Negara tercedera terkena letupan.

Berikutan itu, polis segera mengeluarkan arahan meminta kerjasama doktor di hospital atau klinik yang didatangi mana-mana individu yang cedera terkena letupan supaya segera menghubungi polis.

Polis melancarkan gerakan besar-besaran mengesan empat pengganas berkenaan dan tumpuan operasi ialah di semua kebanyakan penempatan yang disyaki terutama di sekitar Bangsar. Polis percaya, kumpulan pengganas itu mungkin menyamar sebagai pekerja buruh binaan.

Sehari selepas kejadian letupan itu, polis menemui sebuah motosikal jenis Yamaha 100 cc tersadai di tempat letak kereta berhampiran pasar Jalan Pudu kira-kira jam 1 tengah hari. Berdasarkan rekod, motosikal itu dipercayai dicuri di Flet Jalan Loke Yew pada 18 Ogos.

Walaupun tidak dapat disahkan motosikal itu digunakan pengganas, jenisnya dikatakan menyamai laporan awal kenderaan yang digunakan dua pengganas untuk melarikan diri ketika terserempak dengan polis.

Penolong Kurator Kajian dan Penyelidikan Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Selamat Sainayune menjelaskan Tugu Negara itu adalah sebagai peringatan kepada perwira yang terkorban demi tanah air ketika peperangan dan darurat pada 1942-1960.

“Ia simbol kenangan, pengorbanan yang dilakukan dengan penuh taat setia oleh segenap lapisan pasukan keselamatan yang rela mengorbankan jiwa dan raga mereka semata-mata untuk menyediakan sebuah negara yang merdeka di mana rakyat dapat hidup aman harmoni. Sebab itu Ia wajar dihormati dan dipelihara bersama,” katanya.

Info:
• Tugu Negara disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan Darurat (1948-1960).
• Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
• Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara.
• Tugu itu menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang.
• Setiap patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian dan pengorbanan.
• Dibina pada 1966, tugu setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.

Sejarah awal Tugu Negara
• Tugu Negara terawal adalah tiang konkrit terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara.
• Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.
• Tiang asal dialih ke kompleks Tugu Negara dan padanya tercatat tarikh tragedi kemanusiaan: Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1939-1945) dan Darurat (1948-1960).

mahu info lagi?

klik pautan ini : malaysiamerdeka

Tuesday, August 12, 2008

sokong lah band-band tempatan!

disini aku ingin memanggil kwn2 semua utk menyokong band-band tempatan kita tp kat sini sumer band muzik lebih pd rock la..kalu yg tangkap leleh, x payah nk underground..janji muke lawa, ada sore terus blh wat album, hheehhe..

band kt bwh nie ade yg dh tunjuk muka kt luar setelah sekian lama meng 'underground' kan diri..kalau korg suke leh klik link kt bwh nie...blh download lagu dorg..kalu x suke pas dgr jgn delete..bagi kt kwn2 yg suke muzik yg dorg bwk ni..hehhehe

- band The Times

- band koffin kanser

- band The Official

- band Cik Payung

- band Butterfinger

- band Zoofit

- band OAG

- band Dragon Red

x larat dh aku nk senaraikan semua...banyak lagi sebenarnye band2 tempatan kita ni..yg bawah tanah (underground) dan yg atas tanah...nk list kan satu2 mmg letih...tp korng leh amik byk info sambil download lagu dorg kt website ni djodownload.

enjoy your self!

Saturday, August 2, 2008

Harga Minyak Akan Turun 1 September '08..

dlm berita buletin utama TV3 mlm tadi ada di paparkan berkenaan harga minyak dlm negara kita akan mengalami penurunan harga yg akan diumumkan pd 1 Sept '08.

drpd info tu..ramai yg melompat, gembira sgt bila dgr pengumuman tu mlm td...aku pn ikut enjoy la..sampai aku ngn dak2 umah aku sembang pjg lebar pasal topik ni..mcm2 kitorg bincang..ala2 forum lagaknye...yo yo orr kate aznil...tp ade gak kebenaran nye dlm isi kandungan yg kitorg bincng tu..

antara perkara yg kami bincangkn :-

kalu betul minyak turun...

adakah harga brg2 mcm beras, ayam, etc akan turun?

tambang perkhidmatan awam akan turun?

rebet yg belum dituntut/akan dituntut tu camne?

kalu bayaran rebat dihentikan,
yg dh dibayar rebet pula camne? yg belum dibayar pula camne?

....dan mcm2 soalan yg kita blh fikir kalu harga minyak turun

satu lagi topik yg kita x perasan, dulu masa gaji gomen naik pn semua harga brg2 yg x berkenaan pn naik harga gak....korg perasan x? kan xde kene mengena tu...

tapi pepehal pn...

kerajaan kita yg akan putuskan..kita tggu dan tgok aje..cukup masa kita ganti kerajaan lain....hehhehhehhe