VirtualFriends ~ Where People Meet

Wednesday, October 15, 2008

Apehal lak ni..hehhehe




Apehal lak ni? dh xde keje ke? Nape letak gmbar pelik2 ni? Mcm penah nmpak tp ape dia ye?..bla?..bla?..bla?...

mcm2 soalan yg kuar dlm kepala kn...heheheehe, mmg aku sengaja wat catatan mcm ni...Tunggu kemaskini yg seterusnya

Tuesday, October 14, 2008

Antoofighter Movie ~ Kemaskini


Dah lama x tgok blogs dan website Antoofighter...byk dh yg dorg kemaskini maklumat2 pasal filem dorg ni...x sabar nk tggu kemunculan filem buatan Malaysia ni bulan November nnti.

Kalu korg tgok trailer dalam website rasmi filem ni - http://www.antoofighter.com/, ada part2 yg mmg cantik CGInye...smooth jer, tgok la awie jadik drakula...pastu tgok geng2 ala2 ghostbuster nye, toyol pn ade..kekekkekee...warne kuning mcm iklan DiGi pulak.

Kalu nk tau hal2 belakang tabir lak, gi kat blogs rasmi dorg ni - Antoofighter Blogs, mcm2 maklumat ada dlm ni...dari mula2 bikin ini filem sampai la crita psl jalan crita ini filem, pelakon2 dan karekter2 dlm filem ni.Nmpak mcm best je citer nie..tggu bln november nnti nk tgok dpn mata sendiri baru leh bagi komen 100%.

Koleksi Sweet Charity

Zaman 80an dulu, band ni mmg popular, asal dari Singapura, vokalisnya Ramli Sharip a.k.a Papa Rock..ada masa terluang aku cari lagu2 lama band ni dlm internet utk koleksi diri sendiri. Ada sesetengah lagunya x pernah kita dgr tp kt Singapura mmg dh lama ada. Muzik nya santai, kene ngn lirik2 melayu nya..itu pandangan org yg suka dan minat muzik yg band ni bwk.

Korang try la dgr, x dgr maka x cinta, bila dh cinta mestilah jd suka nk dgr..hehhehee...

mudah jer, cuma klik tajuk lagu yg korg nk utk muat turun...slmt mendengar lagu rock lama!

Kamelia
Batu
Penunggu
Zakiah
Pelarian
Jangan Tak Jadi
Arahan
Terharu
Curiga
Sama-Sama Merasa
Raja Kumbang
Terharu
Dendang Remaja

Yamaha Electric Bike

EC-02


Comey x moto ni? EC-02 namanya...dikeluarkan oleh yamaha jepun...utk pasaran jepun sahaja...harga bwh $2000 jer...x laju pn, 18 Mph jer...kalu nk pusing2 taman, pusing kg blh la..kalu nk wat lumba jauh skali.

x banyak maklumat yg aku dpt pasal moto ni..spesifikasi nye byk ni jer :-

Price: 209,790 yen (US$1,947)
Availability: Japan, April 27
Device: Electric commuter bike
Basic specs: Recharging time of 6 hrs, max. 40km per charge, 30kmh, 935 x 620 x 1,385mm, 47kg, compartment for iPods

tu pun dpt info ni dr website asia.cnet.com ...dalam website yamaha sendiri pn aku x jmpe, mgkin ni model lama kot.



bila semak balik dlm website yamaha, ada lagi model moto dorg ni..siap ada teknologi hibrid lagi, mcm gambar kt bwh ni :-

HV-01DEINONYCHUS
FC-mePassol-L


Kesemuanya masih model prototype tp aku x jmpe update utk model prototype ni, dr maklumat yg aku dpt dlm website yamaha, semua prototype ni guna gasolin, elektrik dan gabungan kedua2nya.

hmm..agak2 bila nk sampai moto2 cmnie kt tanah air kita ye...keadaan di Malaysia skrg ni amat-amat memerlukan kenderaan mcm nie, walaupun harga minyak turun sedikit demi sedikit...Dah la jimat, pastu lagi lagi jimat. Kita tunggu je lah.

Thursday, October 9, 2008

Aidilfitri 1429H


Tahun ni bln Syawal hanya ada 29 hari je..aku dh semak 3 kali kt kalendar cap kuda berlari, mmg betul 29 hari..atau mgkin salah cetak kot. Tapi kalau betul lh bulan Syawal thn ini 29 hari, maksudnya ini lah yang pertamanya dlm hidup aku bln Syawal 29 hari.

Episod 1: Tahun ini, hari raya di kg agak meriah kerana adik beradik aku ramai yg dpt berkumpul di teratak emak di Sg. Besar. Aku ada 11 org adik beradik, 7 drpdnya dpt balik ke kg. Selebihnya beraya di rumah mertua. Semuanya dh berumah tangga dan beranak dan bercucu kecuali AKU..oleh sbb itu aku jadi sasaran dan perhatian mereka skrg ni!...aduyaiii camne nie? Ah! semua persoalan yg dtg bertubi2 dan kdg kala disulam usikan manja adik2, kakak dan abg, bahkan ada juga yg sempat kenen2 dan rekomen kwn2, sahabat handai, sedara mara sblh ipar duai. Namun semua nya itu dpt aku jawab dgn sempurna dan berhati2 sekali..hehhhe...mat salleh kate "play safe bro!". Emak aku hanya tersenyum dari jauh melihat gelagat kami.

