VirtualFriends ~ Where People Meet

Thursday, January 8, 2009

Amanat En. Adi pada Jan 09


bagus amanat en. adi ni, bg semangat kt anak2 buahnya(anak buah prepaid4u/MyeCash group)..jadi kebetulan pula aku pn ada anak buah sendiri yg ikut blog aku ni, jd aku letak juga amanat ni utk pengetahuan dan tindakan korg. catatan blog kali ni bkn khas utk anak2 buah aku jer, kwn2 aku yg len pn boleh baca juga. tiada paksaan utk korg, cuma nk berkongsi cerita dan pengalaman org2 lama mcm en. adi ni utk kita jadikan iktibar buat diri sendiri..amanat ni pjg lorr..kalu blh bc smpai abis, perlahan2 baca dan fhmkn ayat2 en. adi ni ye.

------------------------------------------


Salam sejahtera,

Sempena bulan Muharram dan juga tahun 2009 yang baru sahaja menjelang ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua Agent MYeCASH (dulunya dikenali sebagai MYMODE) yang bernaung dibawah Group Prepaid4U.

Mesti ramai yang tertarik untuk membaca wasiat saya kali ini apabila tajuknya saja dah kelihatan seperti 'overclaim'. Jangan risau. Mungkin ada perkara yang anda terlepas pandang selama ini. Sempena tahun baru ini mari kita sama-sama membuat azam untuk memperbaiki tahap ekonomi diri dan keluarga kita ke suatu tahap yang lebih 'selesa'. Kepada yang masih mencari-cari caranya, yang masih mencuba-cuba kaedahnya, sebenarnya kita telah pun berada dalam satu skop perniagaan yang sangat berpotensi untuk merealisasikan harapan tadi cuma masih terlalu ramai yang belum betul-betul faham dan belum tahu kaedah yang betul lantas sering menemui kegagalan dan akhirnya memandang negatif kepada perniagaan ini.

Sebenarnya, untuk berjaya dalam perniagaan prepaid ini sangat mudah jika ianya kena dengan caranya. Dan dengan sistem M-Commerce MYeCASH sebenarnya merupakan pemangkin bagi merealisasikan harapan ini. Tapi kita masih tak nampak. Yang kita tahu orang ramai guna prepaid. Yang kita tahu, tiap-tiap hari akan ada saja orang nak beli prepaid. Yang kita tahu tiap-tiap bulan orang akan beli prepaid. Yang kita tahu, tak kira tua muda, kecik besar, semua guna prepaid. Dan dek kerana itu semua, kita pun nak jual prepaid. Dan kita ingat jual prepaid untung banyak dan boleh jadi kaya.

Secara ringkasnya teori ini betul, cuma ada sesuatu yang kita terlepas pandang iaitu kita terlupa yang margin keuntungan produk prepaid ini sangat kecil. Dek kerana itulah selepas menjual beberapa ratus ringgit, kita mula bersungut dengan keuntungan yang kita perolehi.

"En. Adi.. macamana ni, saya jual RM150 bonus baru RM2 lebih... dah la kena tolak RM1 masa tambah modal melalui mesin ATM." - En. Sifulan Sifulan

Saya pun ada cerita saya nak kongsikan...

Kawan sekampung saya bukak perniagaan prepaid di kampung (Felda Chini). Dan dia terpaksa memandu sejauh 90km ke bandar Kuantan untuk mengambil stok (pergi balik 180km). Setiap RM1000 stok prepaid yang dibelinya dari supplier, kawan saya akan ada untung sebanyak RM30. Itupun sekiranya dia mampu menjual semuanya. Tetapi malangnya kos minyak keretanya sahaja telah cecah RM40 setiap kali pergi balik. Itu belum campur sekotak rokok dan setin air Redbull untuk kesegaran mata semasa memandu. Kalau berhenti makan langsung kos tambahan dah cecah RM50 ke RM60.

Jadi untuk mengelakkan kerugian, rakan saya terpaksa membeli stok sebanyak RM5000 setiap kali kekuantan untuk mengelakkan dirinya dari terpaksa berulang-alik banyak kali. Ini beerti dari modal RM5050 setiap kali dia pergi membeli stok prepaid, keuntungannya cuma sekitar RM50-RM100 sahaja. Dan tambah menyedihkan, setiap kali dia nak mengambil stok supplier biasanya akan mengenakan syarat sebagai contoh, "You nak angkat prepaid RM1000 you mesti angkat 5 keping starter packs". Pulak dah.... Untuk makluman tuan-puan semua, nak jual starter packs tak la semudah menjual rpepaid... So, untuk keuntungan RM50-RM100 ini, bukan sahaja masa, tenaga, malah ianya turut memerlukan modal yang sangat besar.

Haaa... ini kalau jual prepaid cara konvensional ni. Tadi kita duk kutuk-kutuk sangat kata cara jual prepaid guna sistem MYeCASH untung ciput... At least sekurang-kurangnya dalam MYeCASH:

Kita tak perlu memandu ke supplier untuk mendapatkan stok. Tiada masa terbuang, tiada kos petrol. Tambah modal pun boleh secara online sahaja.

* Kita tak perlu modal sampai 4-5 ribu ringgit untuk rolling.
* Kita tak di syaratkan untuk jual starter packs
* Kita tak perlu sewa kedai.
* Kita tak perlu tanggung kos api/air.
* Kita tak perlu tercongok depan kaunter dari pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam tunggu customer ataupun menggajikan pekerja untuk jaga kedai.

Habis tu...? Kalau dah memang jual prepaid margin keuntungannya sangat kecil, jadi macamana nak untung besar dalam perniagaan prepaid ni? Senang saja jawapannya. Bukan sahaja prepaid, malah semua produk yang kecil marginnya, konsepnya semua sama.

Sebagai contoh, dikala harga petrol melambung ke RM2.70 seliter, baru kita tahu dari setiap liter, pengusaha petrol pump cuma untung 16sen sahaja. Tapi macamana tokey petrol pump boleh kaya? Sebab dia bukan jual 5,6 liter sehari. Tapi 50-60ribu liter sehari. Beratus ribu liter sehari pun ada. Jadi kesimpulannya disini, asalkan saja kita mampu create volume jualan yang besar, maka pastilah keuntungannya akan besar juga. Sama juga perihalnya dalam perniagaan prepaid ini. Hanya perlu pastikan sales volume anda besar. Kalau volume jualan besar, tak kira sekecil mana pun margin, maka keuntungan tetap besar. Bayangkan kalau kita mampu jual RM1 juta sebulan, jangan kata kalau 1%, kalau cuma 0.5% sekalipun kita dah dapat RM5000. Persoalannya kini bukan lagi bagaimana nak untung besar, tapi bagaimana nak jual product prepaid sebanyak RM1 juta sebulan? Betul?

Ini lah sebenarnya yang tak boleh di buat oleh peniaga topup prepaid konvensional kat kedai-kedai telefon tuh. Mereka jual prepaid hanya untuk kasi customer datang kedai. Mereka nak untung, mereka kena jual handphone. Sama konsepnya seperti kedai makan yang menjual rokok. Mereka sendiri tahu tak banyak untung jual rokok ni, silap gaya, modal habis begitu saja tak sempat nak rolling. Tapi kita dalam MYeCASH sememangnya bekerja secara kumpulan. Ianya tak menjadi masalah kepada kita berbanding peniaga-peniaga prepaid secara konvensional yang lain. Kita kena tahu, untuk create volume jualan yang besar (contoh RM1 juta sebulan) bukanlah kerja berseorangan, tapi sebenarnya kerja berkumpulan. Bayangkan, jika anda mempunyai 1000 cawangan kedai prepaid, sebenarnya memadai 1 kedai menjual RM1000 saja dalam sebulan, maka anda telah berjaya mencipta volume jualan sebanyak RM1 juta sebulan. Bagaimana pula jika anda mempunyai 5000 cawangan kedai prepaid? hah! Satu cawangan cuma jual RM200 sebulan pun kita dah capai target jualan RM1 juta sebulan. Bagaimana pula kalau anda ada 5000 cawangan dan setiap satunya jual RM1000 sebulan (kira-kira RM250 dalam seminggu)? Wah! Dah jadi RM5juta jualan dalam sebulan!! Jadi sekarang, bagaimana nak jual RM1 juta sebulan bukanlah lagi persoalan sebenarnya. Persoalannya, bagaimana nak buka 5000 cawangan kedai prepaid! :)

Sebenarnya ini pun agak mustahil untuk dilakukan oleh peniaga prepaid secara konvensional (cara biasa) diluar sana. Jangankan 5000 cawangan, nak buka 2 cawangan pun belum tentu lagi. Nak cari lokasi kedai yang strategik lah, nak cari pekerja, nak make sure modal semua cukup dan sebagainya. Tapi kita? Cukup senang! Dengan hanya merecruit agent baru sebenarnya dah sama macam kita membuka satu cawangan kedai prepaid yang lain. Tidakkah anda sedar perkara ini? Jadi dengan hanya merecruit 5000 agent baru sebenarnya dah menyamai kita mambuka 5000 cawangan kedai prepaid. Dan yang bestnya... anda membuka cawangan baru tanpa sebarang modal untuk kos sewa tapak perniagaan, kos renovate kedai, kos penyelenggaraan, kos bill elektrik gaji pekerja dan sebagainya. Bahkan kadangkala bukan kita yang cari orang, tapi orang yang datang dekat kita kerana berminat dengan sistem MYeCASH ini. Susah jugak? Anda merasakan susah kerana anda fikir yang anda perlu merecruit dan mencari 5000 orang agent seorang diri. Itu sebabnya. Dan sekali lagi saya ingatkan, ini bukan kerja perseorangan, dalam MYeCASH, kita bekerja secara berkumpulan.

Sebenarnya dengan seorang hanya merecruit dan mencari 8 orang agent sebagai direct downline sahaja pun anda sudah mampu mempunyai lebih kurang 5000 downlines dalam hanya level ke-4. Jika setiap individu hanya cari 2 downline baru dalam seminggu (dan perkara yang sama turut dilakukan oleh downline baru tadi) sebenarnya anda hanya memerlukan 4 bulan untuk memenuhkan carta tadi dan memiliki 5000 cawangan kedai handphone. 4 bulan sahaja! Tapi perlukah letakkan target 4 bulan saja untuk mencapai tahap ini? Tak semestinya. Saya sendiri meletakkan target 1 tahun untuk mencapainya (tapi akhirnya saya berjaya capai dalam tempoh tak sampai 7 bulan). Okeylah... nak cari 5000 tu susah. Tapi nak cari 8 orang susah juga ke? Susah ke untuk kita menyenaraikan 8 orang yang kita kenal yang menggunakan prepaid untuk kita kongsikan peluang perniagaan yang amat berpotensi ini? Ada 22 juta pengguna Handphone, 19 juta pengguna prepaid, susah ke nak cari 8 orang? Sehingga kini agent MYECASH baru sahaja 300 ribu lebih. ada 18 juta lebih lagi pengguna prepaid diluar sana yang sebenarnya masih tercari-cari peluang bagus begini. Rakan-rakan kita sendiri lebih dari 8 orang. Saudara-mara adik-beradik dan anak-beranak kita sendiri dah lebih dari 8 orang. Member-member sekolah atau rakan-rakan sepejabat kita sendiri lebih dari 8 orang. List dalam phonebook kita sendiri dah lebih dari 8 orang. List kawan-kawan dalam adressbook email kita sendiri dah lebih dari 8 orang. List user dalam YahooMessenger kita sendiri dah lebih dalam 8 orang. List kawan-kawan dan kenalan dalam MySpace, Frienster, Tagged, Facebook, Hi5 dan bermacam lagi social community yang kita sertai juga dah lebih dari 8 orang. Jangan kata 8 orang. 80 orang pun sepatutnya tidak ada sebarang masalah. Kalau anda duduk dalam guna sorang-sorang boleh saya terima alasan ini...

Jika anda betul-betul ingin memperoleh keuntungan yang maksimum dalam perniagaan prepaid melalui sistem MYeCASH ini, pertama sekali anda perlu mengubah MIND SETTING anda. Ubah cara bekerja. Selama ini kita sibuk dengan nak menjual prepaid untuk dapat pulangan besar. Bila bonus kecil, mulalah kita bersungut tentang margin PVdan sebagainya. Bila kena cari downline kita mula mengeluh. Kita tak sedar yang merecruit downline baru tu umpana kita membuka cawangan kedai prepaid kita sendiri juga. Bila kena mencari orang kita mula mencipta alasan itu ini, susah dan sebagainya tanpa sedar yang kita sebenarnya sedang mencipta alasan untuk kita gagal. Tak perlulah ceritakan alasan anda atau lebih malang bila dah tiada alasan, susah payah fikir untuk mendapatkan alasan. Senenarnya orang lain tak nak tahu pun sebab kenapa anda gagal. Dan kalau anda nak gagal sekalipun, anda gagal sorang kerana orang lain akan terus berusaha untuk kejayaan diri masing-masing. Ok, Bagaimana dengan terubahnya MIND SETTING, perkara ini boleh selesai? Teruskan pembacaan...

"En. Adi.. macamana ni, anu punya PV dah makin mengecil ni. Sekarang dah jadi 2% je. Macamana nak untung macam ni..." - En. Sifulan Sifulan

Errmmm... Ini sebenarnya berkait rapat dengan masalah mind setting juga. Ada juga yang tanya saya mengapa TELCO tersebut mengurangkan margin produk mereka. Saya kata mudah saja.. 'mereka ada kuasa untuk melakukannya'. Diorang tak perlu risau tentang sales akan merosot dengan tindakan mereka ini kerana mereka tahu yang prepaid merupakan barang keperluan yang tidak boleh tidak, orang tetap akan beli. Sama seperti minyak petrol. Walaupun tiba-tiba daripada RM1.92/seliter menjadi RM2.70/seliter, orang tetap juga beli. Sama juga dengan prepaid. Tambahan lagi mereka mempunyai lebih daripada 6 juta pengguna diseluruh Malaysia dan separuh daripadanya subscribe 'Caller RIng Tone'. Dari Caller Ring Tone saja mereka telah mengutip keuntungan bersih sebanyak lebih daripada RM9 juta setiap bulan (seorang di charge RM3/sebulan untuk caller ringtone). See? Macamana diorang nak rugi? Kerana itu TELCO berkuasa untuk melakukan apa sahaja.

Tapi sebelum itu saya mahu tanya anda. Selama ini kalau anda membeli prepaid di kedai untuk diri sendiri, anda pernah kisah ke berapa PV margin keuntungan produk berkenaan? Atau soalan kedua saya, sekiranya margin menurun lagi selepas ini kepada 1% (misalan kata), adakah anda akan 'berhenti membeli reload prepaid' untuk handphone anda? Kalau jawapan anda, anda akan terus menjadi pengguna prepaid, dan masih tetap akan menambah nilai handphone anda sendiri setiap bulan, jadi secara automatik masalah PV sepatutnya tidak timbul. Cuma fikir semula teori 5000 cawangan kedai handphone untuk mencipta jualan RM1 juta yang saya ceritakan sebelum ini. Bukankah sudah memadai jika seorang hanya menggunakan RM200 sahaja untuk mencapai jualan RM1 juta? Saya yakin ramai antara kita yang dalam rumahnya sendiri saja dah lebih dari RM200 penggunaan prepaid bulanan mereka. Bayangkan pula kalau ada 10 ribu cawangan, sorang cuma guna RM100 sebulan. kalau ada 20 ribu cawangan, seorang cuma guna RM50 sahaja! 20 ribu orang terlalu ramai dan susah untuk direalisasikan ke berbanding 22 juta pengguna handphone di Malaysia ni? Tahukah anda yang 20 ribu tu tak sampai 0.1% pun daripada keseluruhan pengguna handphone di Malaysia? Kalau saya rasa mustahil untuk dapatkan 20 ribu orang downline suatu masa dahulu, saya rasa sudah pasti saya takkan mempunyai lebih dari pada 70 ribu orang downline sekarang ini! yet again... ubah mind setting anda!

Katakanlah Nak dapatkan 20 ribu downline perlukan masa sampai 3 tahun (saya berjaya mempunyai 20 ribu downline dalam tempoh 12 bulan dengan hanya duduk dirumah mempromosikan website). Fine, 3 tahun. Apa masalahnya? Lama sangat 3 tahun? Selama 3 tahun anda tetap akan menggunakan prepaid juga bukan? Bayangkan dalam masa 3 tahun nanti anda mempunyai sebuah perniagaan prepaid yang auto pilot dimana setiap bulan jualan anda telah melebihi RM1juta, bukanlah itu sangat berbaloi? Adakah pekerjaan anda sekarang menjanjikan pendapatan yang boleh 'auto pilot' dalam tempoh 3 tahun dari sekarang?

Soalan ketiga saya ini pula, saya nak tujukan kepada mereka-mereka yang memang target untuk menjual prepaid. Contohnya student-student yang duduk di kolej. Soalan ini merujuk kepada kisah rakan saya yang menjual prepaid secara konvensional tadi, katakanlah anda nak membeli prepaid RM10 dengan dia, kemudian dia kata "En.. Saya terpaksa jual dengan harga RM10.50 satu. Sebab saya sendiri amik stok untung 20sen je. Tolak duit tol, duit minyak, langsung takde untung terus malah rugi lagi saya. Macamana en..? Boleh?". Anda rasa anda boleh faham tak keadaan dia? Dia tak paksa kita untuk beli dengan dia. Kalau kita rasa rugi, kita boleh pergi kedai lain. Pada saya, saya tiada masalah dengan dia. Kita pun manusia yang ada timbang rasa juga. Atau contoh kedua.

Semasa saya belajar di kolej dulu, rakan saya jual mi segera. Dia beli mi segera dari macro dengan harga 40sen sebungkus, tapi dia jual balik dengan harga 60sen. Kalau atau pukul 12, langsung dia charged jadi RM1 sebungkus. Kenapa orang tak marah? Sebab semua orang faham, tengah-tengah malam dia dah tidur, kita kejutkan nak beli mi segera. Sebab kita faham yang gate asrama dah tutup pukul 11 tadi lagi. Sebab kita faham kalau nak juga kita terpaksa lompat pagar untuk ke 7eleven dan kalau tak silap gaya kantoi dengan Pak Guard. Jadi RM1 untuk sebungkus mi segera yang pada asalnya beharga 60sen, masih lagi relevan.

Jadi faham apa maksud 2 senario yang saya berikan diatas? Saya tidak akan menyarankan apa-apa kepada anda. Tetapi saya cuma nak maklumkan, jika anda hanya fokus untuk menjual, maka perlulah bijak. Diulangi... BIJAK! Kalau tak, stick to my previous concept, guna untuk diri sendiri sahaja. Kerana selama ini, saya hanya guna sendiri dan setiap bulan jualan peribadi tidak pernah melebihi RM150 sebulan, tetapi saya tetap berjaya kerana saya melihat skop jualan yang lebih besar iaitu jualan kumpulan.




------------------------------------------


Kesimpulannya:

Nak untung dalam perniagaan prepaid, kena jual banyak.
Nak jual banyak, senang kalau ada banyak cawangan kedai.
Nak ada cawangan banyak, mulakan dengan 1 kemudian klonkan diri kita kepada downline baru tadi supaya mereka mampu melakukan perkara yang sama seperti kita. Turunkan ilmu kepada mereka. Kemudian recruit agent baru dan buat perkara yang sama. Set target misalnya 2 orang agent baru dalam seminggu.
Setkan matlamat jangka panjang, setahun... dua tahun... jangan buat matlamat yang tidak munasabah contohnya "Dalam masa 2 bulan aku nak buat sungguh-sungguh sampai dapat RM2000 sebulan bonus".
Tak perlu fokus kepada jualan persendirian sebaliknya fokuskan kepada jualan kumpulan (group sales). Sebab kita sorang takkan mampu create volume sales yang besar. memadai dengan hanya gunapakai sendiri dan jual kepada orang-orang terdekat seperti adik-beradik, anak-beranak, member sepejabat dan lain-lainl. Dan lagi bagus jika mereka-mereka ini kita jadikan agent supaya mereka sendiri boleh mempunyai perniagaan sendiri.
MYeCASH merupakan satu konsep perniagaan yang memberikan benefit kepada pengguna prepaid khususnya. Jadi daripada kita jual prepaid kepada mereka, kenapa tak kita perkenalkan konsep perniagaan ini kepada mereka supaya mereka juga boleh menikmati keuntungan seperti kita?
Sentiasa tahu yang prospek diluar sana masih banyak dan masih terlalu luas untuk diteroka. Masih terlalu ramai yang tidak tahu mengenai MYeCASH, konsep perniagaan dan potensinya. Set dalam kepala dan berangan-anganlah agar 2,3 tahun dari sekarang 1 juta pengguna prepaid berada dibawah rangkaian downline anda. Tiada apa yang mustahil.
Jika ingin fokuskan kepada penjualan prepaid, maka perlu BIJAK.

------------------------------------------



Kepada yang baru menyertai MYeCASH, mungkin nak tahu bagaimana saya bermula, jadi biarlah saya berkongsi sedikit kisah dari pengalaman saya sendiri dalam MYeCASH (Dulunya dikenali sebagai MYMODE) ini.

Dahulu saya merupakan salah seorang dari Pegawai Penyelidik di salah sebuah Kementerian di Putrajaya. Gaji bulanan saya dalam sekitar RM2,100 sebulan. Isteri saya suri rumah sepenuh masa. Saya mula mendaftar sebagai agent bila menyedari desakan hidup yang bakal saya tempuhi apabila lahirnya anak pertama saya nanti. Telah saya congak-congak, gaji saya memang tak cukup untuk menampung segala kos untuk hidup di bandar macam ni. Jadi apabila diperkenalkan saja pasal MYMODE oleh seorang pemuda yang tak pernah saya kenali sebelum ini, terus sahaja saya menyertainya. Target saya masa tu, untuk jual prepaid secara online dan jual prepaid dikalangan kawan-kawan sepejabat. Tapi saya silap. Ianya tidaklah semudah dan se-praktikal yang saya sangka.

Baru seminggu join, bonus pertama yang saya terima 30sen hasil dari pembelian topup card maxis RM10 dua keping untuk saya ngan isteri saya. Member saya gelak tak hingat punya. saya sengeh je. Gelak la ngko puas-puas. Dia bertahun guna prepaid, usahkan 30 sen, seposen pun belum tentu apek kedai tu pulangkan balik duit dia!! Dengan hanya melalui email, UPLINE saya memberikan sedikit penerangan mengenai marketing plan MYMODE pada masa itu. Tak cukup dengan itu saya mula mengumpul bahan-bahan yang saya temui di website-website yang saya jumpa. Memang masa zaman saya untuk mendapatkan maklumat tentang MYMODE dari web sangat sukar. Sememangnya tidak banyak web pada masa itu yang memberikan penerangan tentang MYMODE, dan jikalau ada sekalipun ianya tidak begitu jelas. Dari apa yang mampu diperolehi, saya mula kaji dengan mendalam marketing plan MYMODE. Dan bila dah betul-betul faham, barulah saya nampak kaedah dan potensi besarnya untuk betul-betul berjaya dalam MYMODE ini. Lepas tu saya develop satu website simple dan mula invite orang sikit-sikit untuk join. Itupun tak berani lagi nak ajak memember rapat. Takut nanti kena kutuk lagi. Adat orang melayu ni biler ajak buat something jer soalan pertama yang dia akan tanya

"Berapa income ngko sekarang buat menatang nih?" Bila kita bagi tahu karang sure kena perlekeh punya. Apa dia ingat hari ni buat, esok boleh dapat seribu ker? Jadi oleh kerana tak nak menjawab soalan-soalan bengong macam tuh saya invite orang yg saya tak kenal jer. Sehari hantar email kat 3,4 orang. Esok lagi 2,3 orang. Memula tu takde sekor pun yg nak join. Well.. tiada paksaan dalam hal ni. Minggu pertama tu saya cuma dapat sorang jer downline. Itupun orang Sabah. Sudahlah orang Sabah, guna talian DG pulak tu. Saya nak putus asa ker? Nope! Sebab saya memang tahu bisnes ni ader potensi!!

Minggu kedua saya dapat bonus saya yang kedua, RM17.92 sen. Hehehe. Jadiklah.. rezeki Allah bagi. Itupun ade juga yang perlekehkan saya. Ada yang jumpa dalam chatroom boleh sound "camaner bonus RM17? ader lagik balance tak? boleh belanja kitorang minum.. Hahahah" Hehehe. Gelaklah sepuas hati korang!! RM17 ni aku dapat dari usaha aku sendiri. Dan kalau aku susah sekalipun jangan kata RM17, RM10 pun belum tentu orang nak kasi free free. Pada saya, dulu saya saya join See-En-Ai, maintain jualan sampai RM130 sebulan beli barang-barang yang 2 kaliganda harga pasaraya Giant dan barang-barang yang tak berapa diperlukan, itupun dekat setahun baru merasa bonus RM17 macam ni. Sekarang ni saya cuma beli prepaid untuk guna-guna sendiri je. itupun dah boleh dapat macam ni, kira orait la. Balik-balik pun saya tetap reload gak handphone saya ngan isteri saya.

The first 2 months, memang slow gila saya dalam bab mencari orang ni. Nak explain pun tergagap-gagap. Nak pulak kalau yang tanya dalam telefon. Kadang-kala nak angkat telefon pun jadi takut. Maklumlah, tak biasa. Kalau tanya ikut email ni senang sikit. Tapi buat-buat confident jer la. Saya cuba 'psycho' diri sendiri; "Ah! orang bukannya nampak kita dalam telefon..." Saya tebalkan muka, saya gagahkan diri walaupun orang yang menghubungi saya tu kadangkala merupakan pegawai kerajaan kelas pertama, ada yang inspektor polis, ada antaranya pensyarah universiti. Kalau nak di ikutkan, siapalah saya ini. Tapi saya ingatkan diri saya sendiri, tak kira walaupun orang ini Bapak Menteri sekalipun, kalau dia guna prepaid, dan kalau dia punya business minded, pasti mereka akan suka konsep perniagaan yang diperkenalkan oleh saya ini! Seminggu sorang.. kekadang dapat 2 orang... Masuk 2 bulan saya dalam MYMODE, bonus mingguan saya dan maintain RM25-RM35 seminggu. Sedar tak sedar downline bawah saya dah ader dalam 28 orang (campur-campur dengan downline level bawah-bawah la. Direct downline saya masa tuh baru je 6 orang). Bulan ketiga bonus mingguan dah naik antara RM45-RM60 seminggu. Syukur, usaha terus...

