VirtualFriends ~ Where People Meet

Monday, March 2, 2009

kerja

pagi2 lg jari jemari ni gatal nk menaip, mcm ada mulut kt hujung kuku. hmm camne tu ye?...mulut kt hujung kuku? biar btol..haa korg fikir la sendiri ye.

aku nk cerita hal kwn2 aku yg masih tercari2 kerja skrg ni, bkn sikit kwn2 mntak tlg aku cari kan kerja ni,ada yg msg atau telefon. bila jumpe pn ade gak yg tanya2 aku ada x keje keje kosong kt kem. kesihatan. tu pn blum termasuk sedara mara lagi taw, mmg ramai la yg mintak tlg..kdg2 aku dh tlg dorang tp dorang kata kerja tu x sesuai dgn jiwa lah, x sesuai dgn kelulusan lah, itu lah, ini lah...padahal dorang wat kerja baru dua tiga bulan tp komplen bukan main lagi, dh x fikir ingt senang ke nk cr kerja skrg ni..mcm org dh x tahu erti sabar dan bersyukur...ada pulak yg wat hal kt tempat keje...kwn yg camni, sekali je aku tlg...wat malu aku je.

ni ada lg 1 hal yg dh lama sebati dlm pemikiran dikalangan kwn2 kita bila dh ada kelulusan tinggi sampai langgar awan suka mohon kerja gunakan kelulusan yg tinggi2..bukan aku x bgi kwn2 berjaya ke menara gading tp ada perkara2 berkaitan yg dorg x ambik tahu atau dh tahu tp x diendahkn. mmg ramai yg baru keluar dr IPT (biasanya yg freshie, masih baru dlm bidang pekerjaan) terus mohon kerja menggunakan kelulusan dorg tu dgn harapan utk dpt kerja yg bagus2 tp dorg x sedar semakin tinggi kelulusan yg dorg ada, semakin rendah peluang utk dorg dpt jwtn tggi tu. ada ke jawatan pegawai lebih ramai dr jwatan kerani atau pembantu am rendah? tentu lah xde..jadi nape nk mohon guna kelulusan tinggi? mula kerja dr bwh dulu, cr pengalaman byk2 , kemudian baru mohon gunakan kelulusan tggi sbb nk jadi pegawai, biasanya org yg berpengalaman adalah kriteria utama dan sesuai utk jwtn pegawai.

pengalaman aku sendiri dlm hal ni, aku ada diploma tp skrg aku kerja sebagai kerani je. 6 thn lepas sblm aku tamat belajar aku terfikir peluang kerja utk diploma masa tu sikit sgt. masa tu pelajar yg dpt cemerlang SPM semakin ramai, kalau x silap aku berpuluh ribu bilangn pelajar yg cemerlang dan dlm ms yg sama IPT waktu tu mmg x cukup nk menampung semua pelajar2 tu.

jadi kolej2 dn institut baru yg mcm2 nama berkembang biak dgn byknya kt negara kita ni. ni menyebabkn graduan yg tamat nnti akan keluar mencari kerja menggunakan kelulusan dorg tu dan saingn mencari kerja bertmbh sengit. jadi aku wat keputusan utk mohon kerja sebelum aku habis blajar, masa tu aku dlm latihan industri lg, aku guna SPM je sbb aku belum tamat belajar sepenuhnya. mana ada diploma lagi.

lama jugak aku tggu panggilan temuduga, ada la dlm 3-4 bln. sblm aku dpt panggilan temuduga aku jadi kerani sambilan dlm sektor swasta selepas aku tamat belajar. sebelum aku dpt kerja sambilan tu aku wat mcm2 kerja. aku pernah kerja kt kedai runcit, kedai brg2 sukan, kerja kt sawah bendang, kebun kelapa, kebun koko dan mcm2 lah sbb aku x memilih kerja lgsung waktu tu, kalau dpt peluang kerja kontrak binaan pn aku sanggup. berbalik pada cerita temuduga td, bila tiba temuduga, pengalaman kerja sambilan tu aku jadikan tiket utk dptkan peluang kerja tetap dlm sektor kerajaan.

alhamdulillah selang 2 bln aku di minta lapor diri di Kem. Kesihatan dan terus bekerja kt situ smpai skrg. skrg ni aku terus berusaha nk maju setapak lagi dgn menggunakan diploma aku tu utk peluang naik pgkat..insya-Allah. sbb bila dh kerja dlm sektor kerajaan, kita ada byk peluang nk dpt pgkt tggi, peluang nk smbg belajar pn ada tp kene ikut prosedur lah. ada peperiksaan khas yg perlu lulus dgn cemerlang dan lain2 syarat yg perlu dipenuhi.

aku selesa dgn cara dan tindakan aku ni. kwn2 aku yg sama2 belajar dulu x setuju ngn cara aku ni tp skrg dorg dah mula menerima tindakan aku ni..aku mmg suka mula dr bawah (pgkat rendah) drpada terus naik atas (pgkt tggi)..itu lebih baik sbb aku akan sentiasa beringt utk diri sendiri yg aku pernah duduk sama rendah dan penah dduk sama tggi tp bukn dduk sama tggi tp yg rendah tidak diendahkn dn dibiarkn.

semua ini cuma sekadar pendapat aku je sbb apa yg kita buat bergantung pd usaha dan keberkatan usaha kita. yang penting terus berusaha dan jgn berputus asa lagi2 waktu ekonomi negara kita yg agak kurg memberangsangkn kebelakangan ni.

jari jemari aku ni masih gatal nk menaip tp aku terpaksa hentikan sekejap utk catatan yg akn dtg. semoga tips, cadangan, pendapat dan pengalaman aku masa cari kerja tu blh mmbantu korg ms mencari kerja nnti...assalamualaikum.


* aku teringat cerita warga asing di negara kita bangga sbb bangunan2 di Malaysia adalah hasil tgn mereka dan bkn hasil tgn ank jati warga malaysia...hmmm fikir2 kn lah ye kwn2...fikir pjg skit kalau bc kenyataan ni ye..Oooraitss!!

1 comment:

Cengkih78 said...

salam,

betul tu. org msia terlalu fikir - status dan imej lebih dari segala aspek, itu penyakit yg perlu diubati.