VirtualFriends ~ Where People Meet

Monday, March 29, 2010

Bos, bos, bos

3-4 minggu ni susah betul nak tengok aku online Facebook (add aku mms_ridam@yahoo.com )..biasalah kalau dh guna line internet ofis, ade jer yg memerhati..bila dah diperhati, tentulah ditegur-tegur..nasib baik lah teguran tu teguran yang elok-elok jer..aku terima dengan hati yang terbuka. kalau bos yang tegur kita elok-elok..i followw jerr.

bila sembang pasal bos ni..bg pendapat aku la, ada 2 golongan:-

1. bos freshie, tiada pengalaman (baru graduat, mohon kerja jawatan tggi ikut kelulusan).
2. bos yg dah lama kerja, byk pengalaman & pernah bekerja dr peringkat bawahan.

- bos yg berpengalaman (dh lama keje & pernah kerja dari peringkat bawahan) pulak dibahagikan pada 2 golongan:-

1. jenis rendah diri, disukai ramai, mudah bekerja bwh dia, arahannya mudah difahami oleh anak buah sbb dia ada byk pengalaman kerja masa sblm dia naik pgkt, menjadi idola pd anak2 buah, menjaga hal-hal kebajikan anak buah, banyak mempertahankan anak buah sendiri jika terdapat kecuaian kecil, anak buah hormat kt dia sbb dia lebih senior & wat keje stail profesional walaupn dpt pgkat tggi.

2. jenis tggi diri (ego, bangga diri dpt pgkt tggi), sukar nk kerja bwh dia, kurg disukai ramai, anak buah hormat dia depan dia jer, blkg kutuk dia balik walaupun dia lebih senior, buat keje seperti org tiada pengalaman & x setaraf dgn pengalaman keje dia yg dh lama kerja, perlu byk belajar cara yg berkomunikasi yang baik dengan anak buah.

aku byk belajar nk jd bos dr mereka-mereka yg sebelum ini pernah jd bos aku sbb ada kemungkinan satu hari nnti aku juga akan jd bos juga. selama aku bekerja setakat ini, dh hampir 20 org bos yg aku kenal. mereka ni semua tergolong dlm golongan yg aku sebut td. mana yg ok, mmg ok & yg x ok tu, aku x boleh jadikan contoh.

akhir sekali & penamat utk kemaskini blog aku ni, aku ade soalan utk korang..bos korang pulak cmne? ade x tergolong dlm golongan kt atas tu?

Wednesday, March 3, 2010

Kesan Positif Dari Marathon


Dari mula berlatih hingga ke hari pertandingan aku dapat kesan banyak perkara-perkara positif yang berlaku dalam diri aku. Antaranya:-

1. Tubuh badan rasa lebih sehat, selesa dan tahan lasak dari keadaan sebelum ni.
2. Melalui latihan larian, aku dapat belajar macam mana nak mengawal pernafasan dan mengekalkan larian mengikut jarak.
3. Tubuh badan dari pinggang ke kaki lebih kuat dan tegap berbanding keadaan sebelum ini.
4. Dari latihan ni, aku dapat berlari dan bertahan sejauh 3 km tanpa henti. Akan dipertingkatkan selepas ini.
5. Kelajuan larian meningkat sedikit demi sedikit. Bermula dengan perlahan, memecut sedikit dipertengahan, kemudian perlahankan larian untuk mengumpul tenaga semula dan bila sampai garisan penamat, buat lebih pecutan kembali.
6. Dan yang paling menarik lagi ialah berat badan turun 800 gram hingga 1 kg.

Ini serba sedikit kesan positif dalam diri aku dan aku percaya orang lain mempunyai kesan-kesan positif yang berlainan sebab masing-masing mempunyai cara berlatih dan pengalaman yang berlainan.

Monday, February 8, 2010

Putrajaya Night Marathon

Sabtu lepas, 6 Jan 2010, bertempat di hadapan istana kehakiman, jam 8.30 malam, aku dan kawan-kawan se-ofis lebih kurang 10 orang menjadi peserta marathon malam di putrajaya (Putrajaya Night Marathon).
Ini adalah penyertaan yang pertama kali dan boleh dikatakan penyertaan sulong secara peribadi untuk diri aku dan pengalaman pertama kali juga bagi kawan-kawan aku.
Memang kami semua agak sangat-sangat bersemangat sebab kami mula berlatih sejauh 5-8km hampir 3 minggu untuk merebut medal marathon tersebut yang disediakan untuk 400 peserta pertama untuk kategori 7.7km lelaki dan perempuan.
Ini juga adalah pertandingan larian marathon pertama kali di Malaysia dibuat pada waktu malam. Seramai 8000 peserta telah mendaftar (info dari surat khabar) dan kami tak menyangka penyertaan telah ditutup 2 minggu sebelum tarikh tutup (dapat tau info ni dari kawan-kawan yg mendaftar disaat-saat akhir). Semoga yang tak berjaya tu, jgn risau sebab tahun depan ada lagi marathon ni. Tahun depan bukan lama pun, sekejap jer.
Ok, berbalik pada cerita kami di hadapan mahkamah tadi. Aku dan beberapa kawan aku dapat tempat paling hadapan sekali (kawan-kawan yang lain ntah kemana sebab kami dah berpecah masa ni), jantung memang berdetap detup dan berdegap degup menanti tembakan nak mula berlari. Sambil menanti jam tepat 9 malam, tiba-tiba seorang cameraman menyapa kami,
“bro, saya nak ambil gambar, boleh?”,
“Ooraits bro, boleh jerr”, jawab kami beramai-ramai.
Masa ni memang kami agak gila kamera, asal ada orang tangkap gambar jer, mesti kami menyelit ramai-ramai, macam-macam aksi yang kami buat..ahahha. Memang tak sangka tempat kami tu jadi tumpuan orang ambil gambar. Memang mencari publisiti murahan betul.
Sambil menanti orang kenamaan, sempat lagi aku dan kawan aku si nazri bertegur sapa dengan peserta lain. Kami dah boring menunggu, jadi kami gunakan masa yang terluang tu dengan aktiviti sendiri lah.
Ha..tu pun orang kenamaan dah datang, tak sabar nak mula berlari ni..DJ dah mula mengira bermula dari saat 10 hingga 1.
DAM! Sedas tembakan telah kedengaran yang bermakna kami dah boleh mula berlari, Alhamdulillah..aku berlari dengan tenang dan rileks sekali tanpa ada yang tolak menolak dari belakang. Ada juga yang bermula dengan pantas..memecut bukan main laju lagi..alamak! ni bukan pertandingan larian 100 meter macam Usain Bolt tu.
Bermula dihadapan istana kehakiman, aku dapat berlari dan bertahan sehingga di jambatan arah ke PICC..tiba-tiba aku dapat rasa disebelah kanan perut seperti ada duri menyucuk-nyucuk hulu hati dan buah pinggang…Aarggh! Tension betul aku..kenapa waktu marathon jadi camni? Masa berlatih berlari tak jadi camni pula.
Aku terpaksa memerlahankan larian sedikit demi sedikit dan akhirnya sampai betul-betul di jambatan, aku mula berjalan sambil menekan-nekan perut. Peluang nak dapat medal terbantut juga akhirnya..alahaiii, dapat sijil penyertaan pun jadilah..huhhuu.
Setelah berjalan hampir 500 meter dan perut dah kembali normal, aku pun mula berlari perlahan-lahan dan sekali sekala berhenti seketika sehingga ke garisan penamat dan berjaya habiskan 7.7 km dalam masa 60 minit (masa berlatih dapat 65-70 minit..ok la tuu).
Selepas tamat pertandingan, kami berkumpul semula di hadapan mahkamah, sambil menunggu kawan-kawan yang belum habis larian, aku pusing keliling singgah menyinggah kat gerai-gerai penaja..macam-macam gerai ada, antaranya yang aku ingat 100 Plus, Milo, PowerBar dan Nescafe.
Bila dah puas kutip produk-produk percuma dari penaja tu, aku lepak ngan kawan-kawan balik…amboii, dorang tengah snap sana sini..selit la kejap, tumpang kamera dorang..hehhe..tengah lepak-lepak snap sana sini, aku terpandang 2 orang gadis ni..eh, macam kenal..dalam masa 3 saat aku teringat sesuatu, itu lah E-jie dan Ida.. dorang lah antara peserta yang aku dan nazri tegur tadi, Yaa..itu lah mereka, memang aku tak silap..dua beradik yang sanggup datang dari shah alam ke putrajaya untuk menyertai marathon malam kali pertama ni, memang aku tabik spring tilam Slumberland lah kat dorang, dah la datang dari jauh, dapat medal lagi..Tahniah! tahun depan jumpe lagi ye..aku sempat juga berkenalan dengan mereka berdua yang comel-comel tu..serius beb, dorang memang comel!...Ops! terlebih sudah.. maafkan aku kawan-kawan..hehhe. Setelah bersembang panjang dengan dua beradik tu dan ambil gambar kenang-kenangan, kami pun berpecah pulang ke rumah masing-masing
Dari pengalaman ni, walaupun tak berjaya mendapatkan medal, aku rasa nak sertai lagi pertandingan marathon ni tahun depan..insya-Allah jika tiada aral melintang. Tak berjaya bukan bermakna gagal. Usaha untuk berjaya tetap diteruskan.

Monday, January 18, 2010

Tuding Jari Pada Diri Sendiri Dulu

kadang-kadang aku kecewa bila tgok berita, baca surat khabar, dgr2 masalah syarikat, kwn-kwn, sedara mara dan adik-beradik..jika ada masalah, mula tuduh org ini dan org itu..akhirnya kemudian masalah yg sebenarnya blh selesai dlm masa yg pendek berlarutan berbulan2 tanpa penyelesaian..org2 yg terlibat masing2 nk jaga standard, jaga kedudukan, jaga pangkat, jaga tekak & perut sendiri, jaga muka, lepas tgn & pelbagai lagi sikap negatif yg mereka tunjuk sehingga terpaksa melibatkn org ke-3 utk menyelesaikn masalah mereka.


SEBENARNYA mereka lupa 1 perkara..jika sblm masalah itu terjadi mereka saling BEKERJASAMA nk menjayakn sesuatu plan sama ada plan itu berbentuk projek, majlis, taman perumahan & sebagainya yg melibatkn byk pihak..mereka BERSUNGGUH-SUNGGUH nak buat itu ini tanpa penat lelah..mereka nmpak BANTU MEMBANTU dan TOLONG MENOLONG dlm semua hal..bila ada masalah dipenghujung plan tersebut, sepatutnya mereka BEKERJASAMA dan BERSUNGGUH-SUNGGUH juga nk selesaikn masalah tersebut tanpa bantuan org ke-3..x perlu menuding jari org ini salah org itu salah tetapi tuding jari pada diri sendiri dahulu..bertenang dan cari penyelesaian BERSAMA-SAMA.

bukan kah lebih AMAN jika kita BEKERJASAMA, BERSUNGGUH-SUNGGUH, BANTU MEMBANTU, TOLONG-MENOLONG dan BERSAMA-SAMA selesaikan masalah kita...senang kata, HAL MUDAH JANGAN DISUSAH-SUSAHKAN dan JGN MENYUSAHKAN ORG LAIN.

Wednesday, December 23, 2009

DUIT & WANG


aku suka jadikan duit & wang itu satu alat dan bukan jadikan duit & wang itu satu keperluan..kenapa? sbb jika aku jadikan duit & wang itu satu keperluan, lama kelamaan nnti aku jadi hamba kepada duit & wang..kan parah bila aku jadi hamba pada duit dan akan jadi masalah jangka panjang nanti..

bagaimana aku boleh buat duit & wang itu menjadi satu alat? plan nya sangat senang mudah nak ingat, mudah dibuat dan memerlukan tahap disiplin yg sederhana..

antaranya yang aku buat sekarang:-
1. jadikan duit & wang itu sebagai alat untuk melabur. (simpanan tiap bulan, ASB, ASN)
2. kurangkan berhutang, jika sudah berhutang, jangan tambah hutang sedia ada selagi hutang yang sedia ada itu belum habis dibayar.
3. berbelanja ikut mana yang termampu, elakkan berbelanja melebihi kemampuan (boros).

itu hanya plan asas untuk jadikan duit & wang itu sebagai alat..plan yang lain perlu difikirkan sendiri sebab duit & wang yang dijadikan alat ini bergantung pada kemampuan kita untuk mengawal keluar masuk dan kemana duit & wang itu pergi..jika tanya aku, mestilah aku gunakan plan aku sendiri. maksudnya disini kita bebas merangka plan peribadi kita sendiri..3 plan yang aku buat itu adalah plan yang umum..plan yang khusus (details) adalah dibawah kawal selia korang sendiri.

kesimpulannya, jgn jadikan duit & wang itu beban pada hidup dan beban pada org lain..teringat pula lagu hattan bertajuk duit.

Monday, December 21, 2009

kemaskini blog sendiri

sedikit perubahan telah dilakukan dlm blog aku ni...sikit jer sbb templates blogger.com ni bkn byk sgt pun..nk buat customize templates tak larat nk edit kongfigurasi html yg pjg2 lebar tu..ringkas2 dh la...yg penting isinya kn. lepas ni aku x taip pjg2 kecuali kalau jari jemari ni rajin menaip (aik..jari pn blh rajin ke?)...ah, apa2 je lah..hehe..penutup utk post kali ni aku doa kn korg pjg umur & murah rezeki sempena thn baru maal hijrah 1431.

Sunday, November 8, 2009

Xperimentasi bersama LaiCi



Penangan cut-off CDI LaiCi standard (blum kacau enjin) mmg cukup mengecewakan aku...buat la mcm mana pon, kalau dh standard mmg tetap standard...aku cuma kacau sikit kt sproket jer..bkn nk bg LaiCi tu laju mcm motoGP tp cuma tukar sproket saiz kecil skit dr yg asal.

kalau pakai sproket asal...bawak LaiCi mcm bwk moto 110cc...berat semacam je. tetapi apabila aku tukar sproket asal dr saiz 39 kepada saiz 37...barulah terasa ringan skit. Itu dh cukup memuaskn hati aku cuma part CDI jer yg buat aku kecewa.

bila gi kedai...tokey kata "kasi tukar itu CDI la...try BRT ke..REXTOR ke...RACING ke...", aku tye balik "harga skali ngn upah berapa?", dia jwb "murah saje..dlm 3oo-400 aje", aku jwb "boleh thn harganye tp sori la tokey, ini hari sy xde duit lg..lain kali la tokey" tp dlm hati aku "GULP~!..baik aku beli bodykit utk BiBah aku.

Ok..berbalik pd xperimentasi aku menggunakan sproket shj ngn LaiCi setakat ini, aku dpt keputusan camni (G = gear):-

Sproket 15-39 428 (asal)
G1-15...G2-30...G3-55...G4-125 (aje~!)

Sproket 15-38 428
G1-19...G2-42...G3-65...G4-135

Sproket 15-37 428
G1-22...G2-45...G3-75...G4-140 (blh la...)

kawan2 dlm forum kom135.com kata tiap LaiCi berlainan setting nye tp rata2 mengatakan LaiCi keluaran pertama lebih baik prestasinya sbb setting CDI nya...jd utk LaiCi aku, tu jer yg aku dpt. janji moto aku ringan masa perlahan dan laju. x berani la aku nk kuar duit smpai beribu2 utk usik sana sini kt LaiCi aku ni..dh la moto jenis ni ngah panasss...kalau hilang, menangis mcm2 lagu kluar nnti.

oraits..aku tamatkn disini hal xperimentasi LaiCi aku ni, hanya mahu berkongsi pengalaman aje.

rujukan :-

- gambar CDI : itu bukan CDI LaiCi..itu skadar gmbar hiasan..diambil dr artikel dlm website wikipedia mengenai CDI.

Wednesday, October 28, 2009

mari makan buah

It's long but very informative, We all think eating fruits means just buying fruits, cutting it and just popping it into our mouths.
It's not as easy as you think. It's important to know how and when to eat.
What is the correct way of eating fruits?
IT MEANS NOT EATING FRUITS AFTER YOUR MEALS! FRUITS SHOULD BE EATEN ON AN EMPTY STOMACH.
If you eat fruit like that, it will play a major role to detoxify your system, supplying you with a great deal of energy for weight loss and other life activities.
FRUIT IS THE MOST IMPORTANT FOOD.
Let's say you eat two slices of bread and then a slice of fruit. The slice of fruit is ready to go straight through the stomach into the intestines, but it is prevented from doing so. In the meantime the whole meal rots and ferments and turns to acid. The minute the fruit comes into contact with the food in the stomach and digestive juices, the entire mass of food begins to spoil.So please eat your fruits on an empty stomach or before your meals! You have heard people complaining — every time I eat watermelon I burp, when I eat durian my stomach bloats up, when I eat a banana I feel like running to the toilet, etc — actually all this will not arise if you eat the fruit on an empty stomach.
The fruit mixes with the putrefying other food and produces gas and hence you will bloat! Graying hair, balding, nervous outburst, and dark circles under the eyes all these will NOT happen if you take fruits on an empty stomach. There is no such thing as some fruits, like orange and lemon are acidic, because all fruits become alkaline in our body, according to Dr. Herbert Shelton who did research on this matter.
If you have mastered the correct way of eating fruits, you have the Secret of beauty, longevity, health, energy, happiness and normal weight. When you need to drink fruit juice - drink only fresh fruit juice, NOT from the cans.
Don't even drink juice that has been heated up. Don't eat cooked fruits because you don't get the nutrients at all. You only get to taste. Cooking destroys all the vitamins. But eating a whole fruit is better than drinking the juice. If you should drink the juice, drink it mouthful by mouthful slowly, because you must let it mix with your saliva before swallowing it. You can go on a 3-day fruit fast to cleanse your body.
Just eat fruits and drink fruit juice throughout the 3 days and you will be surprised when your friends tell you how radiant you look!
KIWI: Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, vitamin E & fiber. Its vitamin C content is twice that of an orange.
APPLE: An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low vitamin C content, it has antioxidants & flavonoids which enhances the activity of vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack & stroke.
STRAWBERRY: Protective Fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits & protect the body from cancer-causing, blood vessel-clogging free radicals.
ORANGE : Sweetest medicine. Taking 2-4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessens the risk of colon cancer.
WATERMELON: Coolest thirst quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione, which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene — the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are vitamin C & Potassium.
GUAVA & PAPAYA: Top awards for vitamin C. They are the clear winners for their high vitamin C content.. Guava is also rich in fiber, which helps prevent constipation. Papaya is rich in carotene; this is good for your eyes.
Drinking Cold water after a meal = Cancer! Can u believe this?? For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal. A serious note about heart attacks
HEART ATTACK PROCEDURE: (THIS IS NOT A JOKE!) Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. Sixty percent of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.
A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. Read this....It could save your life!!

Sunday, September 13, 2009

kerastangan~! v1.0

tank part

suspension part

seat part


rear arm part


meter part


casis part


body cover part



hmm...susah juga nk wat model kertas ye, nmpk mudah je kn tp bila dh buat mmg kene berjuang nk buat. salah skit kene print balik, potong, gunting, cantumkn balik satu persatu. memerlukan kesabaran dan ketelitian yg agak tggi.

owh..lupa nk bgtau. membebel pjg sgt smpai lupa nk intro...hehee. aku tengah siapkn papercraft model superbike Yamaha R1. setahu aku idea ni dtg dr jepun, sama kesahnya dgn origami la. semuanya dibina dan direka menggunakan kertas. salah satu kraftangan (kerastangan sebenarnye) yg sgt kreatif smpai benda2 mekanikal sebenar pn boleh diadaptasikan menjadi model kertas.

dh hampir 2 mggu aku wat model ni...mungkin lepas raya br siap...mungkin la lepas raya..aku ni nk kata rajin, x jugak..nk kata malas pn x jugak..jd amik jln tgh je la. senang kata kalau aku ada masa lapang, leh la wat skit2. mcm bulan pose nih aku wat masa pas bbuka ngn pas sahur dan juga hari cuti.

ni je update utk hr ni..jgn marah haa..

Thursday, August 27, 2009

pengalaman dari seorang kenalan..

cerita dr pengalaman menarik dr salah seorang kenalan aku...korang just baca je..mmg menarik~!

Dah puasa, tak lama lagi nak raya pulak kan.. So kat sini saja aku nak share cerita ragam tetamu kecil yang datang bertandang kat umah time raya tahun lepas... Ragam2 yg seronok dan tak seronok kita lihat...

Waktu kejadian: Raya tahun lepas, 2008 (1st & 2nd raya)
Tempat kejadian: Rumah baruku di kawasan kejiranan melayu
Yg terlibat: Aku & famili serta 'tetamu kecil'

Percaya tak kalau aku cakap hampir 900 orang 'tetamu kecil' yg berkunjung ke umah aku masa raya 1st tu... Macam nak patah pinggang aku, tapi tetap seronok melayan kerenah & keletah diorang...

Cerita-ceriti 'tetamu kecil' ku

Al-kisah tersebutlah cerita...

Yg tak seronok kita lihat...
1. baru balik semayang raya, tak sempat lagi nak salam sesama ahli keluarga & makan sama2, dah ada yg beri salam kt luar.. "cik, nak beraya cik... " ish, bdk2 ni takyah raya kt umah sendiri dulu ke??

2. masuk sampai depan pintu utama umah, then ckp camni.. "cik, ktorang nak raya, tapi taknak masuk boleh tak?? dah kenyang la.. nak duit raya je.." lor, mcm ni pun ade ke

3. 4 sekawan umur sekitar 15-17 tahun dtg beraya.. siap mintak duit raya.. bukan taknak bagi, cuma terkejut sbb waktu umur camtu aku dulu dah tak g beraya umah org yg aku x kenal (selain faktor segan, mak abah pun mmg tak bagi).. huhu

4. dlm byk2 yg aku interview (rajin aku temuramah sorg2), ada satu group ni nun jauh datangnye.. bukan dr kawasan kejiranan aku, tapi dari kawasan kejiranan yg terletak kira2 15km dr tempat aku.. dtg naik cab ramai2 nk collect duit raya.. err, boleh plak ek diorang g beraya jauh2 mcm tu skali

5. sekeluarga (3 org ibu & anak-anak kecil), rasanya org susah kot dtg beraya.. aku xtau la org susah ke hape kan mula-mula tu.. layankan je la.. time balik, bg duit raya kt anak2 die.. tbe2 mak-mak nya tanya "takkan anak je dapat, maknya tak dapat ke duit raya??" err, tak terkata aku..

6. azan maghrib, aku pun dah tutup pagar umah sebab kebetulan saudara mara pun dah sampai, & kitorang sme nak solat (lagipun dah penat sgt layan 'tetamu kecil' non-stop dr pagi sampai ke ptg.. baru nak masuk umah, nampak ada 1 keta ni turunkan bdk2 depan umah aku.. bdk2 ni tekan2 bell, cakap nak raya.. aku tny sape yg hantar diorang tu.. parents yg hantar, pastu buat muka selambe je, bukan nk turun tegur kita tuan umah ni.. ade ke patut hantar anak2 g beraya time maghrib kt umah org.. tensi je aku ... ape punye parents la..

7. raya ke-2, langsung aku tak larat nak bangun dr katil.. bdk2 picit doorbell mcm hape.. interkom berpuluh kali.. sampai aku kuar menyamar jd bibik ckp tuan rumah dah kuar g beraya (mmg kitorang dh nk siap2 balik kg pun..) btw, bukan ke dlm islam dah kata, 3 kali salam, kalau tuan umah tak jawab (sebab tak dengar / memang tanak terima tetamu), haram kita terjerit-jerit lagi kat luar mintak nak masuk

Walau bagaimanapun, masih banyak yang besnye melayan kerenah 'tetamu2 kecil' nih...

Yg seronok kita lihat...
1. depan umah aku ade pool kecik.. mana2 yg bwk anak kecik / adik kecik, kesian diorang.. bdk2 kecik ni dah la takmo masuk umah, siap dok tepi pool bukak baju segala, tinggal pampers je konon nak masuk mandi dalam pool tu.. haha

2. 'tetamu kecil' yg pompuan siap bawak 'handbag' turh.. penuh ngan duit raya tau.. naik kembong beg tu.. siap dgn lipstick merah mak ngah nyer & kasut tumit tinggi.. kelassss gitu

3. abg & kakak kecil yg bertanggungjawab bawak adik2 kecik beraya sekali.. cara diorang layan adik2 diorang, sweet sgt2..

4. ni plg best.. tgh ramai2 org kt umah, tbe2 ada sorg dr 'tetamu kecil' ni tny aku.."acik beli sofa ni kt kl kan?".. la, cane plak bdk ni tau kan.. aku dah terheran dah masa tu.. "umah kte pun pakai sofa cam ni la acik.. hr tu mama & baba beli kt kl"... ler... hehe

5. mcm tadika dah umah aku skali kene serbu ramai2 ngan 'tetamu kecil' ni.. yg tumpahkan air lain, yg cuba nak perbaiki keadaan, tapi makin comot lain, yg nak puu puu & shi shi, tp tak reti sorang2 dlm toilet lain.. dah macam cikgu tadika aku uruskan diorang...

Ini cerita-ceriti aku.. Cerita korang cane plak? Feel free to share your stories with me k..

btw, kepada parents, terapkan & ajar adab2 berziarah pada anak2 sedari diorang kecil k.. tekankan juga yg hari raya bukan untuk kumpul duit raya, sebaliknya untuk 'kumpul kemaafan' & duit raya sebagai bonus dr mereka yg ikhlas memberi.. jgn biasakan anak2 meminta-minta duit raya & hanya bersalam dgn org yg bg duit raya.. tak manis dipandang.. perangai anak-anak, cerminan didikan anda pada mereka

Sunday, August 23, 2009

Trigger Finger

Trigger Finger sering terjadi di kalangan wanita yang berumur di antara 40 hingga 60 tahun.

* Trigger Finger adalah keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok.

* Ia akan mengeluarkan bunyi 'snap' semasa diluruskan.

* Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dlm keadaan bengkok.

* Risiko untuk mengalami trigger finger adalah lebih kepada pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.


kredit to :-
Pn. Norainun bt. Ismail,
Pegawai Pendidikan Kesihatan,
Bhg. Pembangunan Kesihatan Keluarga,
Kem. Kesihatan Malaysia,
info = http://fh.moh.gov.my/

Monday, August 10, 2009

Doa

Doa2 pilihan yg insya-Allah mustajab semasa berlaku wabak penyakit. sila klik pd gmbar utk membaca dengan mudah. aku dh susun doa ni utk memudahkan bacaan secara tersusun. utk menyimpan doa ini dlm pc korg, cuma klik kanan pd gmbr dan pilih "save picture as", simpan dlm desktop atau mana2 folder yg korg suka.








Tuesday, August 4, 2009

Tuesday, July 28, 2009

selamat berpuasa kawan2~!



Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan maupun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan...

Dikesempatan ini saya ingin memohan ampun dan maaf kepada anda semua jika ada salah dan silap dan terkasar bahasa, semoga Ramadhan kali ini dapat kite lalui dengan sempurna.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...

Friday, July 10, 2009

wanita berperut buncit


terkejut ngn tajuk aku kali ni ke? ahh...mmg patut korg terkejut pon sbb hal ni mmg x dihiraukn oleh kaum wanita tp lebih dihiraukn kaum lelaki. kenapa aku timbulkn hal ni? sbb bg aku hal ni bkn hnya msalah besar pd kaum lelaki shj tetapi kaum wanita pn mengalaminya.

kt sini aku mau korg baca sendiri pendapat ikhlas dr kaum wanita sendiri berkenaan hal wanita berperut buncit. baca elok2..jgn emo2 k..fhm2 kn lah ape maksud tersurat dan tersirat dlm pendapat dia ni..


credit to LassieLuvCat ( Virtualfriends.net member )

Boroi atau buncit..byknya menjadi isu pd kaum lelaki..tetapi perasankah kita bahawa perempuan juga ramai yg perutnya boroi dn buncit ni


- Org kta..size perut dari segi luarannya sama ada besar atau kecil melambangkan tahap penjagaan setiap individu pd dirinya sendiri..Bermakna, org yg perutnya kempis adalah org yg benar2 jaga diri sbb nk dptkan perut yg kempis dan slim ni payah gak..Dan..org yg perut boroi or buncit ni adalah org yg x bape endahkan dirinya kerana x kesah pasal penampilannya apabila berpakaian dgn prut yg menggeleber dan mmebuncit hampir setiap hari.

Pada kaum lelaki terutamanya, adakah perut kempis menjadi salah satu kriteria dlm memilih wanita idaman..?

- Ramai...lelaki2 yg aku kenali, mereka berkata perut penting utk melambangkan kecantikan wanita itu...walau pun rupanya tak secantik mana, dan badannya sedikit berisi, tetapi sbb perutnya yg kempis je..dan x menggelebeh pon di kiri kanan menyebabkan perempuan 2 ada keistimewaannya tersendiri berbanding pompuan yg cantik gile mukanya tp perutnya wah buncit!!

"Kalau bagi prempuan yg sudah berkahwin dan beranak mungkin blh di terima..tetapi bg anak2 gadis yg muda remaja...wajarkah mereka membiarkan perut membuncit seperti sudah beranak 5...?" tye seorg member lelaki aku.

Dan..pada kaum wanita pula...adakah hanya kecantikan dan kehalusan kulit wajah yg korg pentingkan meskipun perut korang buncit?

- Korg tak kisah ke?...x ke rasa segan sket nak pkai bju yg body size sket dgn perut yg memboyot seperti mengandung 3 bulan...Bg aku..aku sgt pentingkn dan sentiasa risaukan perut aku ni...Meski pun aku bkn org yg sgt2 menjaga penampilan diri, tetapi perut yg buncit boleh wat aku rasa rendah diri dan malu utk berhadapan dgn org rmai x kira lelaki atau perempuan...sebelum dan selepas kawin pon aku akan pastikan perut aku ni x buncit sbb utamanya bukan nk tayang pada org tp perut kempis blh wat aku sentiasa yakin sepanjang masa...x kira lah berbaju kurung skalipun."

Tuesday, June 23, 2009

senaman mudah dirumah

jgn malas2 nk bersenam kwn2...bdn nk pakai lama, kita kene jaga, disamping berdoa minta pjg umur, usaha la sikit utk bg umur tu pjg...sapa yg terasa ngn post aku sblm nih (aku dh tulis elok2 kt situ, jgn emo sgt bc post aku tu)...mmg elok dan sesuai utk di praktikkan di rumah...

senaman ni dr hujung rambut ke hujung kaki...semua otot kt bdn kita digunakan, dlm masa yg sama blh mengurgkn lemak dlm bdn sbb apabila otot bekerja, ia akan menggunakan lemak utk membakar tenaga/kalori, berat bdn akan turut menerima kesan, kurus la sikit korg nnti kn...luangkn masa 20 min 1 sessi sudah mencukupi...blum cuba blum tau, ckp byk pn tara guna beb, selamat bersenam!

pautan senaman mudah - HumanaNatura

lepas buka website ni..muat turun dgn klik pautan fail PDF yg bergambar..pastu cetak (print)..itu saja!

* note:-
pastikan pc korg ada perisian Adobe Reader

Tuesday, May 5, 2009

awards dr kwn2 utk kwn



ini adalah pengalaman pertama selama aku terjebak dlm dunia blog ni, aku dpt penghargaan dr kwn yg sama mem'blog'kan diri. awards ni aku terima dr afeera (hello dude!)..kenalan dr website komuniti VirtualFriends.net...thanks a lot my friends. ni lah btul2 punye kawan, kawan yg ingat kt kawan2.

utk berkongsi awards ni bersama korang, aku beri awards ni pd semua yg ada dlm senarai blog kwn2 sebelah kanan aku tu (x larat nk taip 1 persatu), kwn2 aku yg dlm kategori "rakyat jelita jelata" dan "followes". walaupun korang jarang2 jengok blog aku, korang tetap kwn2 aku.

ahad tiap minggu yg telah berlalu

makin lama makin seronok pula 2-3-4 menjak ni aku selalu balik kg. hampir tiap mggu..org yg paling seronok sekali tentu lah mak aku..senyum aje die..kalu aku x dpt balik, dh tentu mak aku telefon tye khabar dan tye itu ini, bla..bla..bla (bukan membebel k..sembang2 rindu seorg ibu kpd anaknya dan sebaliknya).

bibah ku setia menanti kt lot parking tiap pagi sabtu..seronok btul dia tiap mggu dpt balik kg tapi itu kejadian 3 mggu yg lepas..skrg dh jrg bwk dia..tukar selera la pulak kn..asik bibah je balik kg tiap mggu, amoi LenCi pn nk balik kg jugak..skrg bwk LenCi lh..lebih cpt drpd bwk bibah...kalu bibah amik masa 2 jam sampai kt kg tp LenCi amik masa 1 1/2 jam je..dh la jimat x pyh byar tol..kalu bwk LenCi, nk memotong, menyelit, memecut pn senang tp bukan merempit sbb aku bkn mat rempit.

dh tiap mggu balik kg, mesti korg tertanya2..rmai gak kwn2 yg sibuk tye (termasuklah wat cerita bukan2)..ha aku malas nk kupas cerita tu pjg2..aku balik tiap2 mggu sbb ada kursus haji dan dlm masa yg sama ziarah mak aku kt kg.

aku nk kupas hal haji ni..org kate gi kursus haji sbb dh dpt tawaran gi haji..itu dulu2 punyer citer tp skrg x mcm tu, ada dikalangan peserta krsus haji tu hanya mahu menambah ilmu dan menimba pengalaman mengerjakan haji..skrg ramai dikalangan kita blh gi haji dlm usia muda sbb kita dh blh wat simpanan utk mengerjakan haji setelah kita mula bekerja..menurut wakil tabung haji, setelah dftar untk mengerjakan haji, nama kita akan disenaraikan dlm giliran utk mengerjakan haji dan kita perlu tggu 5 thn sebelum nama kita dipanggil/ditawarkn mengerjakan haji..aku lebih galakkan korg mendftar skrg dan buat simpanan dr skrg (jgn lupa perbelanjaan lain, buatlah perancangan kewangan elok2).

cuba korg tgok trend (ikutan) skrg, ramai yg masih menunggu utk ckup simpanan, baru nk dftar utk mengerjakan haji..itu dulu, 30 thn yg lepas blh la wat cmtu..skrg yg mendftar semakin ramai..baru2 ni semasa krsus haji, wakil tabung haji bgtau..ramai yg akan mengerjakan haji pd thn ni berumur 55-70 thn.

kenapa aku nasihatkn korg wat simpanan dan dftar skrg sbb aku x mahu korg dh berumur (umur 60an) nnti baru nk mengerjakan haji..andai kata simpanan tu ckup pd umur 45..kemungkinan utk dpt tawaran mengerjakan haji ialah pd umur 50..korg pn fhm kn bila umur dh meningkat usia ni mcm2 mslh ada, yg paling utama jika kita dh mula dpt sakit2 (drh tggi, kencing manis, strok,dll). itu pn kalu btul2 dpt mengerjakan haji pd umur 50..kalau umur 60 keatas..hmmm fikir2kan lah sendiri apa masalahnye.

ade gak kwn2 yg tye, cmne nk kawen kalu asik kmpul wet utk gi haji..jwpn aku senang je..bergantung pd niat dan disiplin diri sendiri, takkan la kumpul wet utk kawen je kan..wat la simpanan sampingan sekali..aku ada bgtau sblm ni, wat perancangan kewangan elok2..aku sbgai kwn korg cuma bgtau, perancangan dan pelaksanaan sama ada korg mahu buat atau tidak adalah keputusan dlm tgn korg sendiri, pandai2 lah korg wat penilaian apa yg aku bgtau tu ada byk kebaikan atau byk keburukan.

senang kata, rajin2 lah pjg2kn fikiran.

Wednesday, April 15, 2009

pabila bola jaring dikuasai lelaki


kakakakakakakaka!!...ha tu lah dia gelak tawa kwn2 bila aku citer psl aku men bola jaring tp mmg citer ni benar2 belaka, bkn cobaan. setahu aku kt negara kita ni mmg dh didedahkn, dh dimatikan dlm minda setiap rkyat negara kita yg bola jaring ni permainan pompuan je sbb tu lah bila kwn2 kita dgr ade gak kaum lelaki yg men bola jaring, dorg akan gelak kaw2 punye. aku pn nk tergelak gak mcm x caye cane aku leh terjebak men permainan pompuan ni tp sbb niat saje utk seronok2 dan merapatkn silaturrahim dikalangan staf2 ofis aku, aku pn join la. sekurang2nya aku tau selok belok main bola jaring ni.

ni semua pengalaman beb..ade sorg mmber aku kutuk ckp men bola jaring x kuar peluh. bila aku ajak join, aku tgok dia la antara pemain yg cepat semput, kuar peluh mcm baru mandi kat sg. gabai..ha padan muka, sembang kemain lg..aku pulak yg gelakkn die balik. bila lelaki main, kalu x kasar x sah. segala skill men bola sepak, bola keranjang, bola baling, ragbi abis kuar. kami mana la pernah men atau diajar peraturan bola jaring kn. tu yg belasah je..hehheh.

masa latihan mmg jurulatih asik tiup wisel je...biasalah byk kesalahan yg kitorg wat. baru nk blajar kn..mmg byk gak step bola jaring nk kene igt, tiap pemain ada sempadan yg kene jaga. byk had2 nya, xleh byk bergerak bila dpt bola...mula2 je tertekan skit nk igt sumer. bila dh wat latih tubi seminggu lebih, dh selesa dan mula rs senang pulak nk men bola jaring ni. sebenarnya bukan susah nk men bola jaring ni..senang je. semua posisi samada WA (wing attack), WD (wing defend), GA (goal attack), GD (goal defend) mmg senang aku nk main tp kalu jd C (center) mmg penat sbb kene jaga byk ruang (garisan sempadan lebih besar dr posisi lain) dan posisi paling rileks skali GK (goal keeper).

tgok la gmbar2 yg aku selit2kn tu. tu lah cara lelaki men bola jaring...sape yg x pernah tgok tu, korg tunjuk je blog aku ni.

alhamdulillah..setelah berpenat lelah wat latihan, pasukan kami ni johan! dan pasukan pompuan pon johan jugak. berbaloi la sbb kami berlatih dekat sebulan nk belajar segala step bola jaring ni. yg mengajar pn agak otai dan berpengalaman luas men bola jaring..tu pn salah satu faktor kemenangan kami.




blood type diet

Dah lama dahhh...mksud nya aku yg dh lama tak kemaskini blog aku ni..sejak dua menjak ni xde xtvt menarik yg nk aku letak dlm blog ni. bln lepas ade xtvt bola jaring (akan di masukkan dlm blog nnti)..letih beb, sebulan trening sbb lelaki mana lah pernah didedahkn ngn permainan pompuan ni..hehehe..kita akn cerita pjg bila dh masuk dlm blog nnti.

utk kali ni..aku letak artikel psl diet mengikut jenis darah, jarang2 dgr kn. jadi baca lah elok2 artikel ni ye..kalu ada yg x fhm tu mntak tlg kwn2 terjemahkan ye..hehhhe..jgn mare, terus terang namanya tu. selamat berdiet!

Blood Type O
According to the program, the majority of the population in early civilization had Type O blood, and hunting and fishing were their primary methods of obtaining their next meal. Therefore, if you have type O blood today, you will lose weight by consuming meat and fish. Supposedly, these animal products are comfortably and efficiently broken down for Type O's due to their highly functioning digestive system.

Type O Favorable Foods
Lean red meats
Poultry
Fish
Shellfish
Kelp
Gluten-free products
Liver
Kale
Spinach
Broccoli

Type O Unfavorable Foods
Grains
Breads
Legumes
Beans
Corn
Cabbage
Brussels Sprouts
Cauliflower
Mustard Greens

Blood Type A
The beginning of intense farming and agricultural methods is responsible for Type A's characteristics. According to the diet, if you have Type A blood, weight loss is increased by following a vegetarian diet. Plant foods are easily digested, and will provide satiety in adequate portions.

Type A Favorable Foods
Soy products
Vegetables
Pineapple
Vegetable oils

Type A Unfavorable Foods
Meat
Dairy products
Kidney Beans
Lima Beans
Excessive amounts wheat products

Blood Type B
People with Type B blood are faced with a moderately ambiguous diet plan when adopting this plan. At the same time, the program offers B Types a “wide variety of foods”, which entails the blending together of Type A foods and Type O foods.

Type B Favorable Foods
Green Vegetables
Meat
Liver
Eggs
Dairy Products

Type B Unfavorable Foods
Corn
Lentils
Peanuts
Sesame seeds
Wheat

Blood Type AB
This particular type is unique in that it incorporates bits and pieces of Type A and Type B blood. Mainly, because people with Type AB reportedly have low stomach acid, they are unable to efficiently break down animal products. However, eating small amounts of meat is tolerated.

Type AB Favorable Foods
Tofu
Seafood
Dairy
Green Vegetables

Type AB Unfavorable Foods
Red meat
Kidney beans
Lima beans
Seeds
Corn
Wheat

Does It Work?
Although the scientific information holds merit for improved health status and the reduction of symptoms related to chronic conditions, such as heartburn and asthma, weight loss is likely the result of a calorie deficit.

The plan can be complicated and require a great deal of time, energy and attention. If you choose to try it, there are critical details outlined in the book, Eat Right for Your Type and Live Right for Your Type, both written by Dr. Peter J. D’Adamo. Specific food lists, exercise plans, portion guidelines and menus are presented and thoroughly explained.

Is It Safe?
For the most part, the diet is safe, and promotes lowfat and wholesome food choices. However, any fad diet directing you to eliminate foods or food groups lacks the total nutrition required for optimum health. As with any diet programs, it is recommended that you seek the medical advice of your physician before making changes in your eating habits.