"Kekadang saya hairan bila ader orang yg memperlekehkan bila saya kata saya dapat bonus RM47.39 sedangkan diorang yang sama guna prepaid macam saya tak dapat sesen pun..."

Best nya rasa. Suka saya. At least saya ader something untuk tambah income saya. Walaupun orang lain boleh dapatkan RM50 dengan hanya 2,3 jam bekerja. Ah! saya pun bukan mengadap mender ni sangat. Sampingan je, untuk side income. Buat-buat menambah. Kalau dapat settlekan bill astro dengan bill api air pun dah okey. Ader orang bukak website saya, minat nak register, saya registerkan. Tu jer. Lagi pun target saya bukan nak jadi kaya dengan 2,3 bulan buat sesuatu kerja. Saya kerja sekarang ni pun dah masuk 3 tahun. Tapi dari mula saya start sampai sekarang, increment tahunan baru dalam RM50 ke RM100 je setahun. Kalau saya buat MYMODE ni 3 tahun? Agak-agak dah berapa bonus saya boleh dapat? Jadi saya set dalam kepala saya hanya nak tengok hasil dari usaha saya dalam MYMODE ni selepas setahun. Sebelum setahun nih berapa pun bonus yang saya terima, biarlah. saya redha dengan rezeki saya takat tu jer.

Tapi masa terus bergerak. Masuk bulan ke-4, bonus mingguan dah naik jadi RM70-RM100 seminggu. Bulan ke-5, dah jadi RM150-RM200 seminggu. 6 bulan lebih saya buat MYMODE, Bonus mingguan saya antara RM230-RM260 seminggu. Hehehe. SO bermakna side income main internet saya dah cecah angka RM1,000 sebulan... Dari asalnya saya cuma target untuk tampung bill astro, bill api, air, streamyx, kini installment kereta pun dah boleh bayar guna bonus buat MYMODE je.

Pada bulan Jun 2006 (Setelah 8 bulan join MyMode) saya tubuhkan web portal Prepaid4U seperti mana yang anda lihat sekarang ini. Pada masa itu sebenarnya bonus mingguan saya masih hanya sekitar RM200-RM250 seminggu. Syukur.. Modal saya kat situ cuma 2 keping prepaid Maxis RM30 jer. saya memang tak pernah fokus pada penjualan prepaid pun. Lepas bayar bill streamyx untuk 2 bulan lepas. Bulan berikutnya saya dah layak terima bonus bulanan pulak (Leadership Bonus untuk 2StarCM). Masa tu lah saya dapat RM4600 lebih. Tak pernah saya sangka 9 bulan buat MYMODE, income saya mampu menjadi 2 kali ganda dari gaji saya sendiri sebagai pegawai Penyelidik. Terus beli laptop sebiji. Dah lama sangat teringin nak beli laptop sendiri tapi sebelum ni keadaan kewangan tak mengizinkan.

Naik bulan berikutnya, bonus saya meningkat kepada RM8400 sebulan. Kalau dapat Rm4000 pun dah nak melompat rasanya, inikan pula dapat RM8000. Dalam masa yang sama ader 2,3 member yg gelakkan saya pada mulanya dah mula celik mata. "Err... mymode ni apa sebenarnya..? Cuba cerita sikit ngan aku. Aku dari dulu lagik kompius" Ahaks! Dia punya ayat... Padahal dah 9 bulan dia memperlekehkan saya sebelum ini. Hehehe. Tapi saya tak amik hati. Elok jugak kalau terbukak hati dier nak join. saya pun boleh tolong. Bukan sahaja rakan sepejabat, malah Ketua Penolong Pengarah saya sendiri yang sama-sama hisap rokok dekat tangga akhirnya mendaftar sebagai downline saya. See? Dalam perniagaan ini faktor usia, kereta besar, tahap pendidikan sebenarnya bukanlah faktor utama dalam menentukan kejayaan. Faktor utama adalah usaha dan kemahuan. Masa ini baru jelas kelihatan 'multiple effect' daripada pelan pemasaran berperingkat. Dimana semakin lama, semakin berganda-ganda peningkatannya. Saya pernah capai prestasi kumpulan paling tinggi adalah 4000 agent baru dalam sebulan dan jualan kumpulan melebihi RM5juta dimana ini sememangnya perkara mustahil untuk dilakukan sendiri. Kalau ada yang mengatakan contoh yang saya berikan sebelum ini (target jualan RM1 juta sebulan) merupakan satu angan-angan yang tidak munasabah, fikirkan semula. Saya juga orang biasa-biasa seperti anda. Saya sendiri sebelum ini tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti saya mampu capai jualan sehingga RM5 juta sebulan. Apa bezanya saya dengan anda?

Saya bermula dari 0. Saya bermula dari tiada apa-apa. Anda bermula dengan asas yang kukuh. Lengkap dengan website replika malah Buku Guideline juga turut disediakan. Disediakan pula ruang forum untuk perbincangan. Ada pulak website khas untuk tutorial. Tak termasuk bahan-bahan lain seperti tutorial iklan, business card, contoh-contoh risalah, buku panduan dan tips dari otai dan berbagai lagi. Jadi jika saya yang tiada apa-apa ini boleh buat sehingga ke tahap ini, kenapa anda tidak boleh? Atau bila semuanya telah disediakan, masing-masing jadi terlalu manja dan langsung jadi tak boleh nak berdikari? Fikirkanlah. Jika kita susah, kita merempat, jangan lah kita berangan ada orang yang akan bantu. Sekadar simpati tu mungkin ada. Tapi peritnya anda sendiri juga yang tanggung. Jadi berusahalah untuk diri sendiri. berusahalah untuk mengubah tahap ekonomi msing-masing. Anda berjaya, anda senang, juga untuk diri anda sendiri. Kalau anda dapat bonus RM5000 sebulan pun, saya tak mintak untuk diberikan 20% daripadanya atas dasar kerana saya yang sediakan segala perkhidmatan di web prepaid4u yang menjadikan anda berjaya. Kejayaan anda, hak anda!


"En. Adi.. Ada downline lebih tak? Letaklah bawah saya..." - En. Sifulan Sifulan

"Saya tak berikan ikan, sebab kalau saya beri ikan, ia akan habis dimakan dan esok anda akan minta lagi. Tapi saya berikan anda joran pancing, supaya anda boleh gunakan setiap hari. Pertolongan yang saya berikan sama rata kepada semua orang tak kita anda level 1 level 2 atau level keberapa puluh dari saya. Yang menjadi persoalannya, samada anda menggunakannya atau tidak... Selama ini anda sendiri bising apa bila melihat orang yang sihat fizikalnya gagah kudratnya menadah tangan ditepi jalan atau di tapak-tapak kedai makan meminta sedekah, jadi janganlah buat perkara yang sama juga. Segalanya telah disediakan, selebihnya usahalah sendiri."

"Kita masing-masing sedang memegang kuali kecil didalam sebuah lombong emas.
Setiap kali melihat orang lain bersorak gembira, kita mula mencari dimana silapnya
kita sedangkan dalam masa yang sama kita masih berdiri tanpa berbuat apa-apa...."

"En. Adi.. bagaimana caranya untuk mendapatkan downline yang ramai sampai berpuluh-puluh ribu orang seperti En. Adi...?" - En. Sifulan Sifulan

Caranya sama seperti untuk mendapatkan 1 orang downline. Cuma kaedah tersebut diulang-ulang...

Sempena tahun baru ini mari kita sama-sama membuat azam untuk berjaya dalam perniagaan ini. Saya sendiri secara peribadi berazam untuk memperbaiki tahap prestasi kumpulan ini supaya mampu mancapai zaman kegemilangannya satu masa dahulu atau lebih lagi daripada itu. Kerja-kerja follow-up freemember akan lebih giat dijalankan. Jadi walaupun prospek yang anda cari hanya mendaftar sebagai freemember sahaja, kami akan tolong followup kan supaya dia menUpgrade keahlian untuk menjadi Agent MyMode.

MyMode ~ perniagaan dihujung jari


* korg mahukan lebih byk info berkenaan perniagaan ini? mudah saja..hanya perlu klik pada banner diatas.

No comments: