VirtualFriends ~ Where People Meet

Tuesday, July 29, 2008

PROMOSI Pelancaran Kafeteria Sihat



* kalu x nampak tulisannye..klik jer gambar tu..datang lah beramai2 bawak keluarga, sedara mara, kawan2, jiran2, satu kampung, satu umah flet atau yg seumpama dgn nye...lagi ramai lagi meriah!

Tuesday, July 22, 2008

Kebisingan Punca Masalah Pendengaran

Bunyi adalah gelombang yang diterima dan ditafsirkan sebagai pendengaran. Bunyi bising boleh merosakkan saraf dan menyebabkan hilang pendengaran kekal.

- Bunyi blh merosakkan pendengaran apabila...

i. bunyi terlalu kuat walaupun sekejap.

ii. bunyi kuat dlm tempoh lama.


- Tahap bunyi di sekeliling (diukur dlm unit(dB)atau Desibel)

1. bisikan = 20dB
2. kwsn rumah kg = 30dB
3. ruang tamu = 40dB
4. kwsn rumah bdr = 50dB
5. perbualan = 60dB
6. kereta = 70dB
7. trak kecil = 80dB
8. trak besar = 90dB
9. gerudi = 100dB
10. kumpulan rock = 110dB
11. kapal terbang = 120dB

* tahap pendedahan yg selamat utk pendengaran adalah pada tahap 85dB selama 8 jam sehari shj!

- Tanda-tanda kurang pendengaran

1. boleh mendengar tetapi tidak memahami isi perbualan.
2. telinga berdesing (tinnitus).
3. selalu meminta percakapan diulang.
4. org bercakap seolah-olah berkumat-kamit.

- Lindungi pendengaran anda

i. guna pelindung pendengaran contohnya pelindung telinga (earmuff) atau plug telinga(earplug)di tempat kerja atau aktiviti rekreasi yang bising.
ii. hadkan masa terdedah pada bunyi bising. Sekiranya terpaksa, perlu diselang selikan dengan rehat.
iii. elakkan mendengar muzik pada paras yang sgt kuat.

- Tanggungjawab anda..

* sebagai pekerja
1. patuhi peraturan pemakaian alat pelindung pendengaran.
2. ikut jadual pemeriksaan pendengaranyg ditetapkan oleh majikan.
3. sertai program penjagaan telinga dan pendengaran yang dianjurkan di tempat kerja.
4. boleh membuat tuntutan dari majikan sekiranya anda disahkan mengalami hilang pendengaran disebabkan bunyi bising ditempat kerja.

* sebagai majikan
1. hadkan masa pendengaran pada bunyi bising tidak melebihi pada bunyi bising yg ditetapkan.
2. didik dan selia pekerja mengenai cara bekerja di tempat bising.
3. lakukan audiometri berkala jika perlu.
4. sediakan alat pelindung pendengaran.
5. laporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenai pekerja yang didapati mengalami hilang pendengaran.



p/s : fakta yg benar...telinga kita ni bkn salah satu organ utk didermakan..kalau dh pekak sblm waktunya, korg akan hilang pendengaran selamanya!

Lets hip hop & RnB


Madonna vs Nelly - Don't Tell Me Country Grammar

nicole scherzinger-baby love

R Kelly - Stronger Like This

Nelly-Wadsyaname

Tuesday, July 15, 2008

nak jimat ke?

dari email...aku copy n paste kt sini..ala idea sengal2 ubi..sajer nk baca utk rileks jer..bukan serius utk jimat minyak tp kalu korg nk buat jugak, terpulanglah..itu keputusan korg..harap korg enjoy!

Oleh kerana harga minyak naik sekaligus akan menaikkan juga harga yang lain2, berikut adalah cara2 nak jimat dengan mengubah cara hidup anda spt yg dipromotekan oleh kerajaan.

"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"

Part A (Kenderaan)


1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil
etc)

2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto

3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal

4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki

5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)

6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta.
Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1


Part B (Elektrik)

1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar
lagi lepas tu.

2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc).
Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.

3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe

4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda. Apa lagi mau lampu kayuh dan hidupkan dynamo beskal tuh. Kalau anda bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai mengayuh beskal.

5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)

6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau..recharge je hp atau barang2 elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha kerajaan akan tolong bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?

7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.

Part C (Makanan)

1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda.
*Nota - tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.

2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan mentah pon ok gak kalau lalu.

3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam sekeliling rumah la.

4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau jamuan. Tak de jamuan jgn pergi.

5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau doa selamat mesti ada paling koman nasiklemak bungkus atau pisang.

6) Kalau VIP/ YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara hidup" kepada VIP/YB anda.

7) Makan je nasiklemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi,tghhari dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095Wuiii save gileerr.

Tuesday, July 8, 2008

kwn punye pasal..aku xde hal lah..mesti blh tolong


beh sgt ke lagu indon ni? jwpn nye mmg la beh...hehheh
tp mmber aku ni nk sgt lagu arti sahabat nyanyian band nidji..tgh ade masa free td aku gi cari lagu nie..nk cari video kt YouTube mmg senang..nk cr mp3 file yg aku rasa susah sgt..mcm2 jurus aku guna nk cari file lagu ni..last2 jumpe gak lagu nye kt rapidshare.com...

weh reza..aku dh jumpe ni, download la sindri k..slmt men'download'!




Nidji - Arti Sahabat

muat turun lagu ini

Nidji - Arti Sahabat Lirik :-
Tak mudah untuk kita hadapi
Perbedaan yang berarti
Tak mudah untuk kita lewati
Rintangan silih berganti

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat

Kau teman sejati
Kita teman sejati
Hadapilan dunia
Genggam tanganku

Tak mudah untuk kita sadari
Saling mendengarkan hati
Tak mudah untuk kita pahami
Berbagi rasa di hati

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat

Kau teman sejati
Kita teman sejati
Hadapilan dunia
Genggam tanganku

Kau adalah..
Tempatku membagi kisahku
Kau sempurna
Jadi bagian hidupku
Apapun kekuranganmu

Nananana...
Sahabatku...
Nananana...

Kau masih berdiri
Kita masih di sini
Tunjukkan pada dunia
Arti sahabat

Kau teman sejati
Kita teman sejati
Hadapilan dunia
Genggam tanganku
Woo.. Hooo...

xde mood? jom karaoke ngan aku...




Munajat Cinta - The Rock

Monday, July 7, 2008

rencana pasal minyak

rencana ni aku dpt dr Kosmo! Online...bg aku mmg menarik sampai tertarik nk copy n paste kt blog aku..ramai yg x tahu hal minyak ni sebenarnya..kt dlm rencana ni, semuanya di bgtahu..ok enjoy yourself!

Hanya bersaiz 'kebun'

Oleh ADHAM SHADAN

Minyak atau petroleum sering menjadi alasan mereka yang tamak haloba untuk mengaut kekuasaan dan menghalalkan peperangan.

"Dunia dahagakan minyak. Siapa yang menguasai sumber ini, dia yang mencaturkan dunia," Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib berkata kepada Kosmo! ketika dihubungi baru-baru ini.

Lebih buruk lagi, harga minyak mentah di pasaran dunia kini bukan ditentukan oleh pengeluarnya, sebaliknya ia ditentukan di pasaran terbuka seperti pasaran niaga hadapan New York Mercantile Exchange (NYMEX). Persatuan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang dahulunya pernah menunjukkan taringnya kini tidak mampu berbuat apa-apa. Dalam beberapa minggu ini, harga minyak di pasaran dunia naik hampir setiap hari.

"Kalau kita mahu membeli kereta, harga kereta ditentukan oleh pengeluarnya. Tetapi tidak bagi harga minyak. Harganya ditentukan di pasaran terbuka sekali gus membuatkan harganya tidak dikawal. Inilah akibatnya apabila satu pihak mendominasi sumber dengan sistem kapitalis dan liberal bermaharajalela," katanya yang yakin spekulasi di pasaran hadapan adalah faktor utama kenaikan.

Benar, minyak semakin berkurangan tetapi persoalannya, adakah sekarang kita sedang kekurangan bekalan minyak?

Wall Street Journal baru-baru ini memberitahu bahawa pedagang minyak mentah berkata, pasaran sedang 'menderita' bekalan yang terlalu banyak, bukannya terlalu sedikit!

Pengusaha industri, Harry C. Johnson pula menyatakan, beberapa pihak berpendapat harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini sebenarnya jika tanpa campur tangan spekulator hanyalah antara AS$50 hingga AS$60 dolar (RM196) setong!

"Ada kemungkinan juga, keadaan ini berlaku sebagai percaturan menggugat kebangkitan negara-negara yang sedang membangun. Saya melihat krisis ini amat besar sehingga akan mempengaruhi trifungsi sejagat iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerana ekonomi yang teruk, masyarakat menjadi susah dan akhirnya iklim politik di banyak negara berantakan," kata Md. Shukri.

Amerika Syarikat (AS) merupakan negara pengeluar minyak ketiga terbesar tetapi ia bukan pengeksport minyak yang besar, sebaliknya pengimport dan pengguna minyak nombor satu dunia. China merupakan negara membangun yang berada di tangga kedua pengguna minyak dunia. Bahkan dijangka, perkembangan keperluan minyak China akan lebih pantas daripada AS.

Harga minyak mentah dunia juga diukur mengikut dolar Amerika. Kerana nilai dolar Amerika yang tidak menentu akhir-akhir ini, kita terpaksa mengikut rentak kenaikan harga.

Justeru, berbalik kepada kenaikan harga minyak di negara ini, kita harus memahami apa yang sebenarnya berlaku.

"Tangan dunia pun terpasung untuk membetulkan keadaan ini, masakan kita mampu mengekangnya?" soalnya.


Benar, negara kita merupakan negara pengeluar petroleum, tetapi adakah ia begitu besar seperti yang 'dimomokkan'? Andai dilihat pada atlas, didapati sebahagian besar negara di dunia merupakan negara pengeluar petroleum. Kita cumalah negara pengeluar yang ke-25. Layakkah untuk kita membandingkan harga petrol di negara kita dengan negara Arab Saudi, Kuwait, Venezuela dan sebagainya?

"Minyak kita cumalah laksana 'kebun', 'ladang-ladangnya' nun jauh di Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Amerika Syarikat, Rusia dan sebagainya. Kenaikan harga minyak mungkin dilihat memberi kelebihan kepada negara pengeluar, tetapi ada timbal baliknya. Segala kos yang lain akan bertambah, kadar tanggungan import produk lain bertambah," katanya.

Mungkin apa yang membuatkan Malaysia menyerlah dengan petroleum ialah negara ini mempunyai sebuah syarikat pengurusan minyak terbaik, Petronas.

Syarikat ini dianggap begitu gah sehingga ada yang menyenaraikannya dalam The Seven Sisters (satu gelaran bagi syarikat-syarikat minyak terulung di dunia) yang baru daripada lebih 100 syarikat minyak di dunia.

"Hakikatnya, itulah kebijaksanaan Malaysia. Bagaimana kita mampu mengurus sumber yang kita miliki walau dalam keadaan yang sedikit. Kita menubuhkan Petronas dengan usaha kita sendiri, tidak seperti Saudi Aramco yang dimiliki Arab Saudi, pengeluar terbesar minyak di dunia, tetapi ditubuhkan oleh AS.

Ekonomi kita bahkan lebih baik daripada beberapa negara OPEC seperti Nigeria. Bahkan, hampir 40 peratus daripada pendapatan negara kita adalah disumbangkan oleh syarikat ini," ujarnya.

Apa pun, sesuatu perlu diakui, minyak adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui dan minyak Malaysia dijangka akan habis tidak sampai 20 tahun lagi. Seandainya ini berlaku, dari manakah sumber pendapatan utama kita nanti?

Oleh itu, kita perlu beringat dari sekarang. Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Keuntungan yang kita miliki hari ini tidak boleh dihabiskan kesemuanya sekarang. Sebahagian wang perlu dilabur demi memastikan keuntungan dan kemakmuran dapat dikecapi berpanjangan. Kesempitan yang kita terpaksa deritai ini adalah demi generasi akan datang. Kita harus berganding bahu dan bertolak ansur dalam mendepani krisis ini.

Setidak-tidaknya, kita perlu menerima hakikat bahawa inilah natijah daripada kehidupan yang harus dilalui pada zaman ini. Manusia telah melalui zaman batu, besi, gangsa, arang batu dan kini giliran minyak. Entah-entah apabila giliran tenaga solar menjadi sumber tenaga utama, matahari pun ingin dikuasai manusia!

1 Liter utk 100 kilometer! Menakjubkan..



biar aku citer serba sedikit ketakjuban keter ni dulu..kemudian baru sembang hal lain pasal kete nie k..

- dikeluarkan oleh Volkswagen.
- direka utk 2 org shj.
- tangki minyak hanya 6.5 liter sahaja.
- berat keseluruhan dalam fasa R&D ialah 300kg.
- catatan ujian penggunaan bahan api 0.99 liter utk setiap 100 km.
- saiz tayar 16 inci.
- transmisi automatik.

keter ni bukan lagi satu impian kosong atau pun masih dlm lingkungan kereta konsep tetapi akan mula dikeluarkan utk jualan sekitar tahun 2010..maklumat berkenaan jualan ni aku dpt dr sisipan Berita Harian (BH Auto) pd 04/07/08. Lepas baca maklumat dr BH tu, aku terus cari maklumat2 lain dlm yahoo.com, memang memberangsangkan dan menakjubkan ngn prestasi keter nie.

ini adalah masa yg tepat bg Volkswagen kerana dgn peningkatan harga minyak yg x pernah nk turun2 kebelakangan ni..mmg sesuatu yg tidak dijangkakan sebuah pengeluar kereta dpt mengeluarkan kereta yg menjimatkan pd waktu yg sesuai dan tepat.

tapi sayang, kete ni utk 2 org shj! jgn berhenti fikir smapai situ jer, pjg kn akal korng, jika difikirkan semula..kalau nk buat kereta yg jimat melebihi 2 org, mesti berat pn bertambah, penggunaan minyak pn mesti bertambah, mmg ada kaitan kedua2 perkara ni...fikir pjg2 lagi...kete ni baru permulaan..lepas nie bila teknologi 1 liter = 100 kilometer ni berkembang maju..mesti ada kenderaan yg menggunakan teknologi sama blh bawa 45 org..itu tidak mustahil!
korg leh tgok sendiri sejarah ciptaan kereta pada zaman mercedes dulu enjin kete pakai tenaga stim/wap je, byg kn enjin keretapi yg dikecilkan...nah! skrg tgok sendiri, teknologi yg sama tetapi dipelbagaikan, kalu dulu bhn bakar nye wap/stim tp skrg pakai minyak dan diesel.

ape2 pendapat sekali pn..yg pasti volkswagen dh buka jalan utk pengeluar keter lain membuka minda utk mencipta kete 5-10 kali gnda lebih jimat selain kete dgn teknologi hibrid. aku harap dorg jgn la taksub pd kete je..moto pn nk jimat jugak kan..hehheh

kalu korng nk info lagi pasal kete ni leh klik kt link yg aku bg kt bwh ni..

info dan imej dr website : www.seriouswheels.com

Thursday, July 3, 2008

jom karaoke...

- jgn lupe pause lagu kt song player dulu -



Jason Mraz - I'am Yours

Download this Song

Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that i melted
I fell right through the cracks, and i'm tryin to get back
before the cool done run out i'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm yours

Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love
listen to the music at the moment maybe sing with me
Ah, la peaceful melody
It's your god forsaken right to be loved loved loved loved Loved

So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate, i'm yours

*Solo vocal*

I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and laughed
I guess what I'm a sayin'is there ain't no better reason
to rid yourself of vanity and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue

I won't hesitate no more, no more
it cannot wait, i'm sure
(there's no need to complicate
our time is short
it cannot wait, i'm yours 2x

no please don't complicate, our time is short
this is our fate, im yours.
no please don't hesitate no more, no more
it cannot wait, the sky is yours!)

well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la one big family
it's your god forsaken right to be loved, loved, loved, loved
open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la happy family
it's our god forsaken right to be loved loved loved loved
listen to the music of the moment come and dance with me
ah, la peaceful melodies
it's you god forsaken right to be loved loved loved loved...

* lagu ini juga aku tujukan khas utk org yg jauh disana *

Sunday, June 29, 2008

Macam x percaya je..


Alhamdulillah..salah satu objek impian aku utk aku miliki sendiri telah tercapai, objek2 impian yg seterusnya masih dlm proses di miliki utk kepuasan hati aku sendiri..kalau ada yg minat muzik, mesti tau apekah objek dlm gmbr tu kn..kalu x tau aku tetap bg jwpnnya, objek tu adalah gitar elektrik yg pertama aku!

mcm x prcaya je aku bwk balik gitar elekrik sabtu lepas! Dgn hrga yg dlm lingkungan masih lg aku mampu beli..Fuh! Walaupun terbang melayang-layang rm6++ tapi hati aku puas.

Lama juga aku tggu nk dptkn objek ni, akhirnya dpt gak..walau pn made in china tp kualitinye ckp bagus, bunyi sedap, material high class dgn hrga yg cukup berpatutan dgn gaji aku yg cukup2 mkn, hehhehhhe...Brand gitar ni aku x selalu dengar..SX Brand..mmg jrg2 atau x penah dengar langsung tp kualiti gitar brand ni mmg setanding ngan brand lain walaupn x segempak brand2 mcm yamaha, ibanez, gibson dan fender.

Ape sengih-sengih? Korg igt aku x tau main gitar ke?..weh! Tgok jari la beb..hehe okla, aku nk layan 2-3 lagu jap..kasi gegar ini apartment seri mawar!!

Wednesday, June 4, 2008

mcm-mcm ragam org malaysia pasal minyak




13 jun 08..dlm pkl 12++ tghr..aku otw gi hntar brg2 utk karnival remaja di sebuah sekolah di kawasan cheras..kami berhenti kt traffic light, kt belakang lori (tgok pic)...hehhehhe

mcm2 gelagat org malaysia ni tapi bagus idea tuan lori ni wat peringatan cmtu sbb memang dia bwk slow..dlm 40-60km/j!
korg bkn x tau kan, bwk kenderaan ngan kelajuan cmtu mmg menjimatkan...
bila fikir pnjg skit, kalau lah 1 malaya punyer kenderaan bwk ngn kelajuan cmtu, aku rase semua kes xcident gerenti turun. pastu nk balik kg yg 1 jam jadik 2-3 jam, harap bersabar lah ye, minyak punyer pasal, mcm2 idea org malaysia leh wat...hehheh

motorsikal hibrid

salamm kwn2 sumer...



Tengok pic motor tu..menarik x? agak2 bila nk smpai kt negara kita yg tercinta ni ye...mybe lg 2 thn atau 3 thn atau lebih dr tu..

spec yg simple utk motor ni:-

* dikeluarkan oleh syarikat Brammo, dgn nama Enertia Electric Motorcycle.
* bahan utk body menggunakan kerangka serat karbon (ringan giler..patut hrga mahal)
* tidak menggunakan petrol atau diesel. motor nie menggunakan betri semata2.
* enjin digerakkan dgn 6 biji betri lithium. Perlu di caj selama 3 jam.
* kelajuan maksimum ialah 75km/j. bergerak 30km/j dlm 3.8 saat sahaja!
* harga $12+++.

amacam? kalau motosikal ni masuk malaysia, ramai ke yg beli? sambutan menggalakkan ke? adakah mereka bersedia ke ngan perubahan nie? mat motor nk ke moto canggih tp x laju? mcm2 persoalan kan tp bab kelajuan rasa2nya xde mslah sbb org malaysia ramai yg kreatif, ya..org malaysia mmg kretif! kalu top speed motor ni lajunye 75km/j, org malaysia leh wat 350km/j! kakkakka...

bagi pendapat aku, teknologi ni masih baru kt malaysia..kalu dijual, mesti harganya mahal..spare part pn msti mahal kalu br lagi..kalu congak2 harga yg disebut td, leh amik kancil 850cc woo! tp kalu amik kancil, nk isi minyak gak..minyak dh la mahal skrg nie..nk fikir susut nilai nye lagi..ntah2 rebat tunai pn x dpt mcm mereka2 yg pakai NGV tu..parahhh!

