VirtualFriends ~ Where People Meet

Sunday, August 24, 2008

Aktiviti Di Giant Kinrara, Puchong Sempena Perasmian Mini Karnival Pemakanan Sihat Kebangsaan dan Pelancaran Bistro MyNutri Biz

Salam..

wajah para urusetia program yg ala2 ayu

Program ini bertujuan mendidik pengguna berkenaan perlunya makanan yg kita ambil mesti mempunyai segala khasiat yg diperlukan disamping mengurangkan makanan yg mempunyai banyak garam, gula serta lemak dan juga bahan pengawet dalam makanan seharian.

Sebagai contoh, Kafeteria Bistro MyNutri Biz telah mengambil langkah bijak dengan mewujudkan sebuah kafeteria untuk pelanggan yg memilih makanan sihat yg dimasak dengan penggunaan garam, gula dan lemak yg minima tetapi masih mengekalkan kelazatan dan keenakkan tekstur asal masakan itu.

Seperti yang dijanjikan..biarlah gambar ni yg ceritakan semua yg berlaku semasa aku terlibat dalam aktiviti di Giant Kinrara, Puchong sempena Perasmian Mini Karnival Pemakanan Sihat Kebangsaan dan Pelancaran Bistro MyNutri Biz. Antara aktiviti yg ada seperti demonstrasi masakan, sesi bergambar bersama maskot sawi dan terung, karaoke, pertandingan mewarna, main puzzle piramid makanan, main dam pemakanan sihat, Explore Food Race, senamrobik, pocho2, pertandingan makan buah dan sebagainya.

Untuk pengetahuan korang, semua menu di Bistro MyNutri Biz mmg sedap2 belaka, aku sempat rasa hampir kesemua masakan kat Bistro ni, 4 hari aktiviti di situ, aku gunakan peluang tu sebaik-baik nya..hehheh...kalau nak tahu sedap atau tak, korang cubalah sendiri.


Kelihatan Y.B. Dato' Liow Tiong Lai sedang ditemuramah wartawan di Bistro MyNutri Biz setelah melancarkan Mini Karnival Pemakanan Sihat Kebangsaan dan merasmikan Bistro MyNutri Biz.

Suasana diluar Bistro MyNutri Biz selepas majlis perasmian

Demonstrasi masakan oleh chef tempatan. Mereka telah menunjukkan bagaimana memasak rendang tanpa menggunakan santan tetapi menggunakan susu rendah lemak!


Maskot Sawi dan Terung yang menceriakan suasana semasa karnival berlangsung..ramai peminat dorang ni rupenye.


pertandingan menyusun puzzle piramid makanan..nampak je senang tp haru biru gak susun puzzle ni.

Senamrobik plus pocho2..mmg kuar peluh beb! hehhhe

pertandingan mewarna kategori kanak2


dam ni bukan saje besar...susah lak tu nak menang..byk sgt kotak dendanya!


bro2 audio..korang mmg best! mintak lagu ape pn sumer ada..


Bro Azrul Oorraaitss! pun ada juga






bergurau senda tandanya mesra..kakkaka :P



banyak dh tu cerita rasanya nie..penat mengedit penat menaip. lagi pun dh tghr, perut pn kenyang..lelap jap best gak..mintak diri dulu ye..tata

1 comment:

nama saya katy cat...hahaha said...

abg ridam jOm share blOg...
khatyd@gmail.com