VirtualFriends ~ Where People Meet

Monday, September 20, 2010

SMS raya

Sempat lagi saya nak celoteh pasal hari raya kn? Orang kata (bukan saya kata) hari raya tak disambut 2-3 hari tapi disambut 30 hari, bermakna penuh satu bulan. Jadi penuh lah dalam kalendar bulan syawal dengan jemputan rumah terbuka.

Tetapi bukan saya nak berceloteh berkenaan rumah terbuka tetapi berkenaan sms ucapan hari raya.

Daripada malam raya sehinggalah hari raya ke-3 tak putus-putus sms yang saya terima, ada kalanya sms tu hampir sama semuanya, ada juga sms yang istimewa dan ada juga sms lucu.

Saya harap hari raya tahun depan saya tak dapat sms yang sama tapi dapat sms yang lebih kreatif dan berlainan daripada apa yang saya terima tahun ini. Bukankah lebih baik kalau kita hidupkan kembali mengirimkan kad hari raya berbanding mengirim sms…itu semua anda yang tentukan.

Saya akan paparkan beberapa sms yang menarik yang memenuhi ruang dalam telefon bimbit saya.

1. Pejam celik pejan celik, dah nak raya. Makin dipejam dan makin dicelik, makin banyak pula salah dan dosa. Sebelum pejam tak celik-celik, mohon ampun dan maaf, halalkan segalanya. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

2. Sebelum cahaya syurga terpadam, sebelum hidup ini berakhir, sebelum pintu-pintu taubat tertutup dan sebelum syawal berakhir, mohon maaf zahir dan batin atas pertuturan yang tidak terjaga, janji-janji yang terabai serta sikap yang menyakitkan…maafkan segala kesilapan.

3. Biar kulit segelap almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit, biar iman sekental dodol, jgn senipis dan rapuh seperti rempeyek, biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik kuih samprit, senyumlah semanis wajik agar lebaran yang disambut lebih bermakna. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.

4. Syawal tiba lagi, ku terlebih dahulu memohon maaf jika ku ada berbuat kesalahan baik yang sengaja mahupun tidak sengaja. Ku juga telah memaafkan dan menghalalkan semuanya.

5. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak tertatap tapi izikan hati memohon maaf zahir dan batin..Selamat hari raya.

6. 1001 gurauan, belum tentu dapat mengukir satu senyuman tetapi hanya satu sindiran sudah cukup melukakan hati seseorang dan hanya dengan satu sms sudah cukup membuktikan seseorang masih mengingati kita..selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

7. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang..mohon segala kekhilafan kerana ada ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga. Salam Aidilfitri.

8. Pelita dipasang penaik seri, ramadhan diganti si aidifitri, mesej pendek pengganti diri, tanda persaudaraan sentiasa diingati..selamat hari raya aidilfitri.

9. Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah..jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, lupakanlah…jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat..sepuluh jari disusun mohon kemaafan..salam aidilfitri 1431H, maaf zahir dan batin.

10. Jika tanganku tidak sempat berjabat, jika muka tidak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku...selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

No comments: