Sunday, November 7, 2010
Berpindah Blog
Monday, September 20, 2010
SMS raya
Tetapi bukan saya nak berceloteh berkenaan rumah terbuka tetapi berkenaan sms ucapan hari raya.
Daripada malam raya sehinggalah hari raya ke-3 tak putus-putus sms yang saya terima, ada kalanya sms tu hampir sama semuanya, ada juga sms yang istimewa dan ada juga sms lucu.
Saya harap hari raya tahun depan saya tak dapat sms yang sama tapi dapat sms yang lebih kreatif dan berlainan daripada apa yang saya terima tahun ini. Bukankah lebih baik kalau kita hidupkan kembali mengirimkan kad hari raya berbanding mengirim sms…itu semua anda yang tentukan.
Saya akan paparkan beberapa sms yang menarik yang memenuhi ruang dalam telefon bimbit saya.
1. Pejam celik pejan celik, dah nak raya. Makin dipejam dan makin dicelik, makin banyak pula salah dan dosa. Sebelum pejam tak celik-celik, mohon ampun dan maaf, halalkan segalanya. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
2. Sebelum cahaya syurga terpadam, sebelum hidup ini berakhir, sebelum pintu-pintu taubat tertutup dan sebelum syawal berakhir, mohon maaf zahir dan batin atas pertuturan yang tidak terjaga, janji-janji yang terabai serta sikap yang menyakitkan…maafkan segala kesilapan.
3. Biar kulit segelap almond london, asalkan hati sesuci kuih bangkit, biar iman sekental dodol, jgn senipis dan rapuh seperti rempeyek, biar jiwa selembut bahulu, asalkan akhlak secantik kuih samprit, senyumlah semanis wajik agar lebaran yang disambut lebih bermakna. Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
4. Syawal tiba lagi, ku terlebih dahulu memohon maaf jika ku ada berbuat kesalahan baik yang sengaja mahupun tidak sengaja. Ku juga telah memaafkan dan menghalalkan semuanya.
5. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak tertatap tapi izikan hati memohon maaf zahir dan batin..Selamat hari raya.
6. 1001 gurauan, belum tentu dapat mengukir satu senyuman tetapi hanya satu sindiran sudah cukup melukakan hati seseorang dan hanya dengan satu sms sudah cukup membuktikan seseorang masih mengingati kita..selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
7. Walau langkah tak bertemu, tangan tak berjabat, ucap tak terdengar, mata tak bertentang..mohon segala kekhilafan kerana ada ada tikanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata dan hati tersalah menduga. Salam Aidilfitri.
8. Pelita dipasang penaik seri, ramadhan diganti si aidifitri, mesej pendek pengganti diri, tanda persaudaraan sentiasa diingati..selamat hari raya aidilfitri.
9. Jika kesilapan semalam belum terampun, maafkanlah..jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, lupakanlah…jika kesilapan esok mendatang, janganlah dibawa ke akhirat..sepuluh jari disusun mohon kemaafan..salam aidilfitri 1431H, maaf zahir dan batin.
10. Jika tanganku tidak sempat berjabat, jika muka tidak sempat bertatap, bukalah pintu maaf untukku...selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Sunday, August 15, 2010
bazar ramadan - tempat utk menguji disiplin nafsu
langkah 1 :
- setiap hari target 1 jenis makanan sahaja yg bajetnya tak lebih dr rm5..kecuali hr mggu, nk mkn sedap2 skit blh la bajet lebih dr rm5 & kurg dr rm10..cth ayam golek separuh dh rm8..nasi x payah beli, masak siap-siap kt rumah.
langkah 2 :
- pernah juga sy perasan ada lebih dari 3 jenis mknn yg hnya ada di bulan puasa shj..mmg rmbang mata..tp sy wat cmni...hr ni beli 1 jenis..besok beli lg 1 jenis..lusa beli 1 jenis lg yg lain..target 1 hr 1 jenis jer...kalau beli semua dlm 1 hari bkn mkn pun..smpi ke sahur pn blum tentu mkn kn.
langkah 3 :
- bbuka di masjid..lebih baik jika dpt terus solat isyak & berterawikh drpd gi msjd semata-mata nk bbuka shj..jimat pn jimat, pahala pn dapat.
langkah 4 :
- seboleh-bolehnya elak bbuka diluar sbb bila order nnti, tgok gmbar dlm senarai mknn jer kita dah nak mcm-mcm..terliur tgok ikan siakap 3 rasa..duit byk melayang..sebaik-baiknya masak dirumah.
langkah 5 :
- disiplin kene kuat..kalau disiplin tak kuat, nafsu bermaharajalela..kalau xde disiplin & tak dpt kawal nafsu, penuh lah bungkusan plastik berwarna warni kt tgn lepas ke bazar, nmpk mcm besok tak dpt nk bbuka lg kn..sabar kwn-kwn, didik nafsu kita sebaik-baiknya.
ini cara sy, kdg-kdg sy praktikkan ikut kesesuaian jika sy gi pasar mlm, pasar rabu, pasar mggu, downtown, uptown & seumpama dgnnya...anda nk cuba langkah-langkah itu? keputusan di tangan anda.
Bersedekah
1. Umur panjang
2.Berjaya dan selamat daripada azab Allah SWT
3.Selamat daripada api neraka (walaupun sedekahnya sebesar buah tamar)
4.Dapat doa malaikat: Ya Allah berilah kepada orang yang berbelanja hartanya akan gantian
5.Hampir dengan Allah SWT dan Syurganya
6.Jaga keselamatan harta
7.Dosa diampuni
8.Menyuci harta dan badan
9.Menolak bala
10.Dapat mengembirakan orang-orang miskin
11.Harta jadi berkat
12.Bayangan berteduh daripada panas hari kiamat dan meringankannya
13.Memberatkan timbangan kebajikan
14.Menjadi nur cahaya di atas titian sirat
15.Meninggikan darjat disyurga
16.Tanda ikut Rasulullah SAW. para sahabat dan ulama salaf yang soleh
17.Menolak 70 pintu kejahatan
18.Menghapuskan kesalahan
19.Boleh minum di kolam Nabi SAW
20.Dapat tempat orang-orang pilihan Allah SWT
Salam Ramadan~!
Friday, April 2, 2010
Monday, March 29, 2010
Bos, bos, bos
bila sembang pasal bos ni..bg pendapat aku la, ada 2 golongan:-
1. bos freshie, tiada pengalaman (baru graduat, mohon kerja jawatan tggi ikut kelulusan).
2. bos yg dah lama kerja, byk pengalaman & pernah bekerja dr peringkat bawahan.
- bos yg berpengalaman (dh lama keje & pernah kerja dari peringkat bawahan) pulak dibahagikan pada 2 golongan:-
1. jenis rendah diri, disukai ramai, mudah bekerja bwh dia, arahannya mudah difahami oleh anak buah sbb dia ada byk pengalaman kerja masa sblm dia naik pgkt, menjadi idola pd anak2 buah, menjaga hal-hal kebajikan anak buah, banyak mempertahankan anak buah sendiri jika terdapat kecuaian kecil, anak buah hormat kt dia sbb dia lebih senior & wat keje stail profesional walaupn dpt pgkat tggi.
2. jenis tggi diri (ego, bangga diri dpt pgkt tggi), sukar nk kerja bwh dia, kurg disukai ramai, anak buah hormat dia depan dia jer, blkg kutuk dia balik walaupun dia lebih senior, buat keje seperti org tiada pengalaman & x setaraf dgn pengalaman keje dia yg dh lama kerja, perlu byk belajar cara yg berkomunikasi yang baik dengan anak buah.
aku byk belajar nk jd bos dr mereka-mereka yg sebelum ini pernah jd bos aku sbb ada kemungkinan satu hari nnti aku juga akan jd bos juga. selama aku bekerja setakat ini, dh hampir 20 org bos yg aku kenal. mereka ni semua tergolong dlm golongan yg aku sebut td. mana yg ok, mmg ok & yg x ok tu, aku x boleh jadikan contoh.
akhir sekali & penamat utk kemaskini blog aku ni, aku ade soalan utk korang..bos korang pulak cmne? ade x tergolong dlm golongan kt atas tu?
Wednesday, March 3, 2010
Kesan Positif Dari Marathon

1. Tubuh badan rasa lebih sehat, selesa dan tahan lasak dari keadaan sebelum ni.
2. Melalui latihan larian, aku dapat belajar macam mana nak mengawal pernafasan dan mengekalkan larian mengikut jarak.
3. Tubuh badan dari pinggang ke kaki lebih kuat dan tegap berbanding keadaan sebelum ini.
4. Dari latihan ni, aku dapat berlari dan bertahan sejauh 3 km tanpa henti. Akan dipertingkatkan selepas ini.
5. Kelajuan larian meningkat sedikit demi sedikit. Bermula dengan perlahan, memecut sedikit dipertengahan, kemudian perlahankan larian untuk mengumpul tenaga semula dan bila sampai garisan penamat, buat lebih pecutan kembali.
6. Dan yang paling menarik lagi ialah berat badan turun 800 gram hingga 1 kg.
Ini serba sedikit kesan positif dalam diri aku dan aku percaya orang lain mempunyai kesan-kesan positif yang berlainan sebab masing-masing mempunyai cara berlatih dan pengalaman yang berlainan.
Monday, February 8, 2010
Putrajaya Night Marathon
Ini adalah penyertaan yang pertama kali dan boleh dikatakan penyertaan sulong secara peribadi untuk diri aku dan pengalaman pertama kali juga bagi kawan-kawan aku.

Memang kami semua agak sangat-sangat bersemangat sebab kami mula berlatih sejauh 5-8km hampir 3 minggu untuk merebut medal marathon tersebut yang disediakan untuk 400 peserta pertama untuk kategori 7.7km lelaki dan perempuan.
Ini juga adalah pertandingan larian marathon pertama kali di Malaysia dibuat pada waktu malam. Seramai 8000 peserta telah mendaftar (info dari surat khabar) dan kami tak menyangka penyertaan telah ditutup 2 minggu sebelum tarikh tutup (dapat tau info ni dari kawan-kawan yg mendaftar disaat-saat akhir). Semoga yang tak berjaya tu, jgn risau sebab tahun depan ada lagi marathon ni. Tahun depan bukan lama pun, sekejap jer.

Ok, berbalik pada cerita kami di hadapan mahkamah tadi. Aku dan beberapa kawan aku dapat tempat paling hadapan sekali (kawan-kawan yang lain ntah kemana sebab kami dah berpecah masa ni), jantung memang berdetap detup dan berdegap degup menanti tembakan nak mula berlari. Sambil menanti jam tepat 9 malam, tiba-tiba seorang cameraman menyapa kami,
“bro, saya nak ambil gambar, boleh?”,
“Ooraits bro, boleh jerr”, jawab kami beramai-ramai.
Masa ni memang kami agak gila kamera, asal ada orang tangkap gambar jer, mesti kami menyelit ramai-ramai, macam-macam aksi yang kami buat..ahahha. Memang tak sangka tempat kami tu jadi tumpuan orang ambil gambar. Memang mencari publisiti murahan betul.
Sambil menanti orang kenamaan, sempat lagi aku dan kawan aku si nazri bertegur sapa dengan peserta lain. Kami dah boring menunggu, jadi kami gunakan masa yang terluang tu dengan aktiviti sendiri lah.

Ha..tu pun orang kenamaan dah datang, tak sabar nak mula berlari ni..DJ dah mula mengira bermula dari saat 10 hingga 1.
DAM! Sedas tembakan telah kedengaran yang bermakna kami dah boleh mula berlari, Alhamdulillah..aku berlari dengan tenang dan rileks sekali tanpa ada yang tolak menolak dari belakang. Ada juga yang bermula dengan pantas..memecut bukan main laju lagi..alamak! ni bukan pertandingan larian 100 meter macam Usain Bolt tu.
Bermula dihadapan istana kehakiman, aku dapat berlari dan bertahan sehingga di jambatan arah ke PICC..tiba-tiba aku dapat rasa disebelah kanan perut seperti ada duri menyucuk-nyucuk hulu hati dan buah pinggang…Aarggh! Tension betul aku..kenapa waktu marathon jadi camni? Masa berlatih berlari tak jadi camni pula.
Aku terpaksa memerlahankan larian sedikit demi sedikit dan akhirnya sampai betul-betul di jambatan, aku mula berjalan sambil menekan-nekan perut. Peluang nak dapat medal terbantut juga akhirnya..alahaiii, dapat sijil penyertaan pun jadilah..huhhuu.
Setelah berjalan hampir 500 meter dan perut dah kembali normal, aku pun mula berlari perlahan-lahan dan sekali sekala berhenti seketika sehingga ke garisan penamat dan berjaya habiskan 7.7 km dalam masa 60 minit (masa berlatih dapat 65-70 minit..ok la tuu).
Selepas tamat pertandingan, kami berkumpul semula di hadapan mahkamah, sambil menunggu kawan-kawan yang belum habis larian, aku pusing keliling singgah menyinggah kat gerai-gerai penaja..macam-macam gerai ada, antaranya yang aku ingat 100 Plus, Milo, PowerBar dan Nescafe.
Bila dah puas kutip produk-produk percuma dari penaja tu, aku lepak ngan kawan-kawan balik…amboii, dorang tengah snap sana sini..selit la kejap, tumpang kamera dorang..hehhe..tengah lepak-lepak snap sana sini, aku terpandang 2 orang gadis ni..eh, macam kenal..
dalam masa 3 saat aku teringat sesuatu, itu lah E-jie dan Ida.. dorang lah antara peserta yang aku dan nazri tegur tadi, Yaa..itu lah mereka, memang aku tak silap..dua beradik yang sanggup datang dari shah alam ke putrajaya untuk menyertai marathon malam kali pertama ni, memang aku tabik spring tilam Slumberland lah kat dorang, dah la datang dari jauh, dapat medal lagi..Tahniah! tahun depan jumpe lagi ye..aku sempat juga berkenalan dengan mereka berdua yang comel-comel tu..serius beb, dorang memang comel!...Ops! terlebih sudah.. maafkan aku kawan-kawan..hehhe. Setelah bersembang panjang dengan dua beradik tu dan ambil gambar kenang-kenangan, kami pun berpecah pulang ke rumah masing-masingDari pengalaman ni, walaupun tak berjaya mendapatkan medal, aku rasa nak sertai lagi pertandingan marathon ni tahun depan..insya-Allah jika tiada aral melintang. Tak berjaya bukan bermakna gagal. Usaha untuk berjaya tetap diteruskan.
Monday, January 18, 2010
Tuding Jari Pada Diri Sendiri Dulu

SEBENARNYA mereka lupa 1 perkara..jika sblm masalah itu terjadi mereka saling BEKERJASAMA nk menjayakn sesuatu plan sama ada plan itu berbentuk projek, majlis, taman perumahan & sebagainya yg melibatkn byk pihak..mereka BERSUNGGUH-SUNGGUH nak buat itu ini tanpa penat lelah..mereka nmpak BANTU MEMBANTU dan TOLONG MENOLONG dlm semua hal..bila ada masalah dipenghujung plan tersebut, sepatutnya mereka BEKERJASAMA dan BERSUNGGUH-SUNGGUH juga nk selesaikn masalah tersebut tanpa bantuan org ke-3..x perlu menuding jari org ini salah org itu salah tetapi tuding jari pada diri sendiri dahulu..bertenang dan cari penyelesaian BERSAMA-SAMA.
bukan kah lebih AMAN jika kita BEKERJASAMA, BERSUNGGUH-SUNGGUH, BANTU MEMBANTU, TOLONG-MENOLONG dan BERSAMA-SAMA selesaikan masalah kita...senang kata, HAL MUDAH JANGAN DISUSAH-SUSAHKAN dan JGN MENYUSAHKAN ORG LAIN.
Wednesday, December 23, 2009
DUIT & WANG
bagaimana aku boleh buat duit & wang itu menjadi satu alat? plan nya sangat senang mudah nak ingat, mudah dibuat dan memerlukan tahap disiplin yg sederhana..
antaranya yang aku buat sekarang:-
1. jadikan duit & wang itu sebagai alat untuk melabur. (simpanan tiap bulan, ASB, ASN)
2. kurangkan berhutang, jika sudah berhutang, jangan tambah hutang sedia ada selagi hutang yang sedia ada itu belum habis dibayar.
3. berbelanja ikut mana yang termampu, elakkan berbelanja melebihi kemampuan (boros).

itu hanya plan asas untuk jadikan duit & wang itu sebagai alat..plan yang lain perlu difikirkan sendiri sebab duit & wang yang dijadikan alat ini bergantung pada kemampuan kita untuk mengawal keluar masuk dan kemana duit & wang itu pergi..jika tanya aku, mestilah aku gunakan plan aku sendiri. maksudnya disini kita bebas merangka plan peribadi kita sendiri..3 plan yang aku buat itu adalah plan yang umum..plan yang khusus (details) adalah dibawah kawal selia korang sendiri.
kesimpulannya, jgn jadikan duit & wang itu beban pada hidup dan beban pada org lain..teringat pula lagu hattan bertajuk duit.
Monday, December 21, 2009
kemaskini blog sendiri
Sunday, November 8, 2009
Xperimentasi bersama LaiCi
Sproket 15-37 428
- gambar CDI : itu bukan CDI LaiCi..itu skadar gmbar hiasan..diambil dr artikel dlm website wikipedia mengenai CDI.
Wednesday, October 28, 2009
mari makan buah
Sunday, September 13, 2009
kerastangan~! v1.0
seat part
rear arm part
meter part
casis part
body cover part
hmm...susah juga nk wat model kertas ye, nmpk mudah je kn tp bila dh buat mmg kene berjuang nk buat. salah skit kene print balik, potong, gunting, cantumkn balik satu persatu. memerlukan kesabaran dan ketelitian yg agak tggi.
owh..lupa nk bgtau. membebel pjg sgt smpai lupa nk intro...hehee. aku tengah siapkn papercraft model superbike Yamaha R1. setahu aku idea ni dtg dr jepun, sama kesahnya dgn origami la. semuanya dibina dan direka menggunakan kertas. salah satu kraftangan (kerastangan sebenarnye) yg sgt kreatif smpai benda2 mekanikal sebenar pn boleh diadaptasikan menjadi model kertas.
dh hampir 2 mggu aku wat model ni...mungkin lepas raya br siap...mungkin la lepas raya..aku ni nk kata rajin, x jugak..nk kata malas pn x jugak..jd amik jln tgh je la. senang kata kalau aku ada masa lapang, leh la wat skit2. mcm bulan pose nih aku wat masa pas bbuka ngn pas sahur dan juga hari cuti.
ni je update utk hr ni..jgn marah haa..
Thursday, August 27, 2009
pengalaman dari seorang kenalan..
Dah puasa, tak lama lagi nak raya pulak kan.. So kat sini saja aku nak share cerita ragam tetamu kecil yang datang bertandang kat umah time raya tahun lepas... Ragam2 yg seronok dan tak seronok kita lihat...
Waktu kejadian: Raya tahun lepas, 2008 (1st & 2nd raya)
Tempat kejadian: Rumah baruku di kawasan kejiranan melayu
Yg terlibat: Aku & famili serta 'tetamu kecil'
Percaya tak kalau aku cakap hampir 900 orang 'tetamu kecil' yg berkunjung ke umah aku masa raya 1st tu... Macam nak patah pinggang aku, tapi tetap seronok melayan kerenah & keletah diorang...
Cerita-ceriti 'tetamu kecil' ku
Al-kisah tersebutlah cerita...
Yg tak seronok kita lihat...
1. baru balik semayang raya, tak sempat lagi nak salam sesama ahli keluarga & makan sama2, dah ada yg beri salam kt luar.. "cik, nak beraya cik... " ish, bdk2 ni takyah raya kt umah sendiri dulu ke??
2. masuk sampai depan pintu utama umah, then ckp camni.. "cik, ktorang nak raya, tapi taknak masuk boleh tak?? dah kenyang la.. nak duit raya je.." lor, mcm ni pun ade ke
3. 4 sekawan umur sekitar 15-17 tahun dtg beraya.. siap mintak duit raya.. bukan taknak bagi, cuma terkejut sbb waktu umur camtu aku dulu dah tak g beraya umah org yg aku x kenal (selain faktor segan, mak abah pun mmg tak bagi).. huhu
4. dlm byk2 yg aku interview (rajin aku temuramah sorg2), ada satu group ni nun jauh datangnye.. bukan dr kawasan kejiranan aku, tapi dari kawasan kejiranan yg terletak kira2 15km dr tempat aku.. dtg naik cab ramai2 nk collect duit raya.. err, boleh plak ek diorang g beraya jauh2 mcm tu skali
5. sekeluarga (3 org ibu & anak-anak kecil), rasanya org susah kot dtg beraya.. aku xtau la org susah ke hape kan mula-mula tu.. layankan je la.. time balik, bg duit raya kt anak2 die.. tbe2 mak-mak nya tanya "takkan anak je dapat, maknya tak dapat ke duit raya??" err, tak terkata aku..
6. azan maghrib, aku pun dah tutup pagar umah sebab kebetulan saudara mara pun dah sampai, & kitorang sme nak solat (lagipun dah penat sgt layan 'tetamu kecil' non-stop dr pagi sampai ke ptg.. baru nak masuk umah, nampak ada 1 keta ni turunkan bdk2 depan umah aku.. bdk2 ni tekan2 bell, cakap nak raya.. aku tny sape yg hantar diorang tu.. parents yg hantar, pastu buat muka selambe je, bukan nk turun tegur kita tuan umah ni.. ade ke patut hantar anak2 g beraya time maghrib kt umah org.. tensi je aku ... ape punye parents la..
7. raya ke-2, langsung aku tak larat nak bangun dr katil.. bdk2 picit doorbell mcm hape.. interkom berpuluh kali.. sampai aku kuar menyamar jd bibik ckp tuan rumah dah kuar g beraya (mmg kitorang dh nk siap2 balik kg pun..) btw, bukan ke dlm islam dah kata, 3 kali salam, kalau tuan umah tak jawab (sebab tak dengar / memang tanak terima tetamu), haram kita terjerit-jerit lagi kat luar mintak nak masuk
Walau bagaimanapun, masih banyak yang besnye melayan kerenah 'tetamu2 kecil' nih...
Yg seronok kita lihat...
1. depan umah aku ade pool kecik.. mana2 yg bwk anak kecik / adik kecik, kesian diorang.. bdk2 kecik ni dah la takmo masuk umah, siap dok tepi pool bukak baju segala, tinggal pampers je konon nak masuk mandi dalam pool tu.. haha
2. 'tetamu kecil' yg pompuan siap bawak 'handbag' turh.. penuh ngan duit raya tau.. naik kembong beg tu.. siap dgn lipstick merah mak ngah nyer & kasut tumit tinggi.. kelassss gitu
3. abg & kakak kecil yg bertanggungjawab bawak adik2 kecik beraya sekali.. cara diorang layan adik2 diorang, sweet sgt2..
4. ni plg best.. tgh ramai2 org kt umah, tbe2 ada sorg dr 'tetamu kecil' ni tny aku.."acik beli sofa ni kt kl kan?".. la, cane plak bdk ni tau kan.. aku dah terheran dah masa tu.. "umah kte pun pakai sofa cam ni la acik.. hr tu mama & baba beli kt kl"... ler... hehe
5. mcm tadika dah umah aku skali kene serbu ramai2 ngan 'tetamu kecil' ni.. yg tumpahkan air lain, yg cuba nak perbaiki keadaan, tapi makin comot lain, yg nak puu puu & shi shi, tp tak reti sorang2 dlm toilet lain.. dah macam cikgu tadika aku uruskan diorang...
Ini cerita-ceriti aku.. Cerita korang cane plak? Feel free to share your stories with me k..
btw, kepada parents, terapkan & ajar adab2 berziarah pada anak2 sedari diorang kecil k.. tekankan juga yg hari raya bukan untuk kumpul duit raya, sebaliknya untuk 'kumpul kemaafan' & duit raya sebagai bonus dr mereka yg ikhlas memberi.. jgn biasakan anak2 meminta-minta duit raya & hanya bersalam dgn org yg bg duit raya.. tak manis dipandang.. perangai anak-anak, cerminan didikan anda pada mereka
Sunday, August 23, 2009
Trigger Finger
Trigger Finger sering terjadi di kalangan wanita yang berumur di antara 40 hingga 60 tahun.
* Trigger Finger adalah keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok.
* Ia akan mengeluarkan bunyi 'snap' semasa diluruskan.
* Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dlm keadaan bengkok.
* Risiko untuk mengalami trigger finger adalah lebih kepada pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.
kredit to :-
Pn. Norainun bt. Ismail,
Pegawai Pendidikan Kesihatan,
Bhg. Pembangunan Kesihatan Keluarga,
Kem. Kesihatan Malaysia,
info = http://fh.moh.gov.my/
Monday, August 10, 2009
Doa

Tuesday, August 4, 2009
Tuesday, July 28, 2009
selamat berpuasa kawan2~!

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak disengajakan maupun yang disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan...
Dikesempatan ini saya ingin memohan ampun dan maaf kepada anda semua jika ada salah dan silap dan terkasar bahasa, semoga Ramadhan kali ini dapat kite lalui dengan sempurna.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak...
Friday, July 10, 2009
wanita berperut buncit
terkejut ngn tajuk aku kali ni ke? ahh...mmg patut korg terkejut pon sbb hal ni mmg x dihiraukn oleh kaum wanita tp lebih dihiraukn kaum lelaki. kenapa aku timbulkn hal ni? sbb bg aku hal ni bkn hnya msalah besar pd kaum lelaki shj tetapi kaum wanita pn mengalaminya.
kt sini aku mau korg baca sendiri pendapat ikhlas dr kaum wanita sendiri berkenaan hal wanita berperut buncit. baca elok2..jgn emo2 k..fhm2 kn lah ape maksud tersurat dan tersirat dlm pendapat dia ni..
credit to LassieLuvCat ( Virtualfriends.net member )
Boroi atau buncit..byknya menjadi isu pd kaum lelaki..tetapi perasankah kita bahawa perempuan juga ramai yg perutnya boroi dn buncit ni
- Org kta..size perut dari segi luarannya sama ada besar atau kecil melambangkan tahap penjagaan setiap individu pd dirinya sendiri..Bermakna, org yg perutnya kempis adalah org yg benar2 jaga diri sbb nk dptkan perut yg kempis dan slim ni payah gak..Dan..org yg perut boroi or buncit ni adalah org yg x bape endahkan dirinya kerana x kesah pasal penampilannya apabila berpakaian dgn prut yg menggeleber dan mmebuncit hampir setiap hari.
Pada kaum lelaki terutamanya, adakah perut kempis menjadi salah satu kriteria dlm memilih wanita idaman..?
- Ramai...lelaki2 yg aku kenali, mereka berkata perut penting utk melambangkan kecantikan wanita itu...walau pun rupanya tak secantik mana, dan badannya sedikit berisi, tetapi sbb perutnya yg kempis je..dan x menggelebeh pon di kiri kanan menyebabkan perempuan 2 ada keistimewaannya tersendiri berbanding pompuan yg cantik gile mukanya tp perutnya wah buncit!!
"Kalau bagi prempuan yg sudah berkahwin dan beranak mungkin blh di terima..tetapi bg anak2 gadis yg muda remaja...wajarkah mereka membiarkan perut membuncit seperti sudah beranak 5...?" tye seorg member lelaki aku.
Dan..pada kaum wanita pula...adakah hanya kecantikan dan kehalusan kulit wajah yg korg pentingkan meskipun perut korang buncit?
- Korg tak kisah ke?...x ke rasa segan sket nak pkai bju yg body size sket dgn perut yg memboyot seperti mengandung 3 bulan...Bg aku..aku sgt pentingkn dan sentiasa risaukan perut aku ni...Meski pun aku bkn org yg sgt2 menjaga penampilan diri, tetapi perut yg buncit boleh wat aku rasa rendah diri dan malu utk berhadapan dgn org rmai x kira lelaki atau perempuan...sebelum dan selepas kawin pon aku akan pastikan perut aku ni x buncit sbb utamanya bukan nk tayang pada org tp perut kempis blh wat aku sentiasa yakin sepanjang masa...x kira lah berbaju kurung skalipun."