akhir kata..

tepuk dada tanya selera bro...barang baik memang la mahal...nk yg bagus bayar mahal lah kan...skrg rm50 dpt ape jerrr...

walau ape pun pendapatnya, aku harap kenderaan yg sewaktu ngn motor ni cepat2 lah masuk dlm negara kita.


info daripada : obengware.com

Tuesday, June 3, 2008

ofis baru

salam sumer..


dah masuk hari ke-4 aku bertugas di tempat baru..

mmg byk bezanya kt sini..

dan ramai juga org yg aku kenal..

nk wat keje mesti kenal org, kalu x kenal camne nk wat keje kan..

bile dh gi tmpat baru ngan suasana baru biasanya kebanyakan org akan membeza2 kan tempat keje lama ngan baru...

bagi aku..aku x suka bezakan byk2 sgt, cukup la bezakan yg basic jer..

kalu dok bezakan itu ini, byk sgt komplen nye..baik dduk jer kt tempt lama tu sampai pencen!..

bak kata org dulu2 - masuk kndang kambing, mengembek..masuk kandang rimau, mengaum..

so biler gi kt tempat baru, ikut je cara kat tempat baru tu...jgn wat 'gedebe' kate org kelantan..

pandai2 lah bawa diri kt tmpat baru...

fuhh...memang rileks kt tempat baru..kalu website VF tu aku on9 dr pagi smpai petang! hahhahha...

Friday, May 30, 2008

Uji Minda..

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan
kita, diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia..
dibawah ini ada ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....

Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri



Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15
saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?



Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!







OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS



Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..







Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian
memiliki
otak PEREMPUAN

tp kalau LELAKI pun kira 6 F's..

alamak! aku x tau lah nk kate ape..kakakkakka!!

Thursday, May 29, 2008

2-3 mggu nie

31 may-1 jun = xtvt family day ofis kat genting highland (wajib join), ada sorg mmber VF kawen (terpaksa tolak ats sebab xtvt family day).

2 may = lapor diri kat department baru..best nye! (x tau lah ape kenangan pahit manis tempt baru ni..hehhe)

7 jun-8 jun = sepupu kawen (wajib join), candat sotong ngan boling VF (terpaksa dibatalkan sbb nk tumpu pada majlis kawen sepupu)

hmmm...cmni lah kehidupan sebenarnya...kdg2 ape yg dirancang berubah last2 minit, mcm2 cerita ada..bila dpt pengalaman mcm nie, just fikir positif mybe rezki pd hari yg lain.

Insya-Allah...umur pjg, blh jumpe lain kali..btul x? sbb bukan kita yg menentukan setiap perjalanan hidup kita...kita hanya mampu merancang jer.

pengalaman yg pahit dan manis perlu ditempuhi dgn jayanya..ala rileks lah kan...mesti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian yg terjadi pada kita.

jom dgr lagu OST Sindarela ni..klik n download jer

link lirik
Bau - Warkah



hati-hati bila dapat duit rm50

pic ni aku dpt dari email...sebab malas nk 4wd kat email, so aku letak lah kt blog utk korg tgok n nilai sindri pic ni. hati2 lah bila dpt rm50 pasni...ada byk pic sebenarnye dlm email aku tu psl rm50 palsu ni tp aku upload mana yg senang nk detect kepalsuan duit 50 ni..
bg aku la kan, kiter kdg2 dh dpt wet yg nilai besar2 ni mmg rambang mate..belasah je wat belanja ape2 yg patut..bukan perasan pn wet tu palsu...tp kalu ade yg tajam mata, mmg dpt detect duit tu palsu..mesti korg perasan kn, bila nk byr, cashier dok tenung2 wet tu, tgok2 byg2 kat lampu lah..kan kan..



wat canggih mcm mana pn tetap ade org yg palsukan duit nie..mcm mykad gak lh kn, dulu masa mula2 dikenalkan KP baru, katanya x leh dipalsukan..nah! sekarang tgok..indon ngn mat bangla pn ada mykad sindri...camne leh jadi camni ye? hmmm..senang jer jwpnnye, bak kate nabil, "Lu pikirlah sindri!!!"