Episod 2: Seperti tahun2 sebelum ini dan sememangnya acara yg wajib setiap kali hari raya yg pertama, kami adik beradik semua beramai2 mengunjungi rumah adik beradik kedua2 org tua aku. Walaupun ada yg telah meninggal dunia tapi kami x lupa anak2 adik beradik org tua kami tu. Mmg kami sudah di latih oleh org tua kami dari kecik lagi mengenali dan mengunjungi setiap sorg saudara mara. Hari raya mmg acara wajib mengunjungi mereka, hari lain kami akan kunjungi bila ada masa lapang. Aku harap budaya ini terus subur hingga ke anak cucu..Insya-Allah. Disebabkan bilangan kami yg ramai, hampir 6 buah kereta menuju ke rumah pertama iaitu rumah aruah nenek. Kebetulan pula pada waktu ini bukan musim menanam padi jd gmbar yg aku paparkan ni x nmpak kehijauan pokok2 padi tu. Yang nmpak cuma tanah bendang yg baru di bajak utk musim menanam padi yg seterusnya. Macam2 hidangan disajikan, sedapnye ketupat, lontong dan pelbagai rendang. Tgh hari dh x payah mkn lagi sbb dh kenyang mkn juadah hari raya.

Episod 3: Sedar x sedar kami dh beraya hampir 6 buah rumah pd pagi tu. Perut aku yg kempis sepanjang bulan puasa mula bertukar wajah seperti lapisan2 ala2 kuih lapis sarawak..kakkaka. Aku kekenyang sampai mlm. Penangan segala juadah istimewa yg hanya dpt pd hari raya jer. Hari lain ade gak juadah yg sama tp suasananya x sama.

Bulan puasa berat badan turun 2 kilo...lepas puasa naik balik, malah bertmbah2 kilo nye..hehhhee. Tapi aku ni bkn org yg suke berdiet atau menjaga badan. Aku cuma nk sehat dan cergas sepanjang masa. Bagi aku kesihatan tubuh badan lebih penting, kalu yg hal kurus atau gemuk tu cuma perkara2 sampingan jer. Mmg kadang2 kita rasa x puas hati ngan bentuk tubuh sendiri tapi itu bkn jenis keperluan yg penting. Lebih baik jaga tubuh badan biar sehat setiap masa.

Episod 4: Anak buah aku bertambah lagi, merangkap cucu yg ke-36 untuk emak aku. Umur baru 1 1/2 bulan tp dh mula nk belajar mengiring. Anak buah merangkap anak ke-2 kepada adik aku ni menjadi perhatian sbb dia lelaki, sebelum ni berturut2 perempuan je. Nama nya Khairil Lokman tapi kak long dia (baru 3 tahun) suka panggil Ipin...terpengaruh ngn animasi Upin dan Ipin. Tiap petang pkl 7 melopong tgok kartun tu, sampai nama adik pn lupa..hehheh.

Cian dia, masa aku amik gmbar ni dia pakai baju warna pink, jambu betul! buaian pn warna pink gak..hehhehhe. Korang tgok muka dia, geram kt pipi gebu tu kn.Dalam masa yg sama, kakak ipar aku sedang sarat mengandung skrg ni. Kiranya bila anak dia lahir, jadilah anak buah aku yg ke-37. Makin lama makin besar keluarga aku ni. Seronok bila berkumpul ramai2, mcm2 ragam, mcm2 perangai.

Episod 5: Ni kesah Abang aku, sajer nk kongsi cerita sbb kelakar sgt. Masa balik dr masjid ada org tua berdiri dekat ngan pintu masjid. Bukan main segak pakcik tu ngan baju Melayu, bersampin dan berkaca mata hitam. Abang aku ni nk salam pakcik tu tapi pakcik tu wat bo layan jer. Nape pakcik ni sombong sgt ni. Muka dh hensem tp sombong pulak pg raya kn. Abang aku ni termalu la kejap sbb tgn dh angkat nk salam tp x disambut..hehheh. Lepas tu abang aku terus blah masuk dlm kereta tggu yang lain sampai. Sambil2 tu dia usha2 pakcik tu dr jauh bukan sbb x puas hati tp ada sikit rasa pelik ngan kejadian yg baru dia alami tu.

Lebih kurang 5 min kemudian, abang aku nmpak sekumpulan org yg lebih kurg sebaya ngn pakcik tu salam dgn mesranya. Dorang bertegur sapa sambil salah sorg dr kumpulan tu menarik tgn pakcik tu keluar dr pintu masjid. Pastu pakcik tu lak kuarkan tongkat lipat dari poketnya sambil meraba2 sandal kt bawah kakinya. NAH! berdekah2 kami ketawakn abang masa nie...patut la abang sy x dpt salam sbb pakcik tu x nmpak, dia buta. Yelah..abg aku mana tau kn. Patutlah org2 yg bersalaman tadi dpt salam ngn pakcik tu sbb dorg tgkap tgn dia. Kalau x tangkap pakcik tu cmne pakcik tu nk tahu kan. Moralnya cerita ni, lain kali tegur dulu sebelum nk salam tp abang aku ni x tegur pakcik tu, nk terus salam jer sbb org mcm pakcik td tu masih blh mendengar lagi.

Episod 6 (Akhir Kata): Hari ini 10 Syawal, jemputan ke rumah terbuka dh dtg mencurah2. Kalau blh, nk dtg semuanya tp kalau aku x sempat dtg tu, aku mntak maaf byk2 awal2 ye. Kepada kawan2, Blogger2, pembaca, pelawat, terbaca dan terlawat blog aku ni (ade gak kot kes terbaca dan terlawat tu..hehhehe)..aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga korang sentiasa berbahagia di hari dn bulan yg mulia ini. Jgn lupe puasa 6! Byk kelebihannya.