VirtualFriends ~ Where People Meet

Thursday, November 20, 2008

Cicakman 2



Metrofulus...segala2nya fulus...kekekke...kreatif btul Yusry KRU wat filem ni..impak maksima nya makin lama makin menjadi...blh kata dia antara yg terhangat (bkn terhangit!) di pasaran...gagasan krumania terus berkembang dan hingga kini mereka terus di ingati dan dituruti perkembangannya.

ayat2 pengenalan tu utk filem baru Yusry KRU, cicakman 2 akan masuk ke pawagam x lama lagi. kalau x silap tayangannya sama ngn filem Kinta 1881. kalau aku silap korg btulkan je..aku xde hal.

sejak sekuel pertama filem ni lagi aku mmg berkobar2 jengok pawagam semata2 nk tgok kualiti, teknologi, jln cerita, runut2 bunyi, suasana dlm jln cerita dan lagu2 dlm filem ni. hampir semua filem yg aku tgok, aku akan cam dan menilai pkai ciri2 tu.

Dulu kalu nk tgok filem melayu mmg aku menyampah sgt2 tp skrg sejak pengarah2 tempatan mula kreatif mengolah skrip2 filem, aku dh mula berubah hati jd seronok nk tgok filem melayu. tu hanya lah pendapat dan pengalaman aku selama menjadi penonton filem tempatan. terpulang lah pd korg nk terima atau pn tidak...aku, xde hal lah.

filem ni telah ditambah karekter baru..Rrama-Tamara Blezynski (indon marii..), Iman-Sharifah Amani dan Miss Cheef-Louisa Chong. nk info lagi pasal filem ni, blh layari website cicakman 2 : Planet Hitam.

sambil2 tu jom muat turun lagu filem ni..pautan dr mp3-terbaik.blogspot.com..lets go on!!

Ost Cicakman 2 ~ Tyco - Planet Hitam

Wednesday, November 19, 2008

Kinta 1881



Filem kungfu pertama di malaysia...ramai krew2 filem ni di kalangan org2 malaysia sendiri..prop pn kt malaysia..setahu aku yg import cuma kareographer je dr hong kong..akan ditayangkn kt panggung wayang 1 malaysia bln disember nnti..salah satu filem buatan malaysia yg wajib kita tgok!

kalu korg berminat filem cmni, nk info lg byk dr info kt sini, korg layari je link bwh ni..lets wachaaaa!!!

kinta1881.blogspot.com

www.absolute-entertainment.com

Monday, November 17, 2008

harga minyak turun lagi hari ni

info gambar ini drpd www.bharian.com.my


Wow!! rasanya bru smlm turun harga..hari ni turun lagi harga minyak utk kali ke-5! tgok sebelah kanan blog aku ni..ada di paparkan harga minyak setong utk setiap hari dn kadangkala berubah nilainya 2-3 kali sehari.

hmm..rasanya rakyat Malaysia dh berpuas hati psl harga minyak tp skrg mereka x berpuas hati dgn harga barang dan perkhidmatan. malam tadi tengok tv ada di tunjukkan teksi nk naik harga..kenapa nk naik? agak pelik juga sbb teksi pakai NGV dan perkhidmatan mereka x lah sama kelas mcm teksi KLIA. buat hapa nk byr tambang mahal2 tapi kualiti perkhimatan masih sama seperti 5-8 thn lepas. tu baru hal teksi..belum cerita hal perkhidmatan bas lagi..aku citer skit2 dah la sbb korg pn tau ape masalah psl hal perkhidmatan awam negara kita ni kn.

bab harga barang pula..mmg ada usaha penurunan dan persaingan penurunan harga tp faktor tu lebih kepada pasaraya besar2 jer...pasaraya kecil dan kedai runcit x pula buat perkara yg sama. agak pelik juga ni. lambat laun, pasaraya kecil dan kedai runcit ni akan jadi tempat persinggahan utk beli barang pd waktu kecemasan dan terdesak je. pasaraya besar pula akan jadi tempat beli barang setiap hari kerana harga barang2 nya lebih murah dari pasaraya kecil dan kedai runcit. dan lama kelamaan pasaraya kecil ini akan semakin lebih kecil dan kedai runcit akan pupus satu persatu. Tu baru aku citer psl pasaraya, blum citer pasal pembekal ngan pemborong lagi. Tak payah citer pjg pn xper..aku tahu korg pn bijak dan tahu situasi harga barang dlm negara kita ni cmne kan.

hmmm..pengguna skrg semakin bijak..zaman dah berubah..dunia dh maju..fikir2 kan lah ye.

Wednesday, November 12, 2008

selamat tinggal kekasihku


hampir seminggu aku meninggalkn kekasih lama ku. berkenalan pd 14 Feb 04, kalu x silap hari Valentine Day tp kami x pernah sambut pn. walau pn berat hati utk meninggalkn dia tapi aku terpaksa membuat keputusan yg agak sukar. sesukar menelan 3 biji cili api sekaligus...pedass tu wehh. 4 thn kami bersama, bermcm2 rintangan dan halangan yg kami hadapi. jika aku x berpisah, aku sendiri yg akan merana...si dia xde perasaan ape2 pn...mmg xde perasaan pn. yg dia tau asik jalannnn jer. haiyooo..

yelah..mula2 semuanya baru, nmpk kemas..sopan..memahami..putih...pink...uiks! hehheh...tp bila dh lama mesti mula ada nmpk kekurangan. bila dh ada kekurangan, aku pula yg perlu dan wajibun kuar belanja utk perbaiki kekurangannya tu. kalu sikit2 blh lh aku bajet2. tp si dia cuma tunggu utk di belanja dan pakai je..nk yg tu, nk yg ni, nk yg mcm tu, nk yg mcm ni. bila bab mkn minum, mmg aku senang nk ingt, nasib baik dia nk 2 jenis minuman je, air warna kuning dan air warna hitam...tu je 2 minuman yg dia nk jamah..mkn x mau pulak..agak pelik kn.

bila fikir2 kn aku pn ada wat salah juga, bkn sumer kesalahan aku tuding jari kt si dia..aku pn memang ada salah juga. tgok lah body dia, calar balar aku kerjakan sbb kemalangan, bkn tu je..ayam mak aku pn ade tolong menolong menyalarkan body dia..hangin gak aku..aku gak yg kuar duit nk tukar body baru...kopak beb!! sib baik ayam tu dh kene semelih wat rendang raya ritu...timbul keriangan dlm hati aku..kakakakakkaka...

tapi bila dh byk sgt kuar belanja utk si dia saja...parah jugak poket aku. baik aku tukar kekasih baru yg body lebih baikkk dan powerr punye dr si dia, body mantap dan lebih bertenaga dr si dia...dan paling penting dan paling aku suka, mestilah kurg belanja. jimat sikit poket aku...blh aku kmpul duit yg dpt dijimatkn tu utk kegunaan wktu memerlukan. aku senang hati dan kekasih baru aku pn senang hati...kan seronok cmtu..kekasih baru pn mmg memahami...putih..pink..warna ni lagi..hehhehe...plus jimat poket.

hmmm...ada ke org yg percaya citer aku ni...ape korg igt ni manusia ke? kakakakakakakakka...tu belum aku citer pasal gadis simpanan aku...lg parah berdarah citer merapu aku ni..gelak guling2 punyer lah!!

rasa nk tergelak bila baca balik cerita atas ni, agak melampau juga ayat2 nya. kalu korg nk tahu sape kah si kekasih lama aku ni, korg leh tgok gmbar bwh ni..kekasih baru yg aku heboh2 kn tu akan aku ceritakan lain kali..ni salah satu kejadian yg berlaku 3 mggu aku x kemaskini blog ni dan post ni ada kaitan dgn post tajuk 'apehal lak ni?'...ala2 kejutan gak la..aku dh trade-in kekasih lama dan upgrade pada tunggangan yg lain merangkap kekasih baru aku..apa2 pn komen korg aku terima je dgn pksa rela..kakkakkaka!!






Tuesday, November 11, 2008

salam kembali utk diri sendiri

hampir 3 mggu aku tidak mengemaskini blog sendiri..log masuk semata2 utk membuat susun atur pd kolum sblh kanan supaya lebih kemas dan cantik. koding yg silap akan di padam kn dan diganti yg lain. maklumat yg salah diperbetulkn. bkn xde cerita nk diceritakan tp mmg sengaja (malas pn ade..kekkeke).

sepanjang 3 mggu yg lepas, byk perkara yg berlaku. akan aku ceritakan satu persatu nnti..korg cuma perlu sentiasa rajin jengok blog aku ni dan jgn lupe komen.

rasanya cukup lah setakat ni coretan hr ni..aku harap korg sehat2 dan gembira selalu.

wasalammm