VirtualFriends ~ Where People Meet

Sunday, August 15, 2010

bazar ramadan - tempat utk menguji disiplin nafsu

macam-macam ragam org bila kita berada di bazar ramadan, anda tentu dah merasai & melihat sendiri gelagat org ramai di bazar ramadan kan..sy pn tak terkecuali, kdg2 kala goyah juga tgok pelbagai juadah yg dijual..tetapi sejak akhir-akhir ini sy cuba mempraktikkan beberapa langkah & ternyata berjaya..

langkah 1 :
- setiap hari target 1 jenis makanan sahaja yg bajetnya tak lebih dr rm5..kecuali hr mggu, nk mkn sedap2 skit blh la bajet lebih dr rm5 & kurg dr rm10..cth ayam golek separuh dh rm8..nasi x payah beli, masak siap-siap kt rumah.

langkah 2 :
- pernah juga sy perasan ada lebih dari 3 jenis mknn yg hnya ada di bulan puasa shj..mmg rmbang mata..tp sy wat cmni...hr ni beli 1 jenis..besok beli lg 1 jenis..lusa beli 1 jenis lg yg lain..target 1 hr 1 jenis jer...kalau beli semua dlm 1 hari bkn mkn pun..smpi ke sahur pn blum tentu mkn kn.

langkah 3 :
- bbuka di masjid..lebih baik jika dpt terus solat isyak & berterawikh drpd gi msjd semata-mata nk bbuka shj..jimat pn jimat, pahala pn dapat.

langkah 4 :
- seboleh-bolehnya elak bbuka diluar sbb bila order nnti, tgok gmbar dlm senarai mknn jer kita dah nak mcm-mcm..terliur tgok ikan siakap 3 rasa..duit byk melayang..sebaik-baiknya masak dirumah.

langkah 5 :
- disiplin kene kuat..kalau disiplin tak kuat, nafsu bermaharajalela..kalau xde disiplin & tak dpt kawal nafsu, penuh lah bungkusan plastik berwarna warni kt tgn lepas ke bazar, nmpk mcm besok tak dpt nk bbuka lg kn..sabar kwn-kwn, didik nafsu kita sebaik-baiknya.


ini cara sy, kdg-kdg sy praktikkan ikut kesesuaian jika sy gi pasar mlm, pasar rabu, pasar mggu, downtown, uptown & seumpama dgnnya...anda nk cuba langkah-langkah itu? keputusan di tangan anda.

Bersedekah

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tunjuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". - Al Baqarah 2:261


1. Umur panjang
2.Berjaya dan selamat daripada azab Allah SWT
3.Selamat daripada api neraka (walaupun sedekahnya sebesar buah tamar)
4.Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah kepada orang yang berbelanja hartanya akan gantian
5.Hampir dengan Allah SWT dan Syurganya
6.Jaga keselamatan harta
7.Dosa diampuni
8.Menyuci harta dan badan
9.Menolak bala
10.Dapat mengembirakan orang-orang miskin
11.Harta jadi berkat
12.Bayangan berteduh daripada panas hari kiamat dan meringankannya
13.Memberatkan timbangan kebajikan
14.Menjadi nur cahaya di atas titian sirat
15.Meninggikan darjat disyurga
16.Tanda ikut Rasulullah SAW. para sahabat dan ulama salaf yang soleh
17.Menolak 70 pintu kejahatan
18.Menghapuskan kesalahan
19.Boleh minum di kolam Nabi SAW
20.Dapat tempat orang-orang pilihan Allah SWT

Salam Ramadan~!