VirtualFriends ~ Where People Meet

Monday, November 17, 2008

harga minyak turun lagi hari ni

info gambar ini drpd www.bharian.com.my


Wow!! rasanya bru smlm turun harga..hari ni turun lagi harga minyak utk kali ke-5! tgok sebelah kanan blog aku ni..ada di paparkan harga minyak setong utk setiap hari dn kadangkala berubah nilainya 2-3 kali sehari.

hmm..rasanya rakyat Malaysia dh berpuas hati psl harga minyak tp skrg mereka x berpuas hati dgn harga barang dan perkhidmatan. malam tadi tengok tv ada di tunjukkan teksi nk naik harga..kenapa nk naik? agak pelik juga sbb teksi pakai NGV dan perkhidmatan mereka x lah sama kelas mcm teksi KLIA. buat hapa nk byr tambang mahal2 tapi kualiti perkhimatan masih sama seperti 5-8 thn lepas. tu baru hal teksi..belum cerita hal perkhidmatan bas lagi..aku citer skit2 dah la sbb korg pn tau ape masalah psl hal perkhidmatan awam negara kita ni kn.

bab harga barang pula..mmg ada usaha penurunan dan persaingan penurunan harga tp faktor tu lebih kepada pasaraya besar2 jer...pasaraya kecil dan kedai runcit x pula buat perkara yg sama. agak pelik juga ni. lambat laun, pasaraya kecil dan kedai runcit ni akan jadi tempat persinggahan utk beli barang pd waktu kecemasan dan terdesak je. pasaraya besar pula akan jadi tempat beli barang setiap hari kerana harga barang2 nya lebih murah dari pasaraya kecil dan kedai runcit. dan lama kelamaan pasaraya kecil ini akan semakin lebih kecil dan kedai runcit akan pupus satu persatu. Tu baru aku citer psl pasaraya, blum citer pasal pembekal ngan pemborong lagi. Tak payah citer pjg pn xper..aku tahu korg pn bijak dan tahu situasi harga barang dlm negara kita ni cmne kan.

hmmm..pengguna skrg semakin bijak..zaman dah berubah..dunia dh maju..fikir2 kan lah ye.

No comments: