Monday, September 20, 2010
SMS raya
Tetapi bukan saya nak berceloteh berkenaan rumah terbuka tetapi berkenaan sms ucapan hari raya.
Daripada malam raya sehinggalah hari raya ke-3 tak putus-putus sms yang saya terima, ada kalanya sms tu hampir sama semuanya, ada juga sms yang istimewa dan ada juga sms lucu.
Saya harap hari raya tahun depan saya tak dapat sms yang sama tapi dapat sms yang lebih kreatif dan berlainan daripada apa yang saya terima tahun ini. Bukankah lebih baik kalau kita hidupkan kembali mengirimkan kad hari raya berbanding mengirim sms…itu semua anda yang tentukan.
Saya akan paparkan beberapa sms yang menarik yang memenuhi ruang dalam telefon bimbit saya.
1. Pejam celik pejan celik, dah nak raya. Makin dipejam dan makin dicelik, makin banyak pula salah dan dosa. Sebelum pejam tak celik-celik, mohon ampun dan maaf, halalkan segalanya. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
2. Sebelum cahaya syurga terpadam, sebelum hidup ini berakhir, sebelum pintu-pintu taubat tertutup dan sebelum syawal berakhir, mohon maaf zahir dan batin atas pertuturan yang tidak terjaga, janji-janji yang terabai serta sikap yang menyakitkan…maafkan segala kesilapan.
3. Biar kulit segelap almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit, biar iman sekental dodol, jgn senipis dan rapuh seperti rempeyek, biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik kuih samprit, senyumlah semanis wajik agar lebaran yang disambut lebih bermakna. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
4. Syawal tiba lagi, ku terlebih dahulu memohon maaf jika ku ada berbuat kesalahan baik yang sengaja mahupun tidak sengaja. Ku juga telah memaafkan dan menghalalkan semuanya.
5. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak tertatap tapi izikan hati memohon maaf zahir dan batin..Selamat hari raya.
6. 1001 gurauan, belum tentu dapat mengukir satu senyuman tetapi hanya satu sindiran sudah cukup melukakan hati seseorang dan hanya dengan satu sms sudah cukup membuktikan seseorang masih mengingati kita..selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
7. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang..mohon segala kekhilafan kerana ada ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga. Salam Aidilfitri.
8. Pelita dipasang penaik seri, ramadhan diganti si aidifitri, mesej pendek pengganti diri, tanda persaudaraan sentiasa diingati..selamat hari raya aidilfitri.
9. Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah..jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, lupakanlah…jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat..sepuluh jari disusun mohon kemaafan..salam aidilfitri 1431H, maaf zahir dan batin.
10. Jika tanganku tidak sempat berjabat, jika muka tidak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku...selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Sunday, August 15, 2010
bazar ramadan - tempat utk menguji disiplin nafsu
langkah 1 :
- setiap hari target 1 jenis makanan sahaja yg bajetnya tak lebih dr rm5..kecuali hr mggu, nk mkn sedap2 skit blh la bajet lebih dr rm5 & kurg dr rm10..cth ayam golek separuh dh rm8..nasi x payah beli, masak siap-siap kt rumah.
langkah 2 :
- pernah juga sy perasan ada lebih dari 3 jenis mknn yg hnya ada di bulan puasa shj..mmg rmbang mata..tp sy wat cmni...hr ni beli 1 jenis..besok beli lg 1 jenis..lusa beli 1 jenis lg yg lain..target 1 hr 1 jenis jer...kalau beli semua dlm 1 hari bkn mkn pun..smpi ke sahur pn blum tentu mkn kn.
langkah 3 :
- bbuka di masjid..lebih baik jika dpt terus solat isyak & berterawikh drpd gi msjd semata-mata nk bbuka shj..jimat pn jimat, pahala pn dapat.
langkah 4 :
- seboleh-bolehnya elak bbuka diluar sbb bila order nnti, tgok gmbar dlm senarai mknn jer kita dah nak mcm-mcm..terliur tgok ikan siakap 3 rasa..duit byk melayang..sebaik-baiknya masak dirumah.
langkah 5 :
- disiplin kene kuat..kalau disiplin tak kuat, nafsu bermaharajalela..kalau xde disiplin & tak dpt kawal nafsu, penuh lah bungkusan plastik berwarna warni kt tgn lepas ke bazar, nmpk mcm besok tak dpt nk bbuka lg kn..sabar kwn-kwn, didik nafsu kita sebaik-baiknya.
ini cara sy, kdg-kdg sy praktikkan ikut kesesuaian jika sy gi pasar mlm, pasar rabu, pasar mggu, downtown, uptown & seumpama dgnnya...anda nk cuba langkah-langkah itu? keputusan di tangan anda.
Bersedekah
1. Umur panjang
2.Berjaya dan selamat daripada azab Allah SWT
3.Selamat daripada api neraka (walaupun sedekahnya sebesar buah tamar)
4.Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah kepada orang yang berbelanja hartanya akan gantian
5.Hampir dengan Allah SWT dan Syurganya
6.Jaga keselamatan harta
7.Dosa diampuni
8.Menyuci harta dan badan
9.Menolak bala
10.Dapat mengembirakan orang-orang miskin
11.Harta jadi berkat
12.Bayangan berteduh daripada panas hari kiamat dan meringankannya
13.Memberatkan timbangan kebajikan
14.Menjadi nur cahaya di atas titian sirat
15.Meninggikan darjat disyurga
16.Tanda ikut Rasulullah SAW. para sahabat dan ulama salaf yang soleh
17.Menolak 70 pintu kejahatan
18.Menghapuskan kesalahan
19.Boleh minum di kolam Nabi SAW
20.Dapat tempat orang-orang pilihan Allah SWT
Salam Ramadan~!
Tuesday, July 28, 2009
selamat berpuasa kawan2~!

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan maupun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan...
Dikesempatan ini saya ingin memohan ampun dan maaf kepada anda semua jika ada salah dan silap dan terkasar bahasa, semoga Ramadhan kali ini dapat kite lalui dengan sempurna.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Thursday, October 9, 2008
Aidilfitri 1429H

Episod 1: Tahun ini, hari raya di kg agak meriah kerana adik beradik aku ramai yg dpt berkumpul di teratak emak di Sg. Besar. Aku ada 11 org adik beradik, 7 drpdnya dpt balik ke kg. Selebihnya beraya di rumah mertua. Semuanya dh berumah tangga dan beranak dan bercucu kecuali AKU..oleh sbb itu aku jadi sasaran dan perhatian mereka skrg ni!...aduyaiii camne nie? Ah! semua persoalan yg dtg bertubi2 dan kdg kala disulam usikan manja adik2, kakak dan abg, bahkan ada juga yg sempat kenen2 dan rekomen kwn2, sahabat handai, sedara mara sblh ipar duai.
Namun semua nya itu dpt aku jawab dgn sempurna dan berhati2 sekali..hehhhe...mat salleh kate "play safe bro!". Emak aku hanya tersenyum dari jauh melihat gelagat kami.Episod 2: Seperti tahun2 sebelum ini dan sememangnya acara yg wajib setiap kali hari raya yg pertama, kami adik beradik semua beramai2 mengunjungi rumah adik beradik kedua2 org tua aku. Walaupun ada yg telah meninggal dunia tapi kami x lupa anak2 adik beradik org tua kami tu. Mmg kami sudah di latih oleh org tua kami dari kecik lagi mengenali dan mengunjungi setiap sorg saudara mara. Hari raya mmg acara wajib mengunjungi mereka, hari lain kami akan kunjungi bila ada masa lapang. Aku harap budaya ini terus subur hingga ke anak cucu..Insya-Allah. Disebabkan bilangan kami yg ramai, hampir 6 buah kereta menuju ke rumah pertama iaitu rumah aruah nenek. Kebetulan pula pada waktu ini bukan musim menanam padi jd gmbar yg aku paparkan ni x nmpak kehijauan pokok2 padi tu.
Yang nmpak cuma tanah bendang yg baru di bajak utk musim menanam padi yg seterusnya. Macam2 hidangan disajikan, sedapnye ketupat, lontong dan pelbagai rendang. Tgh hari dh x payah mkn lagi sbb dh kenyang mkn juadah hari raya.Episod 3: Sedar x sedar kami dh beraya hampir 6 buah rumah pd pagi tu. Perut aku yg kempis sepanjang bulan puasa mula bertukar wajah seperti lapisan2 ala2 kuih lapis sarawak..kakkaka. Aku kekenyang sampai mlm. Penangan segala juadah istimewa yg hanya dpt pd hari raya jer. Hari lain ade gak juadah yg sama tp suasananya x sama.
Bulan puasa berat badan turun 2 kilo...lepas puasa naik balik, malah bertmbah2 kilo nye..hehhhee. Tapi aku ni bkn org yg suke berdiet atau menjaga badan. Aku cuma nk sehat dan cergas sepanjang masa. Bagi aku kesihatan tubuh badan lebih penting, kalu yg hal kurus atau gemuk tu cuma perkara2 sampingan jer. Mmg kadang2 kita rasa x puas hati ngan bentuk tubuh sendiri tapi itu bkn jenis keperluan yg penting. Lebih baik jaga tubuh badan biar sehat setiap masa.

Episod 4: Anak buah aku bertambah lagi, merangkap cucu yg ke-36 untuk emak aku. Umur baru 1 1/2 bulan tp dh mula nk belajar mengiring. Anak buah merangkap anak ke-2 kepada adik aku ni menjadi perhatian sbb dia lelaki, sebelum ni berturut2 perempuan je. Nama nya Khairil Lokman tapi kak long dia (baru 3 tahun) suka panggil Ipin...terpengaruh ngn animasi Upin dan Ipin. Tiap petang pkl 7 melopong tgok kartun tu, sampai nama adik pn lupa..hehheh.
Cian dia, masa aku amik gmbar ni dia pakai baju warna pink, jambu betul! buaian pn warna pink gak..hehhehhe. Korang tgok muka dia, geram kt pipi gebu tu kn.
Dalam masa yg sama, kakak ipar aku sedang sarat mengandung skrg ni. Kiranya bila anak dia lahir, jadilah anak buah aku yg ke-37. Makin lama makin besar keluarga aku ni. Seronok bila berkumpul ramai2, mcm2 ragam, mcm2 perangai.Episod 5: Ni kesah Abang aku, sajer nk kongsi cerita sbb kelakar sgt. Masa balik dr masjid ada org tua berdiri dekat ngan pintu masjid. Bukan main segak pakcik tu ngan baju Melayu, bersampin dan berkaca mata hitam. Abang aku ni nk salam pakcik tu tapi pakcik tu wat bo layan jer. Nape pakcik ni sombong sgt ni. Muka dh hensem tp sombong pulak pg raya kn. Abang aku ni termalu la kejap sbb tgn dh angkat nk salam tp x disambut..hehheh. Lepas tu abang aku terus blah masuk dlm kereta tggu yang lain sampai. Sambil2 tu dia usha2 pakcik tu dr jauh bukan sbb x puas hati tp ada sikit rasa pelik ngan kejadian yg baru dia alami tu.
Lebih kurang 5 min kemudian, abang aku nmpak sekumpulan org yg lebih kurg sebaya ngn pakcik tu salam dgn mesranya. Dorang bertegur sapa sambil salah sorg dr kumpulan tu menarik tgn pakcik tu keluar dr pintu masjid. Pastu pakcik tu lak kuarkan tongkat lipat dari poketnya sambil meraba2 sandal kt bawah kakinya.
NAH! berdekah2 kami ketawakn abang masa nie...patut la abang sy x dpt salam sbb pakcik tu x nmpak, dia buta. Yelah..abg aku mana tau kn. Patutlah org2 yg bersalaman tadi dpt salam ngn pakcik tu sbb dorg tgkap tgn dia. Kalau x tangkap pakcik tu cmne pakcik tu nk tahu kan. Moralnya cerita ni, lain kali tegur dulu sebelum nk salam tp abang aku ni x tegur pakcik tu, nk terus salam jer sbb org mcm pakcik td tu masih blh mendengar lagi.Episod 6 (Akhir Kata): Hari ini 10 Syawal, jemputan ke rumah terbuka dh dtg mencurah2. Kalau blh, nk dtg semuanya tp kalau aku x sempat dtg tu, aku mntak maaf byk2 awal2 ye. Kepada kawan2, Blogger2, pembaca, pelawat, terbaca dan terlawat blog aku ni (ade gak kot kes terbaca dan terlawat tu..hehhehe)..aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga korang sentiasa berbahagia di hari dn bulan yg mulia ini. Jgn lupe puasa 6! Byk kelebihannya